Tuesday, May 26, 2009

shopping tak sama dengan jalan2 [definisi rabia]

hari ni saya teman kak yam ke kedai pengantin.oh bukan nak cari barang pengantin dia.tapi dia mahu cari potpori [alah menda alah dalam uncang yang wangi2 tu, ada bunga kering,daun kering etc.] dan segala aksesori nak lekatkan kat bekas tu.

kak yam dengan pink sangat sinonim jadi tema yang dia pilih untuk semua dari renda ke kain net pembungkus pun dia mahu kaler pink.hehehe.masa tunang dulu pun kak yam pakai baju pink.

saya dengan kak yam tak adalah jalan jauh sangat.dari sogo ke jalan tar saja.satu kedai je.tapi masyaAllah, saya rasa mahu tanggal kepala lutut.saya dah merengek2 kat kak yam mahu duduk atas lantai.saya tak tahan berdiri lama sangat.saya jalan pusing dalam kedai supaya tak rebah.rasa macam buat PPM masa kat hospital dulu.yang saya hampir pengsan dan mahu pitam.

saya tatau kenapa saya macam ni.memang pesen saya macam ni kot.dari kecik.saya penah ikot kakak ke bandar tapi saya rela duduk diam2 di taxi stand kota tinggi [sekang dlm pembinaan nak upgrade], tunggu dorang beli barang dari ikot dorang masuk kuar kedai.hello ni bukan shopping namanya ni.hahaha.baik duk umah je laa rabia oii...huhuhu..

hahaha.saya punya metabolisma sangat rendah.tak heran saya cepat penat.heart rate pun tinggi.cepat rasa lapar tapi makan tak leh banyak2.minum air cepat, tapi suap makan lambat.

lepas ni sape nak ajak saya shopping, tawaf jalan tar, ke masjid jamek ke, boleh pikir semula.mungkin akan rasa bawak anak kecik lagi baik dari bawak saya.hahaha.:p

~tapi sejak ada duit sendiri ni rasa macam banyak benda saya dah boleh nak duk belek lama.citarasa nak membeli dengan nilai terbaik sudah mula bercambah. dlm diri.adakah aura shophaholic mulai menguasai???alah membeli, menang memakai makcik!! hehehehe~

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka