Monday, May 10, 2010

tak best pun

Dah lama teringin nak main ice-skating.
Sejak sekolah form 4 masa g wajadiri kat UKM, singgah Sunway Pyramid.
Kalau datang situ jek, asek tengok orang meluncur.
Cam best jek.
Why not, sementara duk KL ni, mari kita jejakkan kaki atas ais buatan ni.
Mana tahu ada rezeki, dah terer leh g oversea main salji pulak.
Ha ha.

Tambah pulak tengok drama Korea.Lee Min-Ho haruslah beb! hihi
Peh dah mulut berasap2. Pahtu pakai penutup telinga.
Main riang2 atas ais.
Tak pun drama Jepun Takuya Kimura tajuknya "Pride".
Rilek je si Halu tu luncur sambil pukul bola hoki dia. ceh.
Pahtu awek dia Aki duk sorak2 kat tepi. hua hua.
Berangan je lebih. He He.

Sekali, aku dengan Zahrin, Hasnor and adik Hasnor try Ahad lepas.
Ok, aku dengan Hasnor je 1st time, pakcik tu dah ada pengalamanlah..huhu.
Nak main, excited tapi dalam hati ada cuak juga.
(Lepas solat zuhur tu aku siap doa minta perlindungan dan keselamatan sbb cam bahaya jek..:) )
Siyes, aku ingat kalau main tu takde laa kalau jatuh nak basah2 sebab macam kat dalam cite Korea tu salji tak basahkan baju pun. Huahua.
Ye laa nama pun yang kat sini tu buatan je, tak de laa serupa dengan yang ori kan?

Gila!
Lepas pakai kasut dia tu, aku nak jalan pun tak balance.
Ceh.

Ok, masukkan sebelah kaki.
Oiii..licin gile.
Tangan aku ni memang kejap arr paut dinding.
Nak gerak ke depan memang tak reti.
Aku jerit je laa. ha ha.
Slow2 aku aku ukur keliling gelanggang ais tu.
Adalah besar court tenis gak hua hua! :p

Makanya, hari meluncur aku menjadi hari memaut dinding atas lantai licin ok.
Nasib baik masih kekal rekod, tanpa ada jatuhan. Gigih gila aku! hahaha
Tapi menurut orang yang berpengalaman (dan dah terer sedikit seperti Hasnor & Zahrin), jatuh adalah pelajaran untuk menjadi peluncur.
Cewah!! hehehe
Yelah macam belajar bawak motor, kena jatuh gak baru thrill..siyes ni beb.
Cuba tanya orang yang dah terer tu, mesti aa diroang penah jatuh nye..

Maka, betullah bila orang kata, kena jatuh dulu baru boleh berjalan.
Macam budak kecik tu.
Sikit2 ok. Lama2 terer laa..
Tapi aku mengaku aku memang tak nak jatuh dan aku terus tak mahu usaha nak pandai luncur lepas penat pusing 4-5 kali gelanggang tu.

Hu hu.
Budak kecik pun rilek jek aku tengok dorang luncur. Ciss..
Yelah, takkan aku nak datang hari2 berlatih.
Tengok glove budak tu pun aku dah tau dia ni hari2 mak bapak dia hantar kelas luncur. hehehe.

Ok, jangan ikut aku yg give up ni.
Apa pun aku dah rasai pengalaman tu.
Lepas ni aku nak try main lain pulak.
Tak pun, kalau kena layan gak, aku akan memilih jaga beg dan duk tengok dari atas jek..amek gambar korang jatuh pulak. hua hua!

Sape nak g genting pulak?!!! hahaha :))


haruslah makan dulu sebelum kita buang tenaga meluncur ais hehehe..(dah kena pow da masa ni cess)

hasnor datang dengan adik dia bukan 'abang' dia ok..

zahrin selaku cikgu baru kami..hehehe..

nak masuk kena pakai glove..barulah cara beb..macam kat oversea nih..hahaha..terbang rm8 aku..

haruslah pada permulaannya kita kan memaut dinding..bersama-sama..kan hasnor?? hehe..

ok, ni student sorang..

ni lagi sorang...comel kan?? heheh

ok, ko paut dinding tu dulu..dah pandai kang jalan kat tengah..ok

dah, cikgu nak luncur dengan free style kat tengah..budak baru duk tepi jek..oiiii!!!...:p

selamba je cikgu tinggal kita kan hasnor?
hehe..takpe mai amek gmbr dulu..hehehe

cikgu datang balik sebab sibuk nak bergambar jugak..ceh..

wah, hebatlah konon tuh...hahaha

hasnor, aku dah penat..ko je laa main tau..

tak yah cikgu nak paksa2 saya main..saya dah tobat tak nak masuk dalam tu lagi..huaaa...

....selesai...


~itu saja pengalaman ala2 drama Korea tak menjadi..ak memilih untuk terus berenang saja..gila poyoss!!! heh~ ;p

3 comments:

  1. haha..i loike..
    konon berangan nak buat drama korea kan??
    walhal duk mengukur perimeter dinding, dgn pekali geseran kinetik..haha..

    ReplyDelete
  2. mentang2 cikgu tusyen fizik..so ko apply laa daya geseran yang sedikit membolehkan ko meluncur dengan riang atas ais tu?? haha

    ReplyDelete
  3. bukan setakat geseran, prinsip keseimbangan biomekanik pun aku apply sekali..

    ReplyDelete

apa-apa yang kamu suka