1.
Hari ni Nur Irdina ke sekolah. Semalam cuti sehari. Huhu.
2.
Minggu ni adalah minggu peperiksaan bagi pelajar sesi pendek ni. Minggu depan senat. Minggu terakhir bulan Januari pula ada minggu haluansiswa bagi pelajar sesi baru.
3.
Weekend (11-13 Jan), kami (Mak & Nur Irdina) balik kampung Kota Tinggi. Sepanjang perjalanan hujan tak berhenti. Lepas tu berlarutan 3 hari berturut-turut sehingga hari kami kembali semula ke Serom. Tiada hari yang tiada hujan.
4.
Nasib baik Abah dah beli dryer kat rumah, jadi baju dapat dibasuh dan dikeringkan terus.
5.
Hari Jumaat malam kami sambut birthday Cik Yah. Makan kek beramai-ramai. Nur Irdina seronok sebab ramai kawan-kawan sepupu-sepapat dia. Hehe
6.
Ex-student beri belangkas. Dapatlah makan setelah bertahun lamanya tak makan. Alhamdulillah.
*suhu di Malaysia rendah, sangat sejuk. dah rasa macam duk tanah tinggi or dalam bilik beraircond giteeewww..
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka