Sunday, January 7, 2018

Hari ke 5

Salam Minggu 2 Januari.

1.
Dari malam tadi dah bercakap dengan Nur Irdina supaya datang sekolah hari ni.

2.
Katanya boleh. Alhamdulillah.

3.
Dah 3 hari cuti, dan semalam dah bawa berjalan. Belanja mainan. Harap-harap dia gembira dan ada semangat nak ke sekolah.

4.
Bangun pagi katanya ngantuk. Tapi mak siap-siapkan juga dia. Mujur tak mengaruk. Mula katanya nak ke Taska sahaja. Nasib baik boleh pujuk lagi pakai uniform.

5.
Mak hantar dia ke sekolah dan pesan pada guru.

6.
Kul 10.30 camtu cikgu hantar gambar. Nur Irdina tidur lena. Di kala orang lain menggosok gigi beramai-ramai. Hihihi. Alahai anak.

7.
Esok harap-harap Dina tak ngantuk lagi ke sekolah. Amin.


*memang ikut perangai mak tidur kat sekolah. hahaha :)

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka