Kenapa penulisanku kini bergaya seperti seorang dokter cinta tak bertauliah tapi berfalsafah (kononnya laa heheh) dengan garapan pengalaman dari hidup penulis sendiri (uh metafora) dan watak2 tambahan(antaranya Becok Yam, Becok Din Big Boss, Becok Lelaki Agassi -nama watak bukan nama sebenar dan tiada kaitan dengan hidup penulis di alam nyata. ceh. (tersenyum sorang aku bila melihat nama2 rekaanku ini hik hik.kiut kan?)
- what a wonderful intro hehehe.
Semalam.
Dengan kedudukan di altitude yg tak pasti.
Ketika lif bergerak.
Dengan kehadiran beberapa cik puan dan en tuan serta empunya diri.
Bunyian hingar dek sok sek (mengumpat ke?? tak rasanya huhu).
Dan satu bunyi suara wanita yang diprogram berbahasa begini :
"tingkat 4, naik ke atas" dan " tingkat 20, turun ke bawah".
Persoalan yang aku nak timbulkan, juga inspirasi dari penumpang lif termasuklah cekgu2 BM adalah:
"lif ni 'pandai' kan? dah nama naik mestilah ke atas. takkan lah naik ke bawah ye tak?"
hik hik..kenapa bahasanya terlalu metafora. aku pun tersenyum sahaja.
contoh2 lain ye adik2. perhatikan di bawah ini:
1) menggalas beg di bahu. (kompom menggalas tu kat bahu ada menggalas kat dada ke?)
2) menjunjung kain bungkus di kepala. (ada ke menjujung di sisi?)
perkataan tu dah menunjukkan arah kenapa nak tambah arah lagi?
kata teacher yg naik lif tu kata ompotih cakap :" going up or going down" takpelah sebab "going" can be any direction. ni mesti kes translate sebijik2 kot. entah la mak pun tatau uolls..huhu..
~aku keluar dari lif tanpa aku pedulikan lagi suara wanita terprogram itu.yg panting aku sampai kat tingkat yang aku nak pergi ~
aku tak paham...
ReplyDeletetapi dalam lif memang ada hantu..heh
chan,
ReplyDeletetk perlu faham.
bahasa hantu just ignore jek..hehehe
mmg chumil watak2 tambahan tu.. becok yam dgn becok lelaki agassi mmg dah sesuai dah.. tp kalo becok din tu tukar jd bachok din lg sedap kot bunyinya.. haha peace din!.. =P
ReplyDeleteok accepted sya.
ReplyDeletetapi nanti din marah pulak..aku nak jaga gengsi ni..ahaks! :p
ekceli aku dah terpikir nama tu barulah dekat dengan dengan istilah dan pangkat teratas merangkap ketua becok lelaki n becok perempuan kan? hikhik..layan...no hurt feeling aa...