Thursday, June 24, 2010

tempat ini dan aku

Minggu ke-2.

Aku dah jarang online.
Kat sini.
Tempat baru.
Telefon pun tak de apatah lagi streamix ataupun wireless macam kat HQ tu.
Hari ini pun sebab gaji dah masuk dan banyak urusan bayar-membayar tru internet diperlukan maka aku dengan gigih meminjam broadband rakan sekerja (thanks sya & mat dbm..hehehe ;p).

Dan haruslah bila anda dapat peluang 'berlayar' atas talian tanpa wayar ni, anda akan jelajah semua website yang anda rindui dan dah lama tak jengah.
Contohnya: akaun blogger macam ni..(satu-satunya tempat untuk aku merepek hahaha).

Dan aktiviti update dan menambah entri baru (walaupun mungkin boleh kira dengan jari saja orang yang akan membaca, blog-walking, menyinggah etc, tp aku hargai) akan dibuat.:)

Di samping itu, sempat juga aku (si pencinta novel melayu ni) singgah melawat di website JS.
Ahah!!!
1)Jun-Seikat Kembang Merah oleh penulis kesukaanku.
2) Julai- Untuk Awak Teja Aulia oleh penulis kegemaranku.
Since gaji pun dah ada, marilah aku ke kedai buku segera. :))

Bercerita mengenai tempat baru, rumah baru.
Aku berniat menjadikan ia seperti "home sweet home" tak pun "feel like home" atau "looking good".
He he boleh?
Maka aku dengan gigihnya, mengumpul harta sedikit-sedikit.
Dengan prinsip, satu bulan satu harta benda.

Ada satu soalan: "apakah itu harta sepencarian?"

Cukup dulu.
TaTa!

*pic tak dapat di upload kerana kelajuan terhad line broadband..maaf..:)
** entri kali ni mungkin membosankan..(dan aku memang sedar hal itu)..tapi..aku tetap nak tulis gak menda alah ala-ala diari ni..hu hu..:p

1 comment:

  1. uh... ni mesti kerja pusing satu dunai dah hbs ni...

    lepas ni beli brodband sendiri la cik biah

    ReplyDelete

apa-apa yang kamu suka