Wednesday, May 13, 2009

biarlah ia belayar dengan aman...

saya tertarik dan mengerutkan kening [ala2 atuk pakai cermin mata melihat cucunya bermain parit] sambil menggelengkan kepala apabila membaca berita hari ini.semalam saya dengar di radio bahawa Datuk Nizar sah MB Perak.hari ni saya dengar beliau tak sempat panas punggung di kerusinya dah kena tinggalkan pejabat MB.dan yang paling buat saya berkerut kedut beribu2 adalah macam mana boleh ada dua orang MB untuk satu negeri.umpama satu kapal dua nakhoda.boleh ke?

tak tau apa jadi pada navigation kapal tu.satu kepala nak ke sana,satu kepala lagi nak ke sini.hai, tak leh jalan kapal tu.jangan langgar ice-berg or paus besar sudah.semoga Perak aman damai.saya tak suka kita orang Malaysia tak bersatu.kita satu negara.ni ajelah tanah kita.teringat satu lagu tapi tak ingat sape nyanyi.lebih kurang begini liriknya "negara kita ini kecil saja, kalau kita gaduh sapa nak jaga...".betul kan?fikir tak kita apa jadi kalau kita tak bersatu?negara kita ni kita sama2 kena jaga.tolonglah.saya sayang tanah air ni.saya tak da tempat lain lagi nak tinggal unless Tuhan takdirkan saya ke suatu tempat lain.atau mungkin bukan di bumi lagi

saya minta maaflah kalau saya ni masih kabur tentang soal ni tapi saya berkata dari apa yang saya rasa dan faham.kalau ada salah mohon dibetulkan.saya juga mahu ambil berat.saya juga mahu beri perhatian untuk tanah air ini.sedikit perhatian, memberi sumbangan.saya harap semuanya dapat selesai.saya minoriti tapi saya percaya seluruh rakyat Malaysia sayangkan negara ini.wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka