(Tak kira! Nak update gak pasal 'kekasih' semua pemain badminton iaitu En. Thomas)
Tersenyum aku bila pengulas sukan cakap masa acara penyampaian hadiah & piala Thomas petang Ahad tu.
Lebih kurang begini :
" Piala Thomas untuk China terutamanya Lin Dan yang terlalu merindui untuk memeluk piala Thomas...bla..bla.."
hehehe..nampak comel ayat tu..
dan Lin Dan dengan muka energetic dan bergaya gile..tersenyum memeluk piala Thomas..:)
Dan aku memang tensen.
Sebab petang Jumaat tu aku beria-ia nak sampai rumah cepat.
Sekali timing tukar laa pukul 7 malam macam tu..
Dan tensen lagi sebab kalah.
What to do?
Dorang pun dah buat yang terbaik.
Chong Wei, beregu pertama, beregu kedua, Hafiz dan
Choon Han pun walaupun kalah tapi boleh nampak dia main dengan bersungguh-sungguh,
lagi pun Chin Jien tu muda 11 tahun beb.
Haruslah energy dia lagi banyak dari dia kan.
Patut masa lawan Denmark, bagi lawan Gade sebab umur lebih kurang je kan. hehehe.
Dah takpelah tu.
Dorang dah buat terbaik tapi China lagi baik.
Memang China sangat agresif dan bertenaga.
Pemain dorang tak kira ranking lawan tapi main dengan sangat baik.
Dan tahniah gak untuk Indonesia sebab fight dengan China masa final.
Apa pun, semuanya terbaik!!!
:)
p/s1:suka tengok gelagat Lin Dan masa lawan hehe
p/s2:suka masa lagu negara dimainkan dengan bendera naik lepas penyampaian piala..(ada perasaan lalu kat hati)...
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka