Sebelum aku pergi
Meninggalkan batu-batu berongga yang kaku tapi berpenghuni
Meninggalkan cahaya-cahaya oren di malam hari
Meninggalkan hingar bingar lintasan tak pernah putus
Aku ingin mencatatkan di sini
Di ruang yang menceritakan kisah hatiku
Bahawa sebelum aku pergi ternyata hatiku di bawah kehibaan dan pertanyaan
Pada satu soalan yang aku dambakan jawapan pasti
Tapi aku tak mampu mengetahuinya
Aku takut mahu mendengarnya
Aku pergi membawa semua rasa
Yang menakluki sekeping hatiku
Yang mungkin sudah kelihatan rekahan penuh kepedihan
Tapi aku yakin dengan kepergianku ini
Aku akan bisa mengubatinya
Hijrahku ini
Mencari damai
Mencari tenang
Mahu memulakan lembaran baru
Bolehkah begitu wahai diriku?
InsyaAllah
Terluka benarkah?
Takkan begitu sekali kedukaanmu wahai diri
Tarbiyah dari Tuhan
Belajarlah bersabar
Belajarlah
Sabar
Sabar
Sabar
...
Sinar kebahagiaan itu akan terbit di sebelah yang satu lagi
Teruskan memandang
Dengan pandangan ikhlas dan redha
Yakini
Hikmah tetap ada
Ameen...
(picture from: guardian.co.uk)
~there is silver line behind the cloud~
* leaving KL for a month*
* leaving KL for a month*
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka