Wednesday, May 19, 2010

nak cari tiket jumpa lain pulak

Boleh tak nak sakit hati?
Depan kaunter tulis "REHAT" sampai jam 1500.
Aku tengok jam sekilas, 3.10pm dah ni.
Apa semua ni dey??

Ok.
Aku menunggu lagi.
Sambil tu aku baca paper kat board tepi kaunter tu.

Emm..ok ok..
Oh mcam tu.
Apa dia?
Adakah begitu?
Oh..oh..bla.bla..

Berganjak sikit ke kanan.
Sudut sukan.
Mata aku terus tangkap tajuk :
"Persaraan beri kesan pada Choong Hann" (utusanonline)-klik tajuk untuk baca berita tu.

Lepas baca aku jadi sedih tiba2.
Coong Hann bukan tua sangat.
Belia lagi.
Cuma dia tak cergas.
Dan baru aku tau sebabnya.

Rupanya dia dah dua tahun bersara.
Maknanya selama ni dia menguruskan sendiri latihan dan pemakanannya.
Lagi pun dia ada jalani 2 pembedahan sebelum ni.

Yang aku hiba , dia sendiri pernah menulis surat kepada ISN memohon bantuan dan kepakaran meningkatkan kecergasannya.
Dia mengakui dia sudah tua bila tewas dengan Chen Jien,
tapi menyedari Malaysia masih memerlukannya dan tiada pelapis berpotensi,
dia tetap beraksi.

Aku sedih.
Kenapa macam ni?

Choong Hann kali pertama aku lihat dia bemain di Komanwel 1998 KL.
Memang masa tu pun aku baru je kenal dunia badminton.
Aku paling suka tengok badminton sebab Choon Hann main dan Malaysia dapat emas.

Waaa..
Aku terus bersemangat cari info pasal Choong Hann dan badminton.
Aku tak pernah buat ni.
Kerana rasa hiba tu aku bersemangat menonton balik permainan yang melibatkan Choong Hann, Chong Wei, Lin Dan, Hafiz dan nama-nama lain.
Tiba2 jadi rajin study pasal sukan ni.

Tapi lumrah acara sukan mesti ada turun naik.
Yang muda akan naik, yang tua mulai menurun.
Tapi semangat Choong Hann bagi aku tak pernah 'tua'.
Cuma sayang pengalamannya dibiarkan, kalaulah Choong Hann berminat nak latih pula pelapis baru kan baik.

Aku mengaku aku tak pandai main.
Tapi aku tetap suka sukan badminton!

Dan
badminton tak macam gimnastik/gimrama,
rasanya habis sekolah dah kena bersara.
(Teringat Elregina dan team komanwel '98 dulu)


Choong Hann, bersemangatlah!! :)


Gu Jun Pyo sunbae..:)

Choong Hann mungkin tidaklah sehensem Lee Min Ho. (ok, takde kaitan pun)
Tapi dia tetap best!
:)

2 comments:

  1. Choong Hann mungkin tidaklah sehensem Lee Min Ho. (ok, takde kaitan pun)
    Tapi dia tetap best!
    :)

    haha, terbaek la ending entry ni. i loike min ho..cair2.

    ReplyDelete

apa-apa yang kamu suka