Lately aku ada banyak benda nak cerita kat sini.
Tapi aku bimbang bila orang baca akan menjuihkan bibir -annoying gila minah ni! huhu.
Sebab bait-bait indah yang bakal kucoret akan berbaur jiwang dan menyentuh isu hati yang perasan dan seterusnya bagaimanakah cara untuk menghandle menda alah jiwa2 ni.
Sungguhlah poyo! ahaks.
Lantaklah..
Aku bukan dokter cinta ok.
-----> layan ASMARADANA, setiap malam selasa-khamis 10.30<------
Anyway,
Aku nak kisahkan hal tentang hasad dengki.
Selalu orang sebutkan dalam shortform PHD.
Apa2 je laa kan.
Ada dua kisah berlainan background dan berlainan orang yang terlibat.
Tapi halnya sama - hasad dengki!
Kisah 1:
Di suatu kejiranan.
Di sebuah taman perumahan. (ok imagine macam mana taman perumahan ok)
Dengan rumah yang berkongsi dinding dan jalan.
Saling berhadapan hanya beberapa langkah utk menyeberang.
Dengan kiraan meter persegi yang tak besar mana.
Orang sini melaung orang sana mendengar.
Dan macam2 lagi.
Pada pendapat aku laa.aku punya pendapat je ok.
Kalau kejiranan yang berbentuk sebegitu haruslah kan lagi akrab hubungan dan jalinan persaudaraan.
Tambah2 sekang ni laungan 1Malaysia, muhibah dan sentosa kan.
So,
berbalik kepada cerita tadi.
Aku sungguhlah tak faham kenapa la jiran2 kena bergaduh, bertikam lidah, dll.
Lepas tu mengganggu ketenteraman jiran yang lain.
Tak puas hati buat lak tresspassing (betulkan ejaan aku kalau salah) dan physicological (betulkan juga ejaan aku) harrassment.
Apa kebendanya ni??
Sampai saman menyaman.
Adoiilaah
Itu semua sebab hasad yang sangat dengki laa tu..cess..
Ok cukup!
Kisah 2:
Ni hal lagi satu.
Orang yang mungkin kurang cerdik.
Menganiaya orang lain dengan pendekatan paling tak rasional dan paling issshhh geram betul.
..cukup..aku tak mahu kisahkan lagi..
Aku cuma dapat konklusikan dua hal ini dengan satu perumpaan.
Ini aku dengar dari seorang sahabat.
Orang yang macam ni jangan dilayankan.
Biarkan dia.
Kalau kita layan dan balas balik macam yang dia buat kat kita, takde bezanya kita dengan dia.
Kita sama je dengan dia.
Kita pun sama kurang cerdik macam dia.
Macam anjing yang menyalak.(sorry for rude word)
Takkan kita boleh nak suruh dia senyap dan jangan menyalak lagi.
Sebab itu memang habit dan sifat dia.
Biar je. Lama nanti dia penat dia diam sendiri and blah.
Cukuplah tu.
Hari ni hari dia.
Esok lusa kita belum tahu.
Dah macam tazkirah pulak.
Hehehe. :)
Tindakan kita sendiri SABAR jelah ok.
~sekian utk sedikit bicara berunsur sedikit emo dan nasihat berguna~