Saturday, June 19, 2010

modul operasi baru

Rasanya ini bukan kali pertama aku kehilangan idea untuk dizahirkan dalam tulisan.
Macam selalu orang cakap tu -writer's block punya gejala penyakit la ni.
Hu Hu.
Tipikal.
Alasan yang selalunya logik bila hal seumpama ini terjadi (contohnya sudah lama tidak up-date entri baru he he).

Masa ni.
Aku dah berjaya.
Keluarkan diri dari KL.
Betapa aku menunggu untuk tidak lagi menjadi satu daripada jumlah penduduk KL.
Maka harinya sudah tiba.

Dah masuk 7 hari.
Aku menjadi warga Johor yang sah (dan sejati, :p)

Dah 7 hari jugalah.
Aku dan kawan2 sekerja menjadi penghuni di kawasan tiada berorang sangat ni.

Ada rasa damai.
Ada gak rasa takut (biasalah tempat baru beb).
Yang best tempat tu bukan KL.
Tak de jam atas jalan.
Tak de orang berlari kejar LRT.
Tak de orang berebut kejar lif nak punch card.
He he he.
Heaven! :)

(Ni perenggan di bawah ni untuk mengada-ngada..boleh je kalau tak nak baca tau)
Minggu pertama.
Kerja pertama yang kitorang buat adalah survey tempat makan.
Dari Serom 4&5 ke Bukit Gambir, patah balik sehingga ke Tanjung Agas dan merentas Sg Muar ke bus stand tepi sungai (Bentayan).
Kemudian, membuat konar agak2 50 darjah ke kanan menuju ke Bandar Tangkak. (500m lepas selekoh tu ada gerai makan ..sedap jugak).
Dan kerja ni akan diteruskan mungkin sampai Melaka.
(dah dekat tu kan..hehehe).
Ikan bakar, here i come! hua hua.

Ok.
Lepas tu (kitorang tak nak jadi skema sangat), ada masa terluang kitorang survey kedai perabot.
Tau je la kan, rumah baru banyak benda tak ada.
Sampai kedai 2 ringgit pun kitorang terjah.
Dan kitorang pun selalu lawat kawasan, tengok2 rumah kat perumahan terdekat.
Kitorang g Giant kat sebelah sungai tu, menarik jugak. he he.

Hari ke-4 (itu pun sedaya upaya adakan masa sebab macam nak g ronda2 lawat kawasan lagi sebenarnya), kitorang jogging tawaf kolej sendiri.
Kitorang tak nak la dikatakan meng'anak tiri'kan kawasan kolej sehingga tidak kenal atau pun tidak tahu di mana letaknya rumah ketua warden (oppss!!..he he he)
Lepas dah penat lari2 anak, kitorang pun duduk merewang (ala-ala makcik2 kat kawasan rukun tetangga) kat pangkin batu bawah rumah kitorang tu.
Jangan tatau, sambil bergosip sambil menenyeh buah pelam muda dengan kicap gula tau. hehe.
Pastu kalau orang lalu dok pandang2 dan tertanya2:
"Apalah makcik dan pakcik ('makcik') tu dok sembang dah dekat maghrib ni?"

(ha ha ..ok itu ayat rekaan aku jek..)

Dan hujung minggu.
Kawasan penempatan itu menjadi sunyi sepi.
Hanya pak guard dan jiran 'kesayangan' kitorang saja yang duk mendiami dan berlegar di kawasan high security itu. hehehe.
Nampaknya seperti aku akan kena balik ke Kota setiap kali weekend menjelma.

Oh ye.
Bercerita tentang balik ke kampung hujung minggu, since ini adalah 1st time dan minggu pertama di situ, aku memang teruja gila nak blah petang jumaat tu.
Aku siap je punch card, dan terus cabut.
Ya ampun.
Malam tu dah tiba rumah baru aku teringat bahwa sesungguhnya backpack aku yg mengandungi laptop (petang tu aku dah get ready kemas2 meja ofis) aku tertinggal di ofis.
Sungguhlah.
Aku lupa bawak beg tu balik.
Harap2 selamat laa ia di atas meja ofis yang tak berorang itu. Amiinn..

So,
esok dan seterusnya kehidupan di situ akan diteruskan.
Segala cabaran insyaAllah akan dihadapi.
Semoga Allah permudahkan urusan ini.
Ameenn...
:)

~dan aku merindui Ila~


p/s: apa khabar agaknya dia? en.khus cakap ila dah besaq, dah jadi tokey tudung..hehehe..

2 comments:

  1. waaa...macam best je dok kampung...xteringat kat kami ka kat unit alatan ni...huwaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. mr.engineer,

    best gilak duk kampung..aman jek..hahaha

    mestilah rindu gilak jugak kat korang especially unit alatan..:)

    Ila pun dah pindah beseri kan?
    sapa la yg nak buat havoc lg..huhu...

    Eh, hari tu jumpa en.Khus n Suhardy kira ok laa...terubat rindu..:p

    ReplyDelete

apa-apa yang kamu suka