Wednesday, June 30, 2010

tertengok dan terdengar

Malam tadi lepak rumah Tim.
Rumah Tim ada TV 29 inc. (hello!!! rumah kitorang pun Sya2 dah sediakan set yang sama tau..hehehe).
Ok.
Aku mengaku.
Aku tumpang tidur rumah Tim, sebab aku tak nak duduk rumah sorang2.
Sebab versi cerita 'melayang' & 'berjalan melintas' aku terdengar senja tu masa tengah makan durian.
Aku takut dalam perkataan pendeknya. hu hu.

Lepas bersantap nasi goreng kampung dan teh tarik (heavy tak dinner aku?),
aku berbaringan di atas hamparan toto Naima.
Mengadap TV besar dia.
Dengan susunan bantal 3 lapis.
Asyik!

Masa tu macam dah tak ada siaran lain selain "Brilliant Legacy" di 8TV.
Korang tau tak cerita spesies apa tu?

Ia adalah sejenis drama korea yang membariskan pelakon cantik-jambu-gebu2  (lelaki) dan comel (perempuan).
Aku tak ikuti cerita ni dari awal.
Tapi malam tadi, episod dia macam best pula.

Heroin ajak hero keluar dating.
Heroin kata dia nak buat semua perkara yang biasa couple lain buat.
Hero, sebagai lelaki macho, menurut saja.
He he.
Kat situ aku menonton saja.

Kata seorang BFF (dlm FB),- "jangan campurkan drama dengan live". (lebih kurang begitulah ayatnya)
Hua hua.
Aku tersengih sebab drama korea lain penangan dia.
Drama korea sweet dan penonton (termasuk aku) akan selalu bayangkan kalau drama tu jadi live.

Ahah.
Drama korea memang best.
Tapi nak jadi live, itu akan buat anda merasa 'tidak hidup' sebab hidup kita mesti ada rasa kecewa dan terluka.
Dan ending hidup tak selalunya macam ending drama korea.
Kalau terjadi, bersyukurnya dan berbahagianya.
Air mata ku tukar menjadi haruman mekar yang mewangi taman hati mu..opss jiwang sekejap..hahaha..

Macam baca novel, terpulang pada anda bagaimana anda mahu mengambil iktibar atau apa2 moral dr penulisan itu.
Tak semua orang sama dengan apa yg dia baca, genre bacaannya, kesukaannya, dan aplikasi pengetahuan yang diperolehinya.
Maka mungkin ada yang akan jadikan drama kepada live, ada yang sekadar biarkan ia di atas kertas..
Terpulang..

                                                            ini poster Brilliant Legacy (on air)

ini poster My Fair Lady (bermula minggu depan)

*image from google

*aku rasa macam kena mula tengok semula cerita korea..untuk buat hati gembira..:)
** zahrin, aku ok laa..;p

Tuesday, June 29, 2010

aku hanya ada satu abah saja

Pagi tadi kami (orang perempuan je) keluar makan agak lewat.
Dah dekat tengah hari.
Kedai pink pun dah tak de makanan (sebab kedai tu memang jual makan pagi/sarapan je).

Kami ke Bukit Gambir.
Jauhnya adalah macam Air Tawar 1 ke Air Tawar 3 macam tu.

Masa kami hampir habis makan tu.
Pum pang pum pang, kung klang kung klang, pot pet pot pet..
Tiba-tiba terdengar bunyi kerusi jatuh.

Semua mata tumpu kat sumber bunyi tu.
Ada seorang pakcik dah terduduk kat lantai.
Kaki kerusi plastik tu dah patah.
Selipar pakcik tu dah tercampak bawah meja.

Ya Tuhan,
Aku sangat sedih.
Kasihan.
Melihat pakcik tu.

Nasib baik dia dah siap makan.
Tinggal nak bayar.
Aku sedihlah.
Tak boleh tengok orang tua macam tu kena macam tu pulak.

Memanglah tak boleh nak salahkan sesiapa.
Dah takdir pakcik tu akan jatuh kerusi.
Dalam hati bimbang juga.
Orang tua kan tulang dia tak kuat.
Boleh retak tulang dia.

Kami tanya pakcik tu ok tak.
Dia kata takpe, ok.
Jatuh pun tak kuat, pelan je.
Aku tetap tersentuh dengan kejadian tu.

Minggu lepas, hari Jumaat lepas balik beli barang kat Bkt Gambir.
Lalu depan masjid, nampak sorang pakcik tua sorong basikal tua nak melintas jalan.
Baru balik solat.
Aduh, aku tersentuh lagi.
Seriously, aku memang tak boleh tengok orang tua dalam keadaan yang menyedihkan macam tu.

Masa aku ulang alik KL-Johor naik bas dulu, aku selalu terserempak pasangan pakcik makcik naik bas.
Bila aku tanya, dorang kata nak pergi rumah anak kat KL.
Pakcik makcik tu bukan umurnya 40-50 an, dah dekat 70-80an..
dalam hati aku sampainya hati anak dorang biar mak abah yang susah payah naik bas g umah dorang.
(Mungkin aku silap faham atau tak tau di sebaliknya, tapi aku tetap rasa sedih)

Peristiwa macam tu buat aku teringat abah.
Abah  pun tua macam pakcik2 yang aku jumpa tu.
Abah dah dekat 70 tahun.
Abah lahir sama tarikh dengan kelahiran cucu sulung dia.

Bulan 6 ni, Hari Bapa.
Aku nak ucap "Selamat Hari Bapa" kat abah.
Tapi abah walaupun birthday, abah tak suka orang beri ucapan seumpama itu.
Jadi, aku fikir untuk hargai abah, aku kena jadi anak yang baik dan bagi abah apa yang buat abah rasa senang.
Aku tak mampu beri abah kekayaan mungkin, tapi insyaAllah, aku akan sentiasa doakan abah.
Apa yang aku mampu adakan, aku akan usahakan.

Abah je yang ingat anak2nya.
Kelmarin aku hantar abah ke Maybank untuk activate akaun, abah kata tak nak tutup sebab dia nak beli unit Felda nak bagi anak2..senang nanti..
Uwaa...touching sungguh pengorbanan abah.

Aku tak de harta.
Tapi aku ada ABAH.

Walaupun abah tak baca & abah tak suka aku tetap nak tinggalkan kat sini untuk:
"SELAMAT HARI ABAH"
Abah dan menantunya.

 
*entri ini ditulis ketika aku berada dalam kesedihan..disebabkan manusia yang 'pekak-tuli' dan suka menuduh orang lain hanya kerana dia hebat mencipta kata2 yang menyakitkan..lepas tu gunakan nama Tuhan untuk menguatkan hujah bahawa dia di pihak yang lemah tetapi benar...:'(
**klise nya.... 
***aku bercerita tentang ABAH sebab aku tak mahu kesedihanku berpanjangan..lebih baik ingat kat ABAH..:)

Sunday, June 27, 2010

Husna tak suka benda melekat kat tangan dia

Ke JB.

Ke HSI terlebih dahulu.
Melawat Husna.
Beberapa bulan ni kerap ke hospital.
Hari tu melawat abah.
Hari ni melawat Husna.

Husna dengan IV set (beg air dengan tiub dan segala perkakas nak masukkan air kat tangan tu) dan gadis di balik stand itu. :)

Husna dengan makcik2nya hehehehe

Husna yang sudah mengantuk ditidurkan oleh mak usunya

Husna yang berjaya tidur setelah mengamuk bangun pagi terkejut sebab kat tangan dia ada benda melekat.

Hajat lain ke JB untuk mencari "Seikat Kembang Merah"
Aku ke Angsana.
Agak lama juga tak ke situ.
Tak banyak beza cuma ada naik taraf sistem dan semakin ramai pengunjung.

Tetiba teringat kenangan masa form 4.
"Persembahan Silat Cekak Hanafi Terbesar- Gerak Cemerlang"
Memori....

Peliklah.
Satu yang aku rasa ada lebihnya KL tu adalah apabila ada buku JS baru keluar, terus g pustaka buku kat Pertama atau Jalan TAR, dah ada buku tu kat rak.
Tapi kat sini, merata aku cari -Kota sampai ke JB- tak jumpa pun.
Adakah faktor jarak?
Mungkin kena tunggu lama sikit baru buku tu ada gaknya.
Isk isk isk.
Benci tau!

Akhirnya abah pulak dapat sandal baru.
Tahniah abah! :))

*Aku akan jelajah Muar pulak mencari "Seikat Kembang Merah"..yeosh!!

menara jam dan MyVi

Penamat Minggu ke-2.

Sekali lagi.
Aku balik Kota.

Malam semalam kitorang (yang masih tertinggal di kolej kerana ingin merasai malam minggu di kawasan kejiranan yang hampir2 sunyi ) meneruskan program seumpama dan ala-ala program JJCM. :)
Kitorang dengan sengaja (gaji baru masuk kan) ingin merasai suasana makan malam sambil makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Serkam Melaka.

Dari Serom ke traffic light menghala ke AJM, lebih kurang half an hour kot.
Then dengan pecutan tak agak2 Mat DBM (marah ke?? ha ha) sampai kat Esso adalah dalam 5 minit.
Walaubagaimana pun, Black tiada lagi di tempat kejadian sebab lewat seminit.

Di kesempatan ini (sekiranya Black baca entri aku), aku mewakili member2 yang lain mohon mengadap & maaf sebab buat hang pedih perut dan bergegas ke klinik.
Akhirnya kitorang mencari jalan dan peta sendiri ke Serkam.
Sorry Black! :(

Kitorang dengan bijak & buat2 tahu meneruskan hajat di hati.
5 traffic light dan belok ke kiri.
Menakutkan.
Menyeramkan.
Goose bump!
Tobat tak lalu jalan tu lagi.
Balik lalu shortcut Merlimau-Sg Rambai.

Best.
Sedap.
Berpatutan harganya.
Tapi maaf tiada plag utk kedai sebagai cenderamata. :p

Kalau kat KL dulu.
Benda tu mungkin biasa.
Maksudnya perjalanan untuk keluar makan malam misalnya mengambil masa yang lama.
Sebab traffic jammed.
Dan mungkin destinasi jauh.

Tapi bila duduk kat rural area (quote Zahrin) macam ni.
Benda tu macam 'luar alam' sikit.
Dari Serom ke Melaka.
Agak jauh jugak laa.
Dengan pemandangan yg gelap dan perjalanan yg agak sunyi.
Hu hu hu.
Tapi kitorang redah jek.

Ok.
Itu saja.

Model adalah orang Klang yang datang ke Kota Tinggi :p

* Malam aku menulis entri ini, Husna kami yang manis masuk wad..semoga Kakak cepat sembuh..esok Cik De datang ye..
** sorry kepada Zahrin sebab tak larat nak bawak hang g Desaru petang tadi..lain kali ye..
*** sorry jugak sebab aku masih menulis entri ala-ala diari..peduli apa..aku suka! :p

Thursday, June 24, 2010

tempat ini dan aku

Minggu ke-2.

Aku dah jarang online.
Kat sini.
Tempat baru.
Telefon pun tak de apatah lagi streamix ataupun wireless macam kat HQ tu.
Hari ini pun sebab gaji dah masuk dan banyak urusan bayar-membayar tru internet diperlukan maka aku dengan gigih meminjam broadband rakan sekerja (thanks sya & mat dbm..hehehe ;p).

Dan haruslah bila anda dapat peluang 'berlayar' atas talian tanpa wayar ni, anda akan jelajah semua website yang anda rindui dan dah lama tak jengah.
Contohnya: akaun blogger macam ni..(satu-satunya tempat untuk aku merepek hahaha).

Dan aktiviti update dan menambah entri baru (walaupun mungkin boleh kira dengan jari saja orang yang akan membaca, blog-walking, menyinggah etc, tp aku hargai) akan dibuat.:)

Di samping itu, sempat juga aku (si pencinta novel melayu ni) singgah melawat di website JS.
Ahah!!!
1)Jun-Seikat Kembang Merah oleh penulis kesukaanku.
2) Julai- Untuk Awak Teja Aulia oleh penulis kegemaranku.
Since gaji pun dah ada, marilah aku ke kedai buku segera. :))

Bercerita mengenai tempat baru, rumah baru.
Aku berniat menjadikan ia seperti "home sweet home" tak pun "feel like home" atau "looking good".
He he boleh?
Maka aku dengan gigihnya, mengumpul harta sedikit-sedikit.
Dengan prinsip, satu bulan satu harta benda.

Ada satu soalan: "apakah itu harta sepencarian?"

Cukup dulu.
TaTa!

*pic tak dapat di upload kerana kelajuan terhad line broadband..maaf..:)
** entri kali ni mungkin membosankan..(dan aku memang sedar hal itu)..tapi..aku tetap nak tulis gak menda alah ala-ala diari ni..hu hu..:p

Saturday, June 19, 2010

modul operasi baru

Rasanya ini bukan kali pertama aku kehilangan idea untuk dizahirkan dalam tulisan.
Macam selalu orang cakap tu -writer's block punya gejala penyakit la ni.
Hu Hu.
Tipikal.
Alasan yang selalunya logik bila hal seumpama ini terjadi (contohnya sudah lama tidak up-date entri baru he he).

Masa ni.
Aku dah berjaya.
Keluarkan diri dari KL.
Betapa aku menunggu untuk tidak lagi menjadi satu daripada jumlah penduduk KL.
Maka harinya sudah tiba.

Dah masuk 7 hari.
Aku menjadi warga Johor yang sah (dan sejati, :p)

Dah 7 hari jugalah.
Aku dan kawan2 sekerja menjadi penghuni di kawasan tiada berorang sangat ni.

Ada rasa damai.
Ada gak rasa takut (biasalah tempat baru beb).
Yang best tempat tu bukan KL.
Tak de jam atas jalan.
Tak de orang berlari kejar LRT.
Tak de orang berebut kejar lif nak punch card.
He he he.
Heaven! :)

(Ni perenggan di bawah ni untuk mengada-ngada..boleh je kalau tak nak baca tau)
Minggu pertama.
Kerja pertama yang kitorang buat adalah survey tempat makan.
Dari Serom 4&5 ke Bukit Gambir, patah balik sehingga ke Tanjung Agas dan merentas Sg Muar ke bus stand tepi sungai (Bentayan).
Kemudian, membuat konar agak2 50 darjah ke kanan menuju ke Bandar Tangkak. (500m lepas selekoh tu ada gerai makan ..sedap jugak).
Dan kerja ni akan diteruskan mungkin sampai Melaka.
(dah dekat tu kan..hehehe).
Ikan bakar, here i come! hua hua.

Ok.
Lepas tu (kitorang tak nak jadi skema sangat), ada masa terluang kitorang survey kedai perabot.
Tau je la kan, rumah baru banyak benda tak ada.
Sampai kedai 2 ringgit pun kitorang terjah.
Dan kitorang pun selalu lawat kawasan, tengok2 rumah kat perumahan terdekat.
Kitorang g Giant kat sebelah sungai tu, menarik jugak. he he.

Hari ke-4 (itu pun sedaya upaya adakan masa sebab macam nak g ronda2 lawat kawasan lagi sebenarnya), kitorang jogging tawaf kolej sendiri.
Kitorang tak nak la dikatakan meng'anak tiri'kan kawasan kolej sehingga tidak kenal atau pun tidak tahu di mana letaknya rumah ketua warden (oppss!!..he he he)
Lepas dah penat lari2 anak, kitorang pun duduk merewang (ala-ala makcik2 kat kawasan rukun tetangga) kat pangkin batu bawah rumah kitorang tu.
Jangan tatau, sambil bergosip sambil menenyeh buah pelam muda dengan kicap gula tau. hehe.
Pastu kalau orang lalu dok pandang2 dan tertanya2:
"Apalah makcik dan pakcik ('makcik') tu dok sembang dah dekat maghrib ni?"

(ha ha ..ok itu ayat rekaan aku jek..)

Dan hujung minggu.
Kawasan penempatan itu menjadi sunyi sepi.
Hanya pak guard dan jiran 'kesayangan' kitorang saja yang duk mendiami dan berlegar di kawasan high security itu. hehehe.
Nampaknya seperti aku akan kena balik ke Kota setiap kali weekend menjelma.

Oh ye.
Bercerita tentang balik ke kampung hujung minggu, since ini adalah 1st time dan minggu pertama di situ, aku memang teruja gila nak blah petang jumaat tu.
Aku siap je punch card, dan terus cabut.
Ya ampun.
Malam tu dah tiba rumah baru aku teringat bahwa sesungguhnya backpack aku yg mengandungi laptop (petang tu aku dah get ready kemas2 meja ofis) aku tertinggal di ofis.
Sungguhlah.
Aku lupa bawak beg tu balik.
Harap2 selamat laa ia di atas meja ofis yang tak berorang itu. Amiinn..

So,
esok dan seterusnya kehidupan di situ akan diteruskan.
Segala cabaran insyaAllah akan dihadapi.
Semoga Allah permudahkan urusan ini.
Ameenn...
:)

~dan aku merindui Ila~


p/s: apa khabar agaknya dia? en.khus cakap ila dah besaq, dah jadi tokey tudung..hehehe..

Friday, June 11, 2010

sampai berjumpa lagi

~adios...



 i love this pic very much (ila menangis kena tinggal)

...bon voyage~
 

Thursday, June 10, 2010

saga vs perdana

Dah terlewat 5 minit nak hidupkan enjin kete ni.
Terkedek-kedek aku berjalan kuar pagar.
Langkah dipantaskan tapi masih dengan length yg sama. (serupa jugak kot hehehe).

Meninjau-ninjau kedudukan kete.
Oh kat situ.
Tapi di balik sebuah persona yg besar gedabak tu.

Ok kancil kat depan dia aku boleh tolak dengan kaki je.
Beres.
Pastu, persona ni pulak macam mana?
Dah la betul2 block depan kete aku.

Sambil tolak dengan kekuatan lutut, aku menoleh kiri dan melingas mencari kalau2 'pertolongan' akan lalu.
Tu ada sorang tu.
Aku dari awal dah pandang2 dia.
Masa tolak kancil tu lagi.

Dan aku rasa dia perasan sebab aku sorang je perempuan yg terhegeh-hegeh menggunakan kekuatan dan kudarat (alah apalah daya kaum yg lemah hua hua).
Aku buat2 kuat tolak persona gedabak tu.
Cis, apalah pemilik persona ni. Kejam sungguh!

"Tolonglah saya tolak kete ni,cik abang. Pleaseee "- bisikku dalam hati (ayat tak bleh blah..hahaha) 

Akhirnya.
Hero yang kutunggu-tunggu faham 'hint' yg aku bagi rupanya.
Gentleman laa tuh!
Hi hi.

Dia berjalan ke arah ku sedang perdananya masih menderam enjin.

"Yang mana?"-dia bertanyakan keretaku.

Aku tunjuk.
Aku dah bajet kete persona ni kena alihkan supaya kete aku bole kuar.
Ok dia tolakkan sampai hampir rapat dengan kancil belakang.
Siap.
Aku tolong tolak sama tau.
Tapi kudratku itu haruslah 10% mungkin dr kekuatan dia. hehehe.

"Terima kasih"- aku senyum dan masuk kete.
Aku dah lambat ni weh.

Aku sempat melihat, dia masuk perdananya juga.
Dia gerak dulu.
Dan aku seperti biasa,rileks2 dulu sambil dengar radio. He he.
Dah lambat weh!!!
Ok ok..aku blah dulu. :p
aku
dia

~'ceria' dan 'berwarna'nya hari ni aku pergi kerja..esok ada lagi tak kejadian ni..bole ke step seterusnya..ha ha ha~ :))

Wednesday, June 9, 2010

honeymoon

Last week, lepas dapat tau berita -yg aku tatau nk klasifikasikan ia sebagai apa- tapi insyaAllah bakal merubah kehidupanku, aku berangkat ke Penang.

Itu 1st time.
Siyes.
Aku tak pernah naik kapal terbang sebelum ni.
Itu 1st time.
(sila rujuk entri bergambar sebelum ini)
Walaupun ada gaya macam Chiaki.
Tapi ia
Best! :)

Esoknya aku terus naik bas pulak balik JB.
Malamnya aku bertolak pulak ke Kuala Perlis.
Paginya aku berlambung ombak pulak ke Langkawi.
Tak rasa nomad gile ke.
Hu hu.

Sebelum ke Langkawi, petang tu aku melawat abah kat sepital.
Baru kuar OT.
Sedih tengok keadaan abah.
Kat bawah leher dia nampak bekas bergaris tanda kena potong dengan skapel.
Aku rasa dorang guna teknik gam, sebab aku tak nampak benang jahitan pun.
Teknologi.
Lebih mudah sebab bahan tu biodegradable jadi tak perlu datang semula untuk buka jahitan nanti agaknya.
Aku pun dah lupa pasal sains bahan ni.

Abang cakap aku ngan kak cik anak derhaka sebab nak g berfoya-foya malam tu.
Minta maaf kat abah.
Seb baik abah dah ampunkan. :)

Naik cuti-keadaaan menjadi huru-hara semula.
Huwaaaaa!!!

Rasa macam nak buat u-turn je tp highway plus mana ada signboard seumpama tu ( unless exit kat tol dan u-turn kat situ).

Asek2 nak lari balik kg je dia ni tau.
"Melarikan diri tak menyelesaikan masalah"
Emm..kalau nanges bole?? hahaha

Lepas ni nak g Jepun pulak.
Terpengaruh novel Harajuku..hehehe..
:))
                                           











































~ke mana lepas ni? pulau jeju atau harajuku?? hehe :p ~

Friday, June 4, 2010

kerana short notice

boleh la kalau nak gelakkan sekarang.

p/s: mr.engineer n palee, aku sungguh2 baca doa naik kapal terbang yg korang ajar tu tau.. ;)


sekitar program "free prostheses" di Penang.









~terima kasih untuk peluang ini~ :)