Monday, January 23, 2017

Route of CH

Pembuka tirai travelog 2017 bagi keluarga kecil kami adalah
"Cameron Highland Trip"

Perancangan yang dibuat hujung tahun lepas direalisasikan.
Alhamdulillah.

Short vacation trip selama 3 hari 2 malam.
Selesai!

Perjalanan bermula around 9.00 am dan berhenti di Hentian Rehat Dengkil.
Dan driver bertukar.
Sempat mandikan Irdina (dari dalam buai angkat je dia tak mandi lagi) dan makan terus tengah hari.
Irdina sempat gak pau nak main tunggangan yang berlagu tu.

Peace Irdina! kat RnR Dengkil


Exit tol Tapah.
Adoi.
Sangat seksa sebab aku tak tahan jalan dia.
Lately macam tak boleh nak naik kenderaan ke atas tanah tinggi, tambah dengan jalan yang berpusing-pusing.
(Trauma naik Gunung Kinabalu kembali)
Dulu tahun-tahun kebelakangan (zaman bujang) tak ada masalah pun lalu jalan tu.
Entahlah.
Siap Irdina marah Abah dia, sian tengok Mak dia ni muntah-muntah.
Uwekk.. Hahaha

Akhirnya around 3.30 pm sampai kat Tanah Rata.
Hotel dah booking 2 minggu sebelum tarikh.
Mula-mula kat Hotel Zermatt, lepas tu kena tukar kat Hotel Highlanders.
Booking OYO Rooms.
Dah bayar RM231 tetapi bila tukar hotel harga lebih murah RM190, katanya boleh ambil di hotel.
Masa nak check out, hotel tu kata nanti OYO akan refund kat akaun kad kredit.
Entahlah.
Hari masuk kata nanti akan bayar.
Masa nak check out tu dah la kaunter tak buka.
Staffnya tak masuk kerja lagi.
Geram juga.
Suka-suka tukarkan hotel, lepas tu tak tahu duit baki dapat ke tak.
Malas nak fikir, lantaklah!
(pasal hotel ni aku ralat sikitlah)

Area hotel yang kami duduk kat Tanah Rata


Petang tu lepas asar around kul 5.00 pm, itinerary dimulakan.
Makan malam steamboat di kedai yang orang duk cakap-cakap kat blog tu.
Oklah.
Lokasi sebelah kanan on the way dari Tanah Rata ke Brinchang.
Dekat Hotel Fern (gitulah bunyinya- tak dan nak google ejaan hehe).

 Makan kacang dulu sementara tunggu steambot sampai.

 Haruslah kat CH minum teh saja.

Steamboat 78 & Snack Corner namanya. 


Esok pagi-pagi, 7.30 am dah keluar.
Misi ke kebun teh dan minum teh makan scon gitu.
Tak pasti nak ke kebun teh mana janji kebunlah.
Turun ke arah Ringlet jumpa Ladang Teh Boh Habu yang tak sibuk sangat macam yang cawangan Sungei Palas tu.
Nice lah.
Beli teh dan sarapan kat situ.
 Berlatarkan MDCH punya signboard (atas tu)

 Pagi di Tanah Rata, CH.

 Boh Tea Centre, Habu CH

Sebelum masuk gate dia ada view ni. Datang awal sangat so kena tunggu around 15 minit kat sini.

Depan signboard. Excited nak!

 Sarapan scon + jem. Teh tarik semestinya.

 View dari Tea Boh Centre

 Asyik nak berdukung je dengan Abah dia.

Manja Abah!

Lepas tu naik balik, singgah kat Bharat Teh pula.
Mak aih, nak masuk ladang dia kena cas RM2/adult.
Memang buat duitlah.
Nak naik buggy RM10/adult.
Kitorang kan jalan-jalan bajet so tolaklah stroller Irdina turun dan naik bukit curam tu.
Nak feel ladang teh punya pasal.
Tapi oklah.
Dekat kafe Bharat Tea (Cameron Valley)
 View dari atas.

 Gagah tolak stroller turun bukit curam (naik lagi letih nak!)

 Jalan turun ke bawah.

 Teh dari dekat.

Nice spot.

Nak pergi ladang teh adalah main point kami datang CH selain nak makan strawberry cokelat.
So banyak gambar alam yang dikumpul.

Around 11.30 am, kitorang naik ke Tanah Rata semula.
Pergi ke Agro Tekno Mardi.
Jalan nak ke hospital.

Selepas masuk jumpa ni dulu.

Sebelum masuk ada pokok ni. Aku pernah tengok sekali dalam rancangan Law of the Jungle kat negara mana tak ingat. Kulit dia warna-warni tau.


Tiket masuk RM3/adult.
Kat dalam tu ada macam-macam tumbuhan.
Aku suka tengok bunga dia, meriah sangat!
Ada banyak bunga yang aku ambil gambar dan tak kenal namanya. Hahaha.
Tapi cantik subhanallah.


 Yellow orange.

 Lavender.

 Yellow flower. (tak tahu nama apa tak tengok namanya)

 Peach daisy. I think.

 Yellow again.

 Ni rare. Macam serpihan salji (snowflakes)

 Red rose.

 One of cactus.

 Fresh strawberry.

 Sibuk memilih kaktus nak beli.

 Yum!. Cokelat strawberry. Menyesal tak beli banyak.
Hahaha.

Dia nak duk sorang-sorang atas buai. Hai la anak.

Dalam tu macam Mini Cameron Highland aku rasa.
Sebab ada tanam teh, strawberry dan bunga.
Kitorang makan strawberry cicah cokelat, aiskrim dan jus dia.
Harga pun ok.
Fresh!
Sedap!

Abah Irdina beli kaktus (itu impian dia untuk naik CH) dan benih pokok.
Aku dan Irdina layan scenery jek.

Tengah hari lunch kat foodcourt Tanah Rata.
Nama kedai tak nak sebutlah.
Harga makan dia untuk 2 orang macam dia nak pergi haji balik hari.
Tapi aku malas nak bising, sebab tak nak spoil mood.
Lepas makan balik hotel, rehat.
Hujan lebat!

Lepas asar tu hujan lagi tapi dah kurang.
Gagah diri juga keluar, sebab nak pergi pasar malam kat Brinchang.
Alhamdulillah, tak sesak dan tak sibuk sangat.
Lepas shopping makan, baju dan sourvenirs, hujan mulai berhenti.
Belikan Irdina topi haiwan, comel-comel.
Last pilih kucing.
Jalan-jalan sampai hujung ceruk, masuk simpang situ sini.
Jelajah Brinchang sebab sebelum ni tak sempat nak buat.
Kali ni memang nak santai lepak-lepak je.
Dapat buat, tak dapat tak apa.

Tapak pasar malam. Tak sibuk sangat.

 Harimau.

Kucing.

Sebelum balik hotel, singgah makan kat kedai on the way turun Tanah Rata.
Area situ baru buka, sebab sebelum ni tak ada pun.
Ada hotel bajet banyak, dan kedai-kedai serta bank.
Dalam sederet bangunan je.
Sebelah dia hotel Century Pines.
Sedaplah kueteow goreng dan kopi tarik dia.

 Restoran yang kami makan malam kedua.

Sedap kuewteow goreng dan kopi tariknya.

Agenda pagi hari ketiga adalah jelajah strawberry or lavender park.
Sarapan dulu kat Tanah Rata.

Oh sebab kenapa pilih stay kat Tanah Rata adalah kerana memikirkan kalau-kalau hujung minggu biasanya area Brinchang akan penuh dan sesak.
Pilihan tu memang tepat.
Walaupun Brinchang tak penuh masa tu.
Lebih rileks.
Tanah Rata pun dah complete ada macam-macam.
Hotel kat Brinchang agak mahal sedikit rasanya.

Ok, selepas sarapan terus naik ke Brinchang.
Pergi Kea Farm Market kat sebelah Corptorn Hotel tu.
Beli jagung, keledek dan baby Irdina.
Ada jual kopi brew tau!
Latte panas dia sedap.
Makan lak dengan jagung rebus yang manis tu.

 Pilih nak beli mana?

 Strawberry punya musim la ni.

 Kopi brew dah ada seh. Beli satu latte panas. Umpph.

Kat sini pun ada kaktus yang cantik.

Singgah kat Bee Farm sebab Irdina sangat obses dengan lebah.
Oh lupa nak mention petang sebelum makan steamboat ada singgah kat foodcourt selepas landmark "Selamat Datang ke Tanah Rata".
(Sampai ke sudah tak dapat nak berhenti ambik gambar kat situ pon)
Kat foodcourt tu tak ramai orang singgah.
Ada kedai jual madu, ada patung standee lebah.
Tu yang ingat nak bawa Irdina tengok lebah.

 Ni lebah Irdina punya.

Ni la tempat yang 1st dilawati petang hari pertama tu. 
Tak ramai orang datang pun.

She loves bee!

Alkisah, kat situ dah ada mall.
CH dah ada mall.
Memang dah berubah sangat.
Banyak sangat bangunan tinggi dah dipacak kat atas CH tu.

Turun lagi ke jalan bawah nak ke Cameron Lavender plak.
Balik nak lalu Simpang Pulai sebab tak nak ulang kisah masa datang.
Tiket masuk je dah RM8/adult.
Tak ada apa sangat.
Pokok bunga je banyak.
Strawberry mahal, tak ada coklat plak tu.
So kat bawah sebelum betul-betul tinggalkan area CH, singgah kat last station beli lagi strawberry dan coklat.


 Selepas masuk jumpa benda alah ni dulu.
Yang ada kereta tu.

 Kemudian rumah-rumah burung ni.
Sebelah dia ladang lavender.

 Abah dia kepingin aiskrim lavender

 Hi panda! Saya cat.

 Mak, ini ada mak dia dengan anak dialah.

 Ni abang dia.

 Nyum-nyum! Sedap aiskrim abah beli ni.

Jagung pun Irdina boleh.


Singgah RnR Tapah, makan kat Kafe Pak Tam.
Ok sangatlah.
Kipas dia yang ada aircond tu.
Kihkih.
Mandikan Irdina lagi sebelum balik ke Muar.

Irdina punya seronok tak tidur langsung dalam perjalanan.
Sampai rumah around 7.00 pm.

Itulah untuk memori Irdina ketika membesar. :)

*Next trip dalam beberapa bulan akan datang kot. We'll see.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka