Sebenarnya aku pernah terjumpa pasal filem ni dalam Vocket.
Dan itu memang based on true story.
Entah tetiba Astro menayangkan kat Astro Best, aku minta nak beli.
Nak tau juga ceritanya macam mana.
Lagi satu (yang paling utama) adalah sebab pelakonnya Mark Wahlberg.
Hahaha.
Bila menonton dengan bekas 'orang minyak' ni, dia ada emotional mood dan memory gitu.
Aku yang memang tak ada pengetahuan sangat ni asyik bertanya itu ini.
Hahaha.
Padahal kalau aku tengah tengok drama Korea orang tu tanya macam-macam aku memang tak layan pun.
Sorry Sayang ye. :p
Deepwater Horizon tu sebenarnya nama pelantar tu.
Kisahnya adalah mengenai telaga minyak yang meletup dan menyebabkan kebakaran besar kat pelantar tu.
Mengakibatkan kematian 11 pekerja dan tumpahan minyak yang sangat besar.
Berlaku pada 20 April 2010 (baru 7 tahun lepas kot).
Menurut filem tu rentetan peristiwa itu berlaku selama 87 hari (kat ending filem tu).
Menurut filem tu, pelantar ni jenis yang terapung dan boleh bergerak.
Dia cari minyak kat area Teluk Mexico.
Aku tak faham sangat sebenarnya.
Sebab masa pekerja Transocean tu turun chopper, orang Slumberger nak naik balik dah.
Pastu ada orang BP gak.
Masa dorang naik chopper tu aku tanya suami aku, "kenapa diorang tak pakai headphone macam abang pakai tu?"
Suami aku pun pelik.
Dan masa dorang terjun laut nak selamatkan diri tu pun suami aku cakap sepatutnya ada caranya sebab sakit wo jatuh atas air dari tempat setinggi 10 tingkat.
Tapi dorang terjun macam tu je aku tengok.
Huhu.
Dia macam konflik antara pihak BP and Transocean.
Abah Irdina cakap Transocean tu uruskan pelantar tu, telaga minyak tu orang BP punya (BP sewa pelantar tu untuk gali minyak) and Slumberger tu kontraktor, camtulah.
Apapun dia nak bagitahu punca kemalangan adalah sebab kecuaian dan teknikal.
Sebelum masukkan lumpur, mereka tak buat ujian simen terlebih dahulu untuk pastikan lapisan tu boleh tahan tekanan tinggi ke tak.
Dan bila dibuat ujian tekanan negatif, mereka tak percaya pada bacaan dan amaran tekanan.
Terus je nak pam minyak tu naik.
"Mayday" - signal untuk kecemasan.
Baru aku tahu. Hehehe.
Lebih kurang gitulah yang aku tengok dalam filem.
Kot tak sama dengan yang asli, aku minta maaflah.
Aku nak tengok sebab aku nak bagi suami aku rasa memori.
Dia cakap kes ni yang kedua.
Kes pelantar terbakar dan lebih ramai yang mati adalah di Scotland.
Iaitu pelantar Piper Alpha pada 6 Julai 1988.
Boleh baca lanjut di sini.
Aku tabik suami aku masa bujang dia pergi cari
Dalam 6-7 tahun gak dia kerja O&G.
Sebelum kahwin (masa tengah tunang) dia kerap turun sebab nak cari duit kahwin. Hiks.
Masa tu kalau orang tanya aku cakap tunang aku kerja nelayan laut dalam. ;p
Tetapi lepas kahwin dia kerja office based je.
Ada sekali je dia turun laut sebab tak ada staff dah nak pergi.
Sampai Irdina lahir, dia decide untuk berhenti sebab faktor ekonomi, (harga minyak turun), persekitaran kerja dan juga faktor keluarga.
Dia tak betah nak tinggalkan anak isteri lagi.
Aku rasa sebagai isteri aku kenalah memahami jiwa dia.
Dia rindu dengan O&G tapi dia buat pilihan untuk meninggalkannya.
Nanti kalau ada rezeki, kot-kot lah kat Segamat atau area Melaka ada kompani minyak nak ambil orang bekerja, dia bolehlah berkecimpung semula.
Semoga Allah murahkan rezeki Abang ye, aminnn.
Ni bukan gambar platform Deepwater Horizon tapi ni tempat suami kerja dulu (kidnap dari FB dia)
*Tanya kat Irdina dah besar nak jadi apa? Katanya "doktor gigi" .. Hahaha :)
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka