Salam Khamis, Minggu 1 dalam bulan Januari.
1.
Malam tadi Nur Irdina tidur awal juga. Ingatkan dia dapat lena sehingga subuh. Menjelang 12.00 malam, dia start merengek. Sambil mata pejam. Mak dah start trauma. Huhu. Berlangsung sehingga jam 5 pagi. Berjagalah dua beranak.
2.
Subuh mak bangun dan siapkan semuanya. Pukul 7.15 pagi mak get ready nak kejutkan Dina.
3.
Dina refused untuk bangun mandi dan ke Tadika.
4.
Berperanglah kami. Mak pun dah lambat kalau ikutkan. Mak pun malas nak paksa dia. Mak siap-siap dan get ready hidupkan enjin.
5.
Dina pun apa lagi melalak lagi kuatlah. Sebab mak tak nak layankan dia.
6.
Akhirnya mak mengalah. Dina kata nak pergi Taska and nak tidur. Mak cakap kalau Dina tak nak sekolah, mak berhentikan. Dina belum sedia lagi. Dina selalu tak nak tidur malam, tu sebab Dina susah nak bangun sebab ngantuk.
7.
Mak hantar Dina pergi Taska hari ni, full day.
8.
Lepas ni kalau Dina tak nak pergi Tadika, mak akan hantar Dina terus pergi Taska.
9.
Mak minta maaf sebab marah-marah Dina. Mak sometimes terlalu emosi dan sebenarnya mak juga penat dan kurang tidur sama macam Dina.
10.
Kita berdua sama-sama bertenang, dan ambil masa. Dina masih baru nak bersekolah. Begitu juga mak. Kita sama-sama try to adapt and get along okay?
11.
Apapun mak nak Dina tahu MAK SAYANG DINA SO MUCH! Kuatkan semangat nak. Semoga kita berdua sama-sama kuat untuk melalui hari-hari seterusnya. InsyaAllah. :)
*peristiwa hari ini. dalam sejarah Nur Irdina.
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka