Thursday, February 25, 2010

itulah dia

Last nite, i've made the decision and execution.
Of something that messing my head lately...
Ah forget that!

Kenapa selalu begini?
Kenapa tak mahu belajar?

Lepas ni kena teliti
Tak boleh suka hati

When i've decided
No turning back!

Uh..sound seriously..

~selamat menyambut Maulidur Rasul..berselawatlah buat Junjungan kita~

* ...leaving KL for 3 days...*

Tuesday, February 23, 2010

dalam tidur yang jaga

Ideaku mati di hujung jari
Bila mencecah petak2 bercetak alphabet & konsonan

Kenapa rasa itu hanya diam di hati?


Aku melihat
Kemudian merasai


Aku tak mampu menzahirkan dalam patah butir bicara indah 
Dalam kolum bahasa & font berbeza
Yang selalu menemaniku saat aku buntu dengan hal dunia
Saat aku merasakan tiada manusia yang ingin meminjam 'telinga' menadah segala buku rasa hatiku


Kadang aku merasakan ketidakgembiraan itu hanya sementara
Bila ia hanya berlegar seketika di minda & bayangan jiwa
Kemudian persis bayu lembut menyapa dan terus berlalu
Aku merasakan ia tidak apa-apa padaku


Tapi entah kenapa
Lewat kali ini, ia kerap menggangguku
Terus membelit dan membelengguku
Aku tiba-tiba menjadi sebak dan sesak dada



Mungkin aku perlu berehat
Dan 'tidur'...

Jadi bilakah pula aku mahu 'bangun'???
Entahla...

~walking in sleep~

Monday, February 22, 2010

begitu begini macam ni laa

What a day!
Semalam.
Malam tadi.
Hari ini.
Kelmarin dan hari-hari yang lalu.
Juga begitu.




Aku merasakan sesuatu yang tidak gembira dalam hati ni.
Kenapa begitu?

~feel something yang tak hepi~

Friday, February 19, 2010

Sudahlah SudahLah tak Mahu dengaR lagi

Hari ini...
Mahu mencari kalkulator untuk Alip.
Bajet bawah RM50 (mana boleh lebih, budak sekolah).
Checked!

Semalam...
Bermimpikan si 'dia' yang ralit menocangkan rambutku.
Kemudian memakaikan skaf di kepalaku.
Sweetnya.
Tak mahu bangun tidur boleh tak?
Cut!

Kemudian...
Melihat diri pada orang lain.
Aku degil?
Aku tak habis dengar bila orang cakap dah cantas.Zass?
Aku nak keputusan yang pasti?
Aku macam ni?
Aku macam tu?
..aku tutup telinga..
Mungkin aku memang tak mahu dengar lagi..
Biar aku sendiri
Fikir
Teliti
Muhasabah

Tapi aku sedikit sedih
Begitu rupanya aku yang bernama aku ini.
Ish..isk..
Dan aku lelap dengan putaran pertanyaan ligat di minda
Terus menghalusinasi kepala ku
Oh....
Enough!

~tenggelam dalam maya~

Wednesday, February 17, 2010

Kenapa malu mesti tutup muka

Apa rasa bila macam ni?
(Ikuti situasi di bawah ini)

Baju, ok.
Tudung, cun. :p
Sandal, pinjam mak.
Beg tepi ala mak datin, boleh tahan.
Lipstick sikit. Magic powder? In2It jek..:p

Ok!
Dengan konfiden, cucuh kunci kete.
Start enjin.
Undur keluarkan dari porch. Hati2 tengok side mirror apa segala.
Berjaya keluar dengan selamat dan mula stand by tunggu passenger di jalan keluar rumah.

Semua siap.
Gear 1, jalan....zasss....

Adalah dalam puluhan kilometer.
Sampai bandar Kota Tinggi.
Parking baik punya depan kedai dekat2 Kidmart.

Matikan air-cond, radio n enjin.
Selesai. Kunci kereta.

Dalam kepala cermat mengingat apakah agenda dan barang2 yang hendak dibuat kat bandar ni.
Oh aku mahu topup TnG! ya! itulah dia misi utamaku.
Check.
OMG!
Mana pergi semua ni??
Wallet tertinggal!! Cesss..

Selamba..aku boleh terlupa wallet aku kat dalam bakul mak atas gobok.
Semalamnya lepas p kedai malas mahu masukkan dalam beg.
Ha Ha Ha
Maknanya aku dengan konpiden tadi telah drive tanpa lesen.
Nasib baik takde road block inche polis. ce hehehehe...

moralnya (oleh kak cikku) :Check everything sebelum anda keluar rumah. Selamat... :))

~aku rasa sungguh tak seronok berjalan pada hari itu kerana aku takde duit. nasib baiklah kakak n adikku kaya dan sudi membelikan aku makanan n minuman. hik hik..jangan kata nak topup TnG, nak cucuh duit keluar pun takde kad ATM..zass~
        

Wednesday, February 10, 2010

aku melangkah tanpa menoleh lagi

Kenapa penulisanku kini bergaya seperti seorang dokter cinta tak bertauliah tapi berfalsafah (kononnya laa heheh) dengan garapan pengalaman dari hidup penulis sendiri (uh metafora) dan watak2 tambahan(antaranya Becok Yam, Becok Din Big Boss, Becok Lelaki  Agassi -nama watak bukan nama sebenar dan tiada kaitan dengan hidup penulis di alam nyata. ceh. (tersenyum sorang aku bila melihat nama2 rekaanku ini hik hik.kiut kan?)
- what a wonderful intro hehehe.

Semalam.
Dengan kedudukan di altitude yg tak pasti.
Ketika lif bergerak.
Dengan kehadiran beberapa cik puan dan en tuan serta empunya diri.
Bunyian hingar dek sok sek (mengumpat ke?? tak rasanya huhu).
Dan satu bunyi suara wanita yang diprogram berbahasa begini :
"tingkat 4, naik ke atas" dan " tingkat 20, turun ke bawah".

Persoalan yang aku nak timbulkan, juga inspirasi dari penumpang lif termasuklah cekgu2 BM adalah:
"lif ni 'pandai' kan? dah nama naik mestilah ke atas. takkan lah naik ke bawah ye tak?"
hik hik..kenapa bahasanya terlalu metafora. aku pun tersenyum sahaja.

contoh2 lain ye adik2. perhatikan di bawah ini:
1) menggalas beg di bahu. (kompom menggalas tu kat bahu ada menggalas kat dada ke?)
2) menjunjung kain bungkus di kepala. (ada ke menjujung di sisi?)

perkataan tu dah menunjukkan arah kenapa nak tambah arah lagi?
kata teacher yg naik lif tu kata ompotih cakap :" going up or going down"  takpelah sebab "going" can be any direction. ni mesti kes translate sebijik2 kot. entah la mak pun tatau uolls..huhu..

~aku keluar dari lif tanpa aku pedulikan lagi suara wanita terprogram itu.yg panting aku sampai kat tingkat yang aku nak pergi ~

anda siapa, aku siapa

Geram betul aku.
Peristiwa yang aku paling hangin berlaku lagi. Cet.

Merujuk entri yang lepas tentang: SMS dari no yang takde dalam list phone book tapi anda rasa macam pernah tengok dan konpiden pemilik no tu save no anda tapi buat2 tanya anda siapa. (rewind sat naa)
Tajuk panjang macam tesis menerangkan objektif, kaedah/method,dan kesimpulan/produknya. hikhik.

Hal itu berlaku lagi.
No yang sama.
Ah sungguh berpura-pura si pengacau hidup aku ni.
Panas hati beb.
Cet.
Dah biarkan la die.
Tak de apa pun yg terjadi dengan hati aku.
Please, you go away from my life...

~no beliau aku terus padamkan dari display hp ku. takkan ku benarkan ia terlihat oleh pandangan mataku.~

Friday, February 5, 2010

sizuka,selamatkan nobita

Suatu hari.
Ketika hati anda sedang enak & nyaman; duk diam dalam zon tenang.
Tiba-tiba...
Datang satu 'raksasa' (sebenarnya takde lah burok sangat rupanya,saja nak bagi ada feel cam takut2 gitu kan)-metafora je lebih.
Menggugat jiwa anda.
Aduh duh duh..
Macam mana tu?

Apa anda buat bila anda kena memilih.
Antara yang anda suka dan yang menyukai anda?

Sorang kawan pernah cakap : "pilihlah yang banyak suka kau dari yang kau banyak suka dia"

Emm..betul juga.
Bila kita suka, kita takkan sampai hati nak marah.
Sebab kita tak mahu buat dia marah & tak suka pula dengan kita.
Kita yang kena jaga hatinya.

Situasi sebaliknya.
Bila kita disukai, kita pulak buat tatau.
Dan dia terlalu menjaga hati kita.

Untuk tidak rasa terluka, aku pun tatau pilih yang mana.
Tapi pada aku asal saja kita senang & selesa bersama, kita ada 'kimia', itu dah cukup bagus dan buat aku hepi.
No touching2.
No hurt feeling.
..lalala...

~biarkan petunjuk itu tiba~

Menggatal eh

Yeosh!
Kembali...
Febuari 2010.

Masih belum terlambat utk ucapkan Selamat hari Wilayah kepada penduduk wilayah.
 (cewah, sejak jadi orang wilayah ni, hari ni je laa yang paling best.hehehe)

Hari ni,
Unit kami buat kerja gotong royong.
Nak jadi unit contoh katakan.
Lepas ni award "5s" dengan fail dan kertas paling kurang adalah unit kami. Yeay!! hehe.
Apa taknya en. shredder pun kami jemput.
Bunyi die dah macam mesin parut kelapa. huhu. Semput2 die. Kesian..

Dan kesannya, pinggang aku naik lenguh.
Ni yang malas ni, aku ni tak leh buat kerja banting tulang (bunyi kasi dahsyat sikit).
Dulu kat kampung, keje angkat tandan kelapa sawit tu bese je.
Sejak retired jadi pekerja upahan abah, dan duk kerja dalam aircond laa ni, aku tidaklah sekuat muda2 dulu. huhu.
Oh salahku juga tidak meneruskan amalan renang ku.
Alah aku segan la nak menyelam tenggelam timbul kuak sana sini kat swimming pool kondo tu.
Sejak tinggalkan BMI, dah tak p pool UIA tu.
Tak baguslah lagu ni..

Kesakitan pinggang ni mula dirasai selepas aku angkat barang pindah rumah hari tu.
Pergh..ya ampun..memang pancit beb.
Camne ni?
Aku ketahanan utk tempoh lama memang tak boleh blah.
Tu pasal aku tak minat aktiviti lasak, sikit2 boleh la uollss..hehehe..

Ok la, lets start new healthy life!
Kasut sport ada.
Track suit ada.
T-shirt muslimah atas lutut ada.
Swimming suit kiut ada.ops! :))

Jom!!! Riadah!!!!

~new life begins~