Entri kali ini aku mulakan dengan peribahasa indah yang selalu digunakan dalam acara rasmi dan gilang gemilang re-new-on (quote zahrin) bila usia kebanyakannya dah berpangkat belia dan dewasa, iaitu :
"Sirih Pulang ke Ganggang"
Sebelum tu, tolong mendefinisikan peribahasa yang indah tersebut.
Supaya kita boleh mendalami maksud dan seterusnya memperkayakan perbendaharaan bahasa ibunda kita yang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan (satu lagi amek kau). :)
Boleh tak kali ini aku nak membawa gaya ala-ala bercakap dengan diari? (wah, jiwangs uolls)
Gaya up-date aku pada kali ini bersifat jurnal seorang jurnalist yang mengembara malam (eh kenapa malam pulak?) hehehe...
Baik kita mulakan. :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahad, 1.50pm, 7 Mac 2010.
Kajang-Air Hitam Highway PLUS.
Ini adalah pertama kalinya aku yang mulus lagi innocent memandu sendirian di atas highway.
Walaupun sebelum ini memang aku jelah yang drive all the way (sebab tak de orang yang nak bawak manual kecuali kak cik aku) walaupun seat co-pilot dan passenger terisi penuh.huhu.
Aku memberanikan diri jugak.
Lepas hantar tiket bas dan bagi makan Alip aku teruskan kembaraku ke Parit Raja.
Pengalaman melalui highway balik Kota Tinggi sebelum2 ini aku gunakan dengan baik.
Aku saja singgah rawat & rehat di Seremban dan Pagoh untuk estimate timing.
Akhirnya Alhamdulillah sampai juga di Hotel D'Impian Inn.:)
Aku dan 5 lagi rakan kerja akan spend 1 bulan di tanah ini.
Best betul every weekend aku boleh balik rumah makan nasi mak masak.
Save bajet betul hihi.:))
Sekian dengan itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
~kenapa aku tak rasa macam bercakap dengan diari pun? ish.nampak gayanya aku tak sebati dengan penulisan gaya begini.belasah jelah.dush!~
...esok Jumaat dah boleh packing utk balik Air Tawar..nananana!!! hahaha...
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka