Wednesday, January 3, 2018

Nur Irdina ke Tadika

Salam Januari 2018.

1.
1 Januari di Johor tidak disambut dan diberikan cuti umum. Jadi rakyat Johor akan memulakan tahun baru dengan bekerja dan bersekolah pada hari pertama tahun baru.

2.
Nur Irdina juga buat pertama kalinya menghadiri persekolahannya di Tadika selepas 2 bulan  duduk di Taska (feelingnya macam sama katanya).

3.
Hari pertama, Nur Irdina memang excited. Dia tak ada masalah bangun awal pagi, sebab nak kena ada di sekolah jam 7.45 pagi (waktu macam ni sebelum ni dia bangun pun belum). Dia mandi, dan gosok gigi sendiri. Bagus! Mak bagi cop bintang. Alhamdulillah.

4.
Masa kat sekolah Nur Irdina suka duduk sebelah Kak Mia. Kawan-kawan dari Taska juga adalah rakan sekelasnya seperti Afrina, Haifa dan Darwish. Kawan- kawan lama yang pernah dia kenal pun ada seperti Raudhah dan Safiya. Kawan baru lain yang dia kenal hari pertama adalah Aisyah.

5.
Cikgu akan post gambar-gambar aktiviti di Tadika dalam grup whatsapp. So dapatlah mak melihat Nur Irdina macam mana di Tadika. Macam masa dia makan, dan melakukan aktiviti bersama.

6.
Hari pertama Nur Irdina berjalan dengan baik. Bila mak jemput dia, dan kemudian hantar dia ke Taska pula, dia ok dan happy. Alhamdulillah.

7.
Sampai Taska biasanya mereka akan tukar pakaian, makan dan berehat atau tidur sebelah petang. Yelah pagi dah bangun awal, lepas tu sampai tengah hari bersekolah. Balik mesti letih. Orang kata letih otak lebih letih dari letih fizikal. Betul tau.

8.
Balik dari Taska hari pertama, sampai je kat rumah sehinggalah sebelum waktu tidur, Nur Irdina sangat aktif. Maybe sebab petang tadi kat Taska dah rehat and tidur puas. Ajak mak abah main sama-sama dan buat segala perkara yang dia mahu. Makan pun berselera juga. Bila sekolah ni, selera makan makin bertambah sebab penat agaknya. Nasib baik abah ada waktu malam dapatlah dia layanan first class. Hehe.

9.
Nightmare menjelang tengah malam. Bila Nur Irdina berusia atas 2 tahun ni, waktu tidur malamnya adalah waktu yang paling mak takutkan. Sebab apa? Bukan keluar hantu ke apa ke. Hiks. Dia macam mengigau, menangis merengek. Tidurnya macam tak lena. Kalau kita tak layan, dia boleh sampai meraung-raung. Mak dah la pening tak cukup tidur gak, stress bila tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Bila semua benda dia minta dia tak dapat, dia akan minta buatkan milo. Kita layankanlah juga sebab tak nak dia bising lewat malam. Kesian bila terjadi macam ni, dia akan kurang tidur. Menjelang subuh baru dia lena. Kalau dulu tak sekolah tak apa boleh tidur sampai siang. Sekarang tak boleh, sebab pukul 7 dia kena bangun dan mandi. Lepas tu tak tidur sampai tengah hari. Tu yang dia rasa letih dan ngantuk sangat.

10.
Hari kedua boleh dikatakan ada sindrom 2nd day untuk Nur Irdina. Sebab nya adalah no. 9 tu. Mak ni kesian dengan dia. Sampai terpikir betul ke hantar dia bersekolah tahun ni? Niatnya bukan nak membebankan dia, cuma nak bagi dia berkawan dan bercampur dengan orang lain. Tapi kalau dia tak bersedia lagi untuk itu semua, mak pun tak nak paksa dia. Kalau lebih baik dia tidak bersekolah lagi, mak akan berhentikan dulu. Tahun depan boleh mula semula.

11.
Mungkin sebab masa dia duk Taska 2 bulan ni pun dia dah bergaul dan berkawan pun, jadi kenapa hantar dia lagi ke sekolah. Sekolah ada peraturan masa yang dia kena ikut. Tu yang dia belum sedia agaknya.

12.
Masa nak jemput dia balik dan hantar ke Taska pada hari kedua, dia seboleh-boleh tak nak pergi. Katanya nak balik rumah rehat kat rumah. Kenapalah nak pergi Taska lagi? "Dina penat, pening, ngantuk"- katanya. Kesian sangat mak tengok dia.  Mak pujuklah dia sebab mak kerja, tak ada orang kat rumah nak jaga dia. Kalau mak cuti bolehlah balik rumah. Bagitahu dia baik-baik, Taska bukan sekolah. Taska tempat Dina rehat, makan, tidur dan main. Kalau Dina nak apa-apa bagitahu Kakak Siti (pangasuhnya).

13.
Nasib baik dia ok. Cuma mak tak naklah dia sempat dalam hati. Dia ikut, tapi dia tak enjoy. Risau dia stress pulak. Mak minta tolong Kak Siti tengokkan dan cakap baik-baik kat dia. Sebab dia agak matang berfikir, tapi still manja and be my baby forever.

14.
Hari ni hari ketiga. Lagi dahsyat malam tadi dari pukul 2.30 pagi hingga hampir 5 pagi. Dia tak leh tidur dan merengek. Mak pun merengek sama sebab tak dapat tidur. Huhu

15.
Pagi tadi dia nak tak nak je bangun, nak tak nak je pergi sekolah. Mak pulak dah salah pakaikan dia baju. Lagilah dia tension. Mak balik ambil baju, dan minta cikgu tukarkan.

16.
harap-harap malam ni dia ok. Lena tidur. Dan esok hari last untuk minggu ni. Lepas tu kami janji nak bawak dia mandi pool.

17.
Kami akan bincangkan lagi sama ada nak sekolahkan atau stop. Mungkin tunggu sebulan ni macam mana. Dia boleh adapt atau tak.

18.
Positifnya sekolahkan anak awal adalah dia dah biasa dengan sekolah. Dan kalau masuk sekolah rendah nanti dia lebih yakin, insyaAllah.

19.
Mak tak nak Nur Irdina terbeban. She is only 3 years 4 month 5 days. Belum pun 4 tahun genap. Dia terlalu kecil untuk menanggu beban hati. Allah, lindungilah anakku. Amin. Semoga dipermudahkan semuanya.

20.
Catatan ini untuk tatapan dan bacaan akan datang. Pengalaman Nur Irdina.

*cabaran menjadi parents masa kini.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka