Wednesday, June 30, 2010

tertengok dan terdengar

Malam tadi lepak rumah Tim.
Rumah Tim ada TV 29 inc. (hello!!! rumah kitorang pun Sya2 dah sediakan set yang sama tau..hehehe).
Ok.
Aku mengaku.
Aku tumpang tidur rumah Tim, sebab aku tak nak duduk rumah sorang2.
Sebab versi cerita 'melayang' & 'berjalan melintas' aku terdengar senja tu masa tengah makan durian.
Aku takut dalam perkataan pendeknya. hu hu.

Lepas bersantap nasi goreng kampung dan teh tarik (heavy tak dinner aku?),
aku berbaringan di atas hamparan toto Naima.
Mengadap TV besar dia.
Dengan susunan bantal 3 lapis.
Asyik!

Masa tu macam dah tak ada siaran lain selain "Brilliant Legacy" di 8TV.
Korang tau tak cerita spesies apa tu?

Ia adalah sejenis drama korea yang membariskan pelakon cantik-jambu-gebu2  (lelaki) dan comel (perempuan).
Aku tak ikuti cerita ni dari awal.
Tapi malam tadi, episod dia macam best pula.

Heroin ajak hero keluar dating.
Heroin kata dia nak buat semua perkara yang biasa couple lain buat.
Hero, sebagai lelaki macho, menurut saja.
He he.
Kat situ aku menonton saja.

Kata seorang BFF (dlm FB),- "jangan campurkan drama dengan live". (lebih kurang begitulah ayatnya)
Hua hua.
Aku tersengih sebab drama korea lain penangan dia.
Drama korea sweet dan penonton (termasuk aku) akan selalu bayangkan kalau drama tu jadi live.

Ahah.
Drama korea memang best.
Tapi nak jadi live, itu akan buat anda merasa 'tidak hidup' sebab hidup kita mesti ada rasa kecewa dan terluka.
Dan ending hidup tak selalunya macam ending drama korea.
Kalau terjadi, bersyukurnya dan berbahagianya.
Air mata ku tukar menjadi haruman mekar yang mewangi taman hati mu..opss jiwang sekejap..hahaha..

Macam baca novel, terpulang pada anda bagaimana anda mahu mengambil iktibar atau apa2 moral dr penulisan itu.
Tak semua orang sama dengan apa yg dia baca, genre bacaannya, kesukaannya, dan aplikasi pengetahuan yang diperolehinya.
Maka mungkin ada yang akan jadikan drama kepada live, ada yang sekadar biarkan ia di atas kertas..
Terpulang..

                                                            ini poster Brilliant Legacy (on air)

ini poster My Fair Lady (bermula minggu depan)

*image from google

*aku rasa macam kena mula tengok semula cerita korea..untuk buat hati gembira..:)
** zahrin, aku ok laa..;p

2 comments:

  1. fuhhhh fuhhhhh.. tdO atas toto Deen. chait...

    ReplyDelete
  2. aku dah boleh agak en.anynomous a.k.a en.takdenama ni siapa..ahah!!!!
    is it you??? emmm...

    ReplyDelete

apa-apa yang kamu suka