Hari ini.
Seperti mr. engineer, aku juga ke KKTM PJ taklimat 5S.
Bercakap mengenai -susun.
Hendaklah susun fail mengikut color coding.
Mestilah orang lain boleh dan mudah untuk mengambil fail itu.
Kisahnya.
Semalam atau kelmarin.
Aku ke bilik fail untuk ambil fail pusat yang aku jaga.
Konpiden je aku masuk dan pergi ke rak yang biasa aku pergi untuk ambil fail yang biasa aku guna.
"Ila!!!!"
"Amenda"
"Mana fail aku?"
Pelik dan terkejutnya aku melihat tempat biasa aku letak fail aku (dan memang kat situ pun fail2 lain biasa letak) dah jadi fail lain.
Apa semua ni?
Ila gelabah datang.
"Apa?"
"Mana fail pusat aku?"
"Fail ko no bape?"
"No 14/2"
"Ni Biah. No. 2 ni haa"
"Eh, awatnya ni? Bila tukaq?"
Aku jadi pelik.
Sebab sepatutnya ia menjadi mudah untuk dicari.
Bayangkan kalau orang lain yang cari camne, sedangkan aku pun payah nak cari?
Hu Hu.
Ok, aku terima sebagai silap aku.
Sebab tak aware.
Tapiyang aku faham sepatutnya ia memudahkan orang lain walaupun pembaharuan itu tidak diketahuinya.
Takpelah tu.
Lepas ni aku dah tahu.
Marilah kita sama-sama kemas unit kita!
:)
~sebenarnya aku lebih rasa terkilan pd hari ini..disebabkan keputusan orang lain yang tak bertanya mahu pun berbincang dengan aku terlebih dahulu..macam batu besar hempap dada..sesaknya..isk isk..tapi takpe aku pasti ada hikmahnya~
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka