Sejak hidup semakin sibuk- membuat kerja hakiki campur kerja tak berapa hakiki,
rasanya sedikit terlupa bagaimana hendak connect broadband pada laptop.
(Sungguhlah drama ayat di atas-betapa dah lama tak tengok laman sesawang yang aku suka)
Boleh pulak aku rileks je.
Apa nak dikata, kat sini memang takde internet gunasama (maksudnya talian tetap internet atau wireless macam kat hq tu).
Broadband pinjam-sama adalah. (Tengok pada priority kot ye pun awak nak pinjam. He he.)
So sudahnya aku hanya mengetahui breaking news tu kalau tak tru tv atau paper, makanya mulut-mulut orang je la.
Rural sangat ke?
Taklah.
Aku yang 'rural' bukan tempat ni yang rural.
(tone sedar diri ni huhu)
Sebenarnya aku sedang tak de hati.
Untuk sesuatu. Atau mungkin banyak.
Entahlah.
Aku tak tau.
(tutup cerita ni)
Oh ye.
Sudah dua minggu aku mula mengajar.
Jangan tanya subjek apa aku ngajar- aku hanya mahu rahsiakannya.
Di luar alam dan di luar silibus jugak tau. ha ha ha.
(soalan dari Saadah (guru sekolah menengah di Perak);seronok ke mengajar budak besar?-9.44pm, 1 Ogos 2010)
Emm..
Aku terus terang dengan Saadah.
Aku tak rasa teruja ajar budak besar (baya-baya adik bongsu aku yang baru lepas sekolah tu).
Lainlah.
Aku mungkin terbiasa dengan teknik pedagogi dan bukan andragogi.
Mungkin aku yang salah guna teknik -layan mereka macam budak sekolah- sebab aku terlalu baik. Hu Hu.
Aku ingat budak besar ni jenis independent.
Macam kita kat univ dulu-dulu.
Alah paling teruk pun kita cuma minta copy notes lecture pastu buat cetak rompak sendiri.
Tapi aku tak faham kenapa situasi itu tidak ada pada budak besar ni.
Mungkin aku kena terima hakikat, tak semua budak besar tu macam kita dulu-dulu.
Atau mungkin budak besar ni masih belum boleh melupakan habit ketika mereka sekolah dulu.
Atau mungkin budak besar ni 'menghargai' pensyarah @ cikgu mereka ini dengan sebaiknya.
Atau mungkin aku akan ada jawapannya bila aku dah berpengalaman mengajar budak besar selama 10 tahun?
Dan sebab itu aku tak boleh terlalu awal memberikan jawapan sekarang ni. huhu.
Yang pasti, aku rasa aku tak feel mengajar budak besar sebab:
1) Mereka tak pakai uniform macam budak sekolah
2) Mereka besar-besar
3) Mereka kononnya mengaku sudah 'dewasa' dan tak mahu dilayan seperti budak sekolah.
4) Mereka...
5) ...
6) ...
n) Aku sendiri.
..erk..kenapa "Aku sendiri" pada no ke-n? yg ke-berapa daa..huhu..(tak mahu salahkan diri sendiri yek?)
dan
pada aku, budak besar ke budak sekolah ke,
"Law & Rules" -is number one!
Cukuplah soal tu.
Mungkin aku kena cukup 'tua' atau cukup 'masak' dulu dengan perangai dan atmosfera budak mengaku besar ni.
Lepas tu baru aku boleh fikirkan seterusnya.
Cuma aku sekarang kena kutip semangat yang makin terbang ni jek.
Tolong kembali berpaksi padaku semula. Fuh!
Emmm...
Dah lama rasanya tak jumpa entertainment.
Tak tengok muvie.
Tak karoke.
Tak jalan2 & melancong.
Tak buang masa.
Tak dan tak.. (semua benda lagha-seronok je kalau buat yek?)
He he he.
Miserable gile saat ini!
Aku tak ok.
Tapi aku cuba jadi ok.
Aku nak ok tapi aku tak boleh kadang-kadang.
Aku sangat down
Aku kena buat apa ni?
PKBM MRSM Muar -ada seseorang di situ.
Batch 01/02 MRSM Muar -pun ada seseorang di situ
Ini juga.
Dan kenapa aku meletakkan gambar tak de kaitan ni semua?
Just because...
~Aku rasa aku kena balik jumpa mak abah.
Itu jek.~
Ingat dah x nak buat blog uollss..haha..
ReplyDeletekawasan rural kan??!! xde internet guna sama..haha..
tau takpe..
ReplyDeletetapi kalau uoll diberi pilihan uolls pun tanak tinggalkan BP kan?? ahaks!!
ada orang yang sayang di sini..kuang3!!!
:)) hahaha
oh.. patutlah uolls lama menghilang...
ReplyDeleteweolls ingat dah dapat pencen dan bersara...
peng ajar budak sekolah menengah yang sedikit buat perangai pun dah tak tahan..
ni tak tahula kalau budak besar...
tapi kalau semua cantik-cantik belaka.. tak ada masalah kot.. huahua