Tuesday, June 29, 2010

aku hanya ada satu abah saja

Pagi tadi kami (orang perempuan je) keluar makan agak lewat.
Dah dekat tengah hari.
Kedai pink pun dah tak de makanan (sebab kedai tu memang jual makan pagi/sarapan je).

Kami ke Bukit Gambir.
Jauhnya adalah macam Air Tawar 1 ke Air Tawar 3 macam tu.

Masa kami hampir habis makan tu.
Pum pang pum pang, kung klang kung klang, pot pet pot pet..
Tiba-tiba terdengar bunyi kerusi jatuh.

Semua mata tumpu kat sumber bunyi tu.
Ada seorang pakcik dah terduduk kat lantai.
Kaki kerusi plastik tu dah patah.
Selipar pakcik tu dah tercampak bawah meja.

Ya Tuhan,
Aku sangat sedih.
Kasihan.
Melihat pakcik tu.

Nasib baik dia dah siap makan.
Tinggal nak bayar.
Aku sedihlah.
Tak boleh tengok orang tua macam tu kena macam tu pulak.

Memanglah tak boleh nak salahkan sesiapa.
Dah takdir pakcik tu akan jatuh kerusi.
Dalam hati bimbang juga.
Orang tua kan tulang dia tak kuat.
Boleh retak tulang dia.

Kami tanya pakcik tu ok tak.
Dia kata takpe, ok.
Jatuh pun tak kuat, pelan je.
Aku tetap tersentuh dengan kejadian tu.

Minggu lepas, hari Jumaat lepas balik beli barang kat Bkt Gambir.
Lalu depan masjid, nampak sorang pakcik tua sorong basikal tua nak melintas jalan.
Baru balik solat.
Aduh, aku tersentuh lagi.
Seriously, aku memang tak boleh tengok orang tua dalam keadaan yang menyedihkan macam tu.

Masa aku ulang alik KL-Johor naik bas dulu, aku selalu terserempak pasangan pakcik makcik naik bas.
Bila aku tanya, dorang kata nak pergi rumah anak kat KL.
Pakcik makcik tu bukan umurnya 40-50 an, dah dekat 70-80an..
dalam hati aku sampainya hati anak dorang biar mak abah yang susah payah naik bas g umah dorang.
(Mungkin aku silap faham atau tak tau di sebaliknya, tapi aku tetap rasa sedih)

Peristiwa macam tu buat aku teringat abah.
Abah  pun tua macam pakcik2 yang aku jumpa tu.
Abah dah dekat 70 tahun.
Abah lahir sama tarikh dengan kelahiran cucu sulung dia.

Bulan 6 ni, Hari Bapa.
Aku nak ucap "Selamat Hari Bapa" kat abah.
Tapi abah walaupun birthday, abah tak suka orang beri ucapan seumpama itu.
Jadi, aku fikir untuk hargai abah, aku kena jadi anak yang baik dan bagi abah apa yang buat abah rasa senang.
Aku tak mampu beri abah kekayaan mungkin, tapi insyaAllah, aku akan sentiasa doakan abah.
Apa yang aku mampu adakan, aku akan usahakan.

Abah je yang ingat anak2nya.
Kelmarin aku hantar abah ke Maybank untuk activate akaun, abah kata tak nak tutup sebab dia nak beli unit Felda nak bagi anak2..senang nanti..
Uwaa...touching sungguh pengorbanan abah.

Aku tak de harta.
Tapi aku ada ABAH.

Walaupun abah tak baca & abah tak suka aku tetap nak tinggalkan kat sini untuk:
"SELAMAT HARI ABAH"
Abah dan menantunya.

 
*entri ini ditulis ketika aku berada dalam kesedihan..disebabkan manusia yang 'pekak-tuli' dan suka menuduh orang lain hanya kerana dia hebat mencipta kata2 yang menyakitkan..lepas tu gunakan nama Tuhan untuk menguatkan hujah bahawa dia di pihak yang lemah tetapi benar...:'(
**klise nya.... 
***aku bercerita tentang ABAH sebab aku tak mahu kesedihanku berpanjangan..lebih baik ingat kat ABAH..:)

2 comments:

  1. Oii..nape wat entry sedih2..bergenang airmata aku baca..but wat ur wrote betul sangat..hehe..jgn selalu sedih ok!! nanti effect kat diri..

    ReplyDelete
  2. weh..
    yang hang buat drama air mata tu kenapa?
    aku ok..

    hanya menulis apa yg aku rasa..

    ReplyDelete

apa-apa yang kamu suka