Aku memang pernah pergi situ tapi semalam hampir kami sesat nak ke wad beliau.
Ha Ha. Memanglah, yang aku pernah pergi cuma tempat parking dengan kedai buat kaki palsu jek.
Ok.
Aku kagum betul dengan bos.
Beliau kata sebenarnya dah demam minggu lepas tapi masih datang kerja sebab fikirkan kolej yang kami kena uruskan tak settle lagi.
Sehingga saat beliau hampir pitam itu pun beliau dalam perjalanan balik dari ofis.
Dan sehingga saat kami melawat beliau di katilnya, beliau masih rancak bercerita tentang hal ofis dan senario yang berlaku di ofis tatkala itu.
Kata beliau, duduk kat hospital pun maklumat masih sampai sehingga batteri hp flat. He He.
Dan aku sungguh impressed dengan kecekalan bos.
Terharu sebagai anak buahnya.
Tabik laaa bos! (ni bukan ayat bodek ok, sebab aku bukan 'kaki pasang aircond' ke apa huhu)
:)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Start minggu ni aku naik bas semula pergi ofis.
Jimat.
Tapi kenalah keluar awal.
Kereta dah hantar balik kampung.
Sebab:
1)takde parking kat lrt. trauma lepas kete yam kene pecah dan aku dah da dapat notis dr org kedekut tanah..huhu
2)kereta aku calar dek motor yang parking kat tepi parking lot aku.bayar mahal tapi guard tak jaga pun. cess.
Takpelah.
Itukan kehidupan.
Uh, orang KL memang jahat.
Huhu.
Tapi hikmah juga.
Sebab bila naik bas aku banyak jumpa orang.
Aku lalu jalan yang kemudiannya aku boleh belajar selok beloknya.
Aku tengok student2 pergi sekolah sama2 naik bas dengan aku.
Teringat zaman sekolah dulu beb.
Pastu aku kenal and tahu sekolah2 kat sekitar tu.
Untuk apa?
Untuk belajar mengenai KL ni.
Apa yang ada..huhu..
Ada aa tu..
Lantak laa..
Dan yang paling penting, bila banyak melihat sekeliling, banyak pulak yang akan difikirkan.
Eloklah tu dari serabut ntah pape.
Melihat alam tu tenang.
He he.
~sememangnya aku belajar menjadi tenang dan cool~ aish..ha ha..:))
1st..en Khus memang workaholic..tak reti dok diam..heheheh. Allah bagi dia rest kat sepital nuu..Get well soon En Kh!
ReplyDelete2ndly..waaa da senang la ko ada supir hari2 jemput..tak yah pening2 pk pasal parking.Sabo2..nway aku pon tak berapa tenang keja kat kl nih..uhuhuu
dah jumpa ngan yang hg berkenan tak dlm bas...
ReplyDeletewajah blog sudah berubah.. cantik....
ReplyDeletebos tu sungguh mencintai kerja....
biah: sekarang dok mana? keje kat mana?
yam: 1) nama bos dirahsiakan laa..hehehe
ReplyDelete2) tapi penat juga la..itulah kehdupan kat KL yam..aku pun dh bosan..
mr.engineer: mestilah belum ngurat kalau dah jumpa pun..haha
ReplyDeletepeng: ha'a beliau sgt komited dengan kerja..
ReplyDeletecuba peng baca entri dr awal ke..tengok gmbr ke...