Sunday, January 8, 2017

Tukar Kalerlah

Perasaan nak mendekorasi rumah kembali berkobar-kobar.
Disebabkan oleh tangan yang gatal google pasal wall paper lak.

Semalam ada bincang-bincang dengan Abah Irdina selepas beliau selesai memotong rumput.
Mendengarkan cita-cita beliau inginkan rumput persis karpet (sebab beliau tak larat nak mendukung mesin rumput twice in a month at least, tak masuk musim hujan), aku pun ada cita-cita aku gak.

Melihatkan Uncle depan rumah sedang mengecat pagar tembok rumahnya, aku pun membangkitkan isu yang sama.
Dah masuk hampir 4 tahun (aku duduk rumah tu sebelum kami berkahwin), pagar pun dah naik berlumut dan dinding luar pun dah pudar kalernya.
Bila nak cat baru?
Nak buat sendiri boleh tapi sempat dengan tak aje la.
Cat dalam rumah pun makan seminggu nak siapkan bergilir-gilir.
Hehehe.
Kalau nak upah orang kena kira betul-betul bajetnya.
Tapi kalau bab pilih kaler aku memang fail tau!
Entahlah.
Mungkin sebab kurang buat study kot.
Lepas ni memang aku research sungguh-sungguh la.

Rentetan hal itu, banyak lagilah plan yang kami nak laksanakan.
Ikut masa dan kos sahaja.
Yelah, itu kan rumah kita beli bukannya sewa.
Nak duduk pun lama.
Jadi kenalah jaga.
Biar selesa didiami, rasa seronok home sweet home gitu kalau balik rumah.
Nak beribadat dan berehat pun senang hati.

InsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan kami.

*Sikit-sikit dan istiqomah. :)

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka