Sunday, May 31, 2009

home is the best place ever

saya sejak dulu, walau jauh mana saya bermastautin atas alasan apa pun wajib sekurang2nya sekali balik ke rumah.pada saya tak ada tempat yang boleh release segala serabut dan sabut dalam kepala melainkan rumah sendiri.yang ada mak abah, family dan kawan sekampung.bila time sudah kerja ni KL-Johor macam Kota Tinggi- JB.saya malas mahu berkira lagi sebab pada saya biar hati saya lapang dari sesak duduk di KL ni.

kepulangan saya kali ini seperti biasa, mahu dapat balik semangat dan ketenangan.dan saya memang perlukan orang terdekat dan rapat dengan saya berada di samping dan beri saya semangat untuk teruskan perjuangan dengan sisa kekuatan yang tinggal.

dan saya sangat bersyukur kali ni kepulangan saya banyak pula agenda yang sempat saya lakukan.saat begini saya idamkan.

sebabnya:

~saya dapat menghabiskan masa bersama sahabat baik saya Kak Jie and Jura.
~saya hadir ke majlis kahwin rakan sekolah lama.
~saya bersama bf saya 4 hari berturut-turut.saya semakin serasi dengannya.my soul! :)
~mak abah tak halang lagi saya mahu menghabiskan masa dengan bf saya selalu.sporting betul mak abah.mesti tak mahu lihat saya merajuk.hehehe.
~hati saya sedikit relief.release. [walaupun berbekas jugaklah,ada gak layan.nama pun hati terluka takkan senang boleh cure kan.apa de hal?]

petang sabtu saya ikut Kak Jie, Jura and Zul ke majlis Nurul Afida Aziz. dia ni classmate saya menengah rendah.kami pernah rapat.saya ingat lagi masa tu saya, Atul, Fida dan Huda rapat.selalu buat homework sama2.kadang2 Zu-y,Kak Jie, Norlida,T-non, Amir dan Razie akan join sama.hmm that was long time ago.

saya hadir ke majlisnya [nama pun ikot orang kan] tanpa undangan.sebab dia lost contact dengan saya lepas saya pindah sekolah.masa jumpa dia tu, saya tanya kenal saya lagi tak.dia ambil masa dan akhirnya dia sebut nama saya.dia minta maaf sebab tak dpt contact saya.tak apa.saya tak kisah.janji saya sampai, hati saya happy.tak mahu sedih2..

ada cerita kelakar bila kami tersalah rumah.nasib baik Kak Jie [dengan malu2] bertanya dulu.kalau tak mahu kenyang kami terjah rumah orang tu baru perasan bukan rumah Fida.hehehe.yang kelakar, saya,Zul and Jura dalam kete tunggu Kak Jie dah get ready nak pecut kalau2 bukan rumah Fida.hahaha.yang tak tahan tu, Zul konpiden je rumah tu rumah Fida..:p

thanks to them sebab bawak saya dan habiskan hujung minggu dengan happy.:)

TAHNIAH FIDA DAN SUAMI!terima kasih dapat makan nasi minyak kamu..

makan dulu yeay!!


kak jie, rabia, jura dan fida

zul, rabia, kak jie and fida dalam bilik fida before dia sanding.

jura and rabia depan pelamin fida.

kak jie, zul and jura di sudut rumah fida.

lepas balik dari rumah Fida, kami sambung cuti2 hujung minggu dengan sesi makan2 dan lepak2.saya memang dah lama nak ajak dorang makan2.nak berkongsi rezeki dengan dorang.sekali lagi emak dengan lapang dada bagi saya bawak kete.saya cakap mak, Kak Jie and Jura ada lesen jugak.

mula2 cuak jugak tapi lama2 jadi tenang.dan dah biasa.[siap boleh pulak nak mentor kan Jura and Kak Jie balik.sebab kami sama jek ada lesen tapi tak praktis.hehehe.] mungkin sebab semalam dah bawak jauh ke Kluang dan balik ke Kota dari Bandar Tenggara.thanks to all my mentors.hehe.

saya jadi ok sebab Kak Jie and Jura siap bagi saya cheer bila berjaya lepas satu halangan.that's what we call friend and what friend for.give you spirit and support.walaupun saya agak sedih dengan ketiadaan kak cik [supporter terhebat saya kerana bercuti ke t'ganu], tapi ada lagi orang lain yang mahu buat saya happy.alhamdulillah.

bila sesuatu hilang dari kamu, bukan bermakna berakhir hidup kamu.akan datang sesuatu yang lebih baik sebagai ganti.

saya masih punya family dan kawan2 yang sentiasa ada untuk dorong saya.melawan kepatahan hati.huhu.

TERIMA KASIH KAK JIE AND JURA.saya sayang kamu..

jura dengan ABC ada eskrim coklat cair atasnya.wah.

kak jie tersenyum hepi sebab saya dah tunaikan janji bawak dia jalan2.thanx sayang.


rojak ana yang sedap.hehehe.

anak buah yang nakal asiff dan syahmi.


bf saya.:p

komen dari mentor a.k.a cikgu memandu saya:
1) dah ok cuma kena control steering dan brake masa kat simpang [ni masalah saya masa mula2 pegang steering.saya kalau jalan lurus suka sangat,hehehe.]~kak ngah dan abang

2) masa orang memotong tak payah bagi jalan kat dia.bawak je macam biasa.jangan himpit kiri.pandai2 agak alignment tengok garisan kanan kiri.laju dah ok [saya kan baik hati ;p]~abang ngah.

3)jaga clutch and brake.gear satu tu memang payah sikit.agak2 laa.dah lama nanti biasa laa.clutch dia masih tebal tu payah sikit. [masalah saya takut untuk berhenti sebab tak terer nak mulakan gear 1 huhu]~abang ngah and abang.

4)masalah kau ni kat bukit, simpang and bile kete berenti and mati.huhu [benar sebenarnya]~kak cik and semua mentor berpengalaman saya.

5) yeay!! biah terer [mentor sama level dengan saya]~kak jie and jura. hehehehe ;p

thanks..saya akan belajar lagi.upgrade skills.insyaAllah.tak sabar mahu pulang lagi.rindu bf saya tu...

selamat pengantin baru Safurah!

khamis lepas saya sudah blah dari bumi KL.nasib saya baik, rezeki Tuhan beri saya terima dengan tangan terbuka.kali ni saya balik ke Johor tidak direct ke Kota Tinggi atau seperti selalu ke JB dulu.saya pilih untuk ke Kluang.mahu ambil bf di sana dulu.nasib baik pergi meeting di BMI jadi jumpa dengan budak2 Muar.tau jek Din n Zul balik, saya malas nak pk lama untuk bersusah payah ke Puduraya untuk cari tiket bas yang belum tentu pukul berapa.cantek.saya tumpang dorang sampai Kluang.lepas tu kak ngah jemout balik ke Bandar Tenggara.

haha.saya datang tidur dua malam.anak sedara Syahmi dan Asiff siap ponteng hari jumaat.konon mahu teman cikdenya ni kat rumah.padahal mahu ikut saya jalan2 naik kete.tapi tak dapat adik oii, minyak kete macam dengki saja.boleh dia blink2.walaupun reserved boleh jalan lagi 20km,tapi saya takot mati tengah jalan jadi tunggu kak ngah balik sekolah baru topup minyak.dan saya drive,kak ngah jadi mentor.

jumaat petang ke Ayer Hitam, rumah Safurah.majlis akad nikahnya hari itu.saya mahu melihat hari bahagianya dan seperti saya harapkan saya hadir.saya gembira melihat wajah manisnya, terpancar kegembiraan.

"aku dah jadi Puan" Safurah beritahu saya lewat panggilan telefon ketika kami on the way ke rumahnya.
"tahniah!"
saya sempat titipkan pesanan- "Safurah, doakan aku juga ye"

macam nak nangis pun ada.gembira dan sedih.gembira kerana sahabat saya sudah menyempurnakan sebahagian dari hidupnya.sedih kerana saya masih sendiri.
kata Safurah lagi "banyakkan sabar,insyaAllah ia akan datang juga".

Safurah itu sahabat saya paling sabar melayan saya.walaupun banyak saya ni menyakiti hatinya selalu berbalah tapi dia tetap sahabat saya.di maktab dulu kami macam twin.banyak iras.
uwaa..twin saya sudah menjadi isteri orang.
tak boleh nak lepak2 atau tidur sama lagi.huhu.

safurah harap saya tidur di rumahnya malam tu tapi saya jawab "tak boleh, kau kan isteri orang.lagi pun aku mahu balik jumpa mak aku.hehehe" dia tersenyum..

sekali lagi TAHNIAH BUAT SAFURAH DAN SUAMINYA, YUSRI..semoga bahagia..dan rumahtanggamu diberkati Tuhan amin..:)




Thursday, May 28, 2009

sampai sini saja..

saya rasa mahu berehat.
saya penat.
beberapa hari ni lelah melayan kecewa.

think to R.I.P.

so long...

Wednesday, May 27, 2009

fikirlah sendiri...

Benarkah salahku, lepaskan kamu
Kau duga egoku, fahami diriku begini
Tiada yang sama
Yang pasti kita semua berbeza
Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru

Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Kita pernah satu, aku dan kamu
Dulu itu dulu, masih di dalam ingatanku
Kini berbeza
Namun masih ku harap kau bersedia
Oo mungkinlah, kau temu bahagia

Lepaskan semua mimpimu
Tangis dan juga sayumu
Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru

Tiada guna kita menderita,
Sungguh semua tidur pun tak lena,
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Aku keliru
Aku keliru


~Fikirlah, Aizat.

itukan satu jalan dari kehidupanmu...bersabarlah..

malam yang gelap
kini sudah cerah..
wah, saya bangun hari sudah siang.
matahari dah tak segan2 nak dok atas kepala.
ini bukan saya.
saya biasanya akan pening bila banyak sangat tidur.
tapi saya sengaja.
saya sengaja tak mahu buka mata.
saya sengaja tak mahu memikirkannya.
sebab apabila mata terbuka,saya sedar.
bila saya sedar, ia akan ada dalam fikiran.
[dah tu kamu nak koma ke apa???]

saya tahu kita tak boleh meminta perkara yang tak baik.
walaupun kita rasa cara tu paling efektif buat kita.
itu semua sebab kita kecewa.
kita patut minta dijauhkan dari kesusahan dunia.
teringat kata2 seorang guru : "Umat Islam tak ada rasa kecewa dalam kamus hidupnya".
merasa sedih sedikit tak mengapa.
tapi bangkit semula.
mencari kebahagiaan yang kita kena percaya.
sesungguhnya bahagian masing2 telah tertulis buat kita.
termasuklah rezeki dan cinta.

Saidina Ali pernah menangis kerana ada satu hari dia merasakan tiada ujian hidup buatnya.
beliau sangat sedih kerana menurutnya apakah Tuhan tidak mengingatinya? [lebih kurang beginilah kisahnya yang saya faham].
maksudnya, setiap ujian yang Allah datangkan bukan sia2.
ia bermaksud bahawa Dia mengingati dan menyayangi kita.
harus kita bersedih kalau tiada ujian, bimbang Dia tidak mengingati kita.
bersyukur sebab kita adalah hamba yang terpilih untuk menerimanya.
saya suka baca satu terjemahan dari surah Matsurah susunan Hassan al-Banna;

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
~al- Baqarah :284~

ini adalah firmanNYA.
ketika saya dalam duka, saya suka membacanya.
demi ALLAH, saya sangat terkesan dengan ayat ini.

ALLAH,
Tuhan Yang Maha Mengetahui.
sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita walaupun kita rasa itu tidak sesuai dengan kita.
Dia yang menjadikan kita, sudah pasti Dia lebih faham dan mengerti tentang kejadian dan apa saja yang berkaitan kita.
saya percaya takdirNYA takkan mengecewakan saya.
saya percaya semua ini ada hikmahnya.
saya mencari kekuatan dan saya berasakan kekuatan yang tersisa itu membuatkan saya lelah melalui ini semua.
semoga suatu waktu nanti semua hikmah itu ditunjukkan.insyaAllah....ameenn..

Bersabarlah...
hanya satu perkataan untuk setiap yang berlaku.

dan..
sebenarnya..
saya tak mampu..
tanpa dia..



~sedikit tazkirah dari saya yang kurang arif.untuk peringatan dan motivasi diri sendiri.saya yang terlalu lemah selalu khilaf.semoga Tuhan mengampuni saya~

Tuesday, May 26, 2009

saya mahu satu saja...

Cahaya Hidupku

kemarin aku melupakanmu
kemarin aku tak ingat kamu
namun engkau tersenyum

dan kini sampai akhir hidupku
ku mohon jgn tinggalkan aku
selalu dekat dengamu
engkaulah segalanya

rasa sesal tak pernah datang di awal
ketika, ketika mata rasa dan kata sudah tak berguna
teringat satu masa ketika aku terlupa
terlupa akan cinta yg ada di dalam dada
ku terpesona dng wanita berbeda
terpikat dng sinar cahaya berbeda
wanita lain yg belum tentu setia
cahaya yg tidak akan bersinar lama

tidak seperti sinarmu engkau wanita pujaan hatiku
malu ku mengakui kesalahanku padamu
jujur hati ini tak bisa tidur
ku siapkan waktu berdua denganmu
saat dimana tak bisa kuganti dng hatiku
cinta yg tlah kau beri tak dapat terganti
hanya dng untaian kata maaf dari hati ini
kau cahaya hidupku

aku adalah lelaki yg akan dibenci
ketika ku sakiti hati wanita yg mengasihi
dia beri hati kubalas dng dusta
dia beri cinta kubalas dng luka
aku terpesona dng wanita berbeda
terpikat dng sinar cahaya berbeda
wanita lain yg belum tentu setia
cahaya yg tidak akan bersinar lama

tidak seperti sinarmu engkau wanita pujaan hatiku
malu ku mengakui kesalahanku padamu
jujur hati ini tak bisa tidur
ku siapkan waktu berdua denganmu
saat dimana tak bisa kuganti dng hatiku
cinta yg tlah kau beri tak dapat terganti
hanya dng untaian kata maaf dari hati ini
kau cahaya hidupku


~lagu dari Ijan.saya minta dia forwardkan ke saya.pasal tiba2 saya rasa lagu ni besh.~

shopping tak sama dengan jalan2 [definisi rabia]

hari ni saya teman kak yam ke kedai pengantin.oh bukan nak cari barang pengantin dia.tapi dia mahu cari potpori [alah menda alah dalam uncang yang wangi2 tu, ada bunga kering,daun kering etc.] dan segala aksesori nak lekatkan kat bekas tu.

kak yam dengan pink sangat sinonim jadi tema yang dia pilih untuk semua dari renda ke kain net pembungkus pun dia mahu kaler pink.hehehe.masa tunang dulu pun kak yam pakai baju pink.

saya dengan kak yam tak adalah jalan jauh sangat.dari sogo ke jalan tar saja.satu kedai je.tapi masyaAllah, saya rasa mahu tanggal kepala lutut.saya dah merengek2 kat kak yam mahu duduk atas lantai.saya tak tahan berdiri lama sangat.saya jalan pusing dalam kedai supaya tak rebah.rasa macam buat PPM masa kat hospital dulu.yang saya hampir pengsan dan mahu pitam.

saya tatau kenapa saya macam ni.memang pesen saya macam ni kot.dari kecik.saya penah ikot kakak ke bandar tapi saya rela duduk diam2 di taxi stand kota tinggi [sekang dlm pembinaan nak upgrade], tunggu dorang beli barang dari ikot dorang masuk kuar kedai.hello ni bukan shopping namanya ni.hahaha.baik duk umah je laa rabia oii...huhuhu..

hahaha.saya punya metabolisma sangat rendah.tak heran saya cepat penat.heart rate pun tinggi.cepat rasa lapar tapi makan tak leh banyak2.minum air cepat, tapi suap makan lambat.

lepas ni sape nak ajak saya shopping, tawaf jalan tar, ke masjid jamek ke, boleh pikir semula.mungkin akan rasa bawak anak kecik lagi baik dari bawak saya.hahaha.:p

~tapi sejak ada duit sendiri ni rasa macam banyak benda saya dah boleh nak duk belek lama.citarasa nak membeli dengan nilai terbaik sudah mula bercambah. dlm diri.adakah aura shophaholic mulai menguasai???alah membeli, menang memakai makcik!! hehehehe~

poyo tak lirik lagu ni???

Kertas - Kekasih Yang Tak Dianggap

aku mentari...
tapi tak menghangatkanmu...
aku pelangi...
tak memberi warna dihidupmu...
aku sang bulan...
tak menerangi malammu..
akulah bintang...
yang hilang ditelan kegelapan...

selalu...
itu yang kau ucapkan padaku...

sebagai kekasih yang tak dianggap...
aku hanya bisa mencoba mengalah...
menahan setiap amarah...

aku sang bulan...
tak menerangi malammu..

~gila poyo lirik ni.hahaha.entah ek,kenapa lirik ni boleh terhasil??tapi people can say whatever they like..what their hearts say to them..so inilah lirik hasil kreativiti dorang.tahniah!! ~

Monday, May 25, 2009

perempuan hanya pandai menangis..huh.

am i that loser???
so sad.
i'm not in a good mood.
when many things across my mind without my pleasure.
i hate this kind of moment.
when this happen, i am just not who i am as i supposed to be.
being weirdo person.
i just don't know what to do.
i wanna cry...

..so long..

Sunday, May 24, 2009

cerita satu hari...

saya bukan planner yang bagus.
saya pun bukan seorang yang kreatif.
saya banyak kurang.
saya cuba jadi diri sendiri.
sebab saya rasa lebih selesa begitu.

saya tengok dia hampir separuh hari.
saya perhatikan dia.
nasib baik dia tak perasan.
sebab saya memang mahu melihat ke dalam matanya.

boleh ke saya buat begitu?
mencuri melihatnya.
maafkan saya.

~hope it will be okay~

Friday, May 22, 2009

saya ditinggalkan lagi..takmo...

petang tadi kak yam selamat menghantar saya ke rumah baru.penat angkat barang yang besar gedabak dan berat boleh tahan tu ke tingkat 5.mak aih.kesian kak yam.kesian saya jugak.apa nak buat itulah hidup.cewah.

penat2.rehat dulu.lebih kurang pukul 3 kak yam tinggalkan saya.kak yam pesan "ada pape message tau."masa tu saya rasa pengalaman dihantar ke sekolah asrama menerjah hati.ya Allah.saya hantar kak yam dengan pandangan penuh sayu.hukhuk..isk..isk..

sedihnya.rasa mahu berlari ikut kak yam balik ke gombak semula.saya dah mula rindu katil dan tilam tepi tingkap dengan saujana yang indah tu.saya rindu mahu duduk di sofa depan tv hanya clear channel media prima itu.saya rindu nak panaskan makanan dalam oven yang best [belajar guna dari kak yam].

saya rindu mahu lepak2 dengan housemates yang havoc dan suara sepelaung kuatnya itu.uwaaa...saya dah mula homesick.kalau masa sekolah dulu, ustaz haidir cakap "reput"utk budak2 yang asek nak nanges balik rumah..huhu..

saya memang reput.bila saya mahu jadi budak dewasa?entah..saya anak manja?entah..saya rasa saya ada emosi..sebab saya manusia biasa..


kak awin [kakak sulong +kakak naimah yang jadi tempat adik2 mengadu dan bermanja]


naimah dan fatimah yang shophaholics..hehehe..havoc gak :p


kak yam [kakak tempat rabia dan sya2 bermanja hehehe,menjaga makan minum rabia jugak], sya2 dan rabia

~rindu tu kan manis dan indah~

Tuesday, May 19, 2009

sleeping beauty in me...:p

satu mimpi saya.dia datang lagi.dia duduk di sebelah saya.saya suka tengok dia.nampak comel.tapi ada sesuatu menjalar kat hati saya.macam renjatan arus tak berapa nak heavy.ala micro jek.bahaya sampai ke jantung,tapi rasa sangat.saya dapat rasa walaupun dalam mimpi.mata tengah terpejam rapat.seolah2 macam betul2 berlaku.ah, saya memang dah angau overboard.

sebenarnya dia datang mahu selamatkan saya dari satu situasi yang boleh buat saya 'pengsan'.dia memang hero saya.ceh, macam mimpi sleeping beauty jek.hehehe.saya tatau nak kata apa.i was speechless at that time.saya cuma memandang matanya yang memukau itu.ala2 mata kucing siam yang comel.haha.yeay!!

emm..bilalah hero saya mahu datang betul2?saya selalu tunggu si putera 'charm'ing tu muncul.:p


yang comel ni saya mahu


yang genit ni saya mahu juga

oh hero sape yang sampai ni??:p


yang ni mahu?sape mahu??cepat2...hahaha

"Tuhan,

kirimkanlah aku kekasih yang baik hati..."

Monday, May 18, 2009

seronoknya main air..:)

hahaha.last weekend memang tak de plan nak balik kampung.tiba2 dapat jemputan dari mastermind family en.musa mahu buat party bbq ala summer camp kat tepi laut.ahah, ni semua mahu pujuk bonda tercinta soal hari ibu minggu sebelumnya.wah mak, grand ni sambutan birthday untuk mak.

konon2 la nak buat suprise kat mak.rasanya mak awal2 lagi sudah boleh hidu.siap mak dah boleh get ready tunggu orang bawak dia ke lokasi party.hehehe.

memang letih.balik malam jumaat turun kat JB, esok pagi terus ke lokasi-pantai Batu Layar.emm,sampai2 tak leh tahan tengok anak buah dah riang ria mandi manda.eh mana boleh jadi baywacth je, mesti mahu rasa at least kaki mahu cecah air laut yang masin tu.jari2 mahu bermain buih ombak yang putih tu [syira cakap sabun] hehehe. ;p.mari kita main air!!! yeehaaa...hahaha [1st round baru].

tengah hari,matahari rasa terik.muka dah rasa terbakar macam apa.kena naik rest dulu.hehehe.masak2, main api.bakar ikan and ayam.kelakar.orang yang bawak pinggan and cawan datang paling lambat.tunggu punya tunggu kelisa datang bawak orang yang dirai.akhirnya dekat maghrib baru mak and abah sampai.

2nd round main air.bila matahari sudah segan dan mahu sorok diri.wah air pasang, best!budak2 kecik suruh naik.ini orang dewasa nak belajar terapung atas air tau.hahaha.main air lagi.yeehaaa..tunggu mee siap goreng untuk dinner.

eleh mak n abah mahu pulang malam.tak mahu stay di chalet.tak rock la abah.huhu.baby husna pun nak balik umah, tidur pulas di tilam empuk.sian baby.satu hari orang asek nak kucup2, nak gomol2 pipi gebu dia.dah la comel.manis.putih gebu pulak baby husna ni.memang jadi mangsa semua mak and abah sedara dia laa..hahaha..mucuk2..:p

wah.what a wonderful weekend.what a happy holiday.what a sweetest sunrise moment.seronoknya!hehehe

~ada orang tu tak dapat ikut.jangan jeles ye cik abang! :p

HAPPY BIRTHDAY MAK!



after subuh, saya sudah duduk bawah pokok tunggu sunrise


ni ke sunrise?fajar baru naik after subuh.


ayah husna, husna and umi husna


husna comel :)


tengok, husna dah ada peminat.abang syahmi.


peminat lain, abang syahmi and kak syira comot hehehe


husna tengok kamera, abang syahmi nak gambar sama ni


eh ni gambar apa sesat ni??huhu..:p

Wednesday, May 13, 2009

biarlah ia belayar dengan aman...

saya tertarik dan mengerutkan kening [ala2 atuk pakai cermin mata melihat cucunya bermain parit] sambil menggelengkan kepala apabila membaca berita hari ini.semalam saya dengar di radio bahawa Datuk Nizar sah MB Perak.hari ni saya dengar beliau tak sempat panas punggung di kerusinya dah kena tinggalkan pejabat MB.dan yang paling buat saya berkerut kedut beribu2 adalah macam mana boleh ada dua orang MB untuk satu negeri.umpama satu kapal dua nakhoda.boleh ke?

tak tau apa jadi pada navigation kapal tu.satu kepala nak ke sana,satu kepala lagi nak ke sini.hai, tak leh jalan kapal tu.jangan langgar ice-berg or paus besar sudah.semoga Perak aman damai.saya tak suka kita orang Malaysia tak bersatu.kita satu negara.ni ajelah tanah kita.teringat satu lagu tapi tak ingat sape nyanyi.lebih kurang begini liriknya "negara kita ini kecil saja, kalau kita gaduh sapa nak jaga...".betul kan?fikir tak kita apa jadi kalau kita tak bersatu?negara kita ni kita sama2 kena jaga.tolonglah.saya sayang tanah air ni.saya tak da tempat lain lagi nak tinggal unless Tuhan takdirkan saya ke suatu tempat lain.atau mungkin bukan di bumi lagi

saya minta maaflah kalau saya ni masih kabur tentang soal ni tapi saya berkata dari apa yang saya rasa dan faham.kalau ada salah mohon dibetulkan.saya juga mahu ambil berat.saya juga mahu beri perhatian untuk tanah air ini.sedikit perhatian, memberi sumbangan.saya harap semuanya dapat selesai.saya minoriti tapi saya percaya seluruh rakyat Malaysia sayangkan negara ini.wallahua'lam.

Sunday, May 10, 2009

entri khas untuk emak terchenta...

hari ini satu dunia kecoh2 mahu isytihar hari ini sebagai- HARI IBU.tapi mak dari dulu tak mahu ucapan -"Selamat Hari Ibu, mak".bukan saya nak jadi anak derhaka tak mahu mengucapkannya, atau anak 'tanggang' yang lupa diri atau saja buat2 tak ingat.sungguh.mak tak mahu.jadi pada saya dan adik beradik, hari untuk mak adalah hari2,setiap hari,setiap saat.

tapi yang istimewanya bulan ni, adalah hari lahir mak.kalau semua orang sibuk2 cari hadiah nak bagi kat cikgu dorang,kami adik beradik selalu ingat hari bahagia untuk mak.hari guru tu adalah hari lahir mak.:)

kalau kak long, kak ngah, kak cilin, and kak cik dapat hadiah daripada murid2 dorang, mak akan dapat hadiah daripada anak2nya.hehehe.dan mak pernah cakap mak tak mahu hadiah, mak hanya mahu kalau anak2 balik selalu dan buat hatinya gembira.mak selalu susah hati kerana anak2nya yang nakal.mak, i'm sorry for hurting you...

and terima kasih emak kerana susah2 mengandungkan kami, melahirkan dan membesarkan kami.sampai bila2 pun jasa dan pengorbanan mak tak mampu kami balas.kami doakan mak sihat, hidup baik2, dan bahagia selalu.ameennn...

walaubagaimanapun, saya tetap nak ucapkan kat sini


-"SELAMAT HARI IBU,MAK!"

... abah + mak yang sangat dicintai...


~emm, hari pensyarah atau pengajar teknikal sedunia tak ada ke?;p

Friday, May 8, 2009

'dia' ada di mana-mana...

out station ke hospital sungai buloh membuatkan saya menjadi risau.lalu mengimbau kembali kes yang berlaku ketika saya praktikal di HSA dulu.masa tu saya masih mentah, masih blur tentang banyak perkara di hospital.itulah first time saya dapat suka-suki masuk [dengan kebenaran] ke wad, ICU, OT dan lain2 kawasan dalam hospital yang orang awam tak leh suka-suki nak masuk.

masa tu sudah minggu keberapa entah tempoh latihan industri saya.yang pasti saya telah diberi tugas untuk siapkan 5 work order PPM.barang biasa2 je.syringe pump and infusion pump.maknanya masa tu dah boleh faham workflow nak buat prosedur tu.

saya bukan pergi ke wad sorang2 tapi mesti dengan technician.jadi mengikut work order tu saya kena cari barang tu kat wad ICU [intensive care unit-kritikal zon].kamu tahu apa jadi?saya yang memang 'merah' tentang prosedur hospital dan keselamatan pekerja manalah tahu apa2 pasal penyakit.nama pun belajar operate machine takkan tau banyak tentang sebaran penyakit atau wabak kan.

yang saya agak terkilan tu kenapalah staff nurse or technician yang bawa saya tu tak inform saya hal itu.patutnya as a person who have experience on that kind of thing should inform me at the first place.at least saya berjaga-jagalah juga.

apa yang berlaku ni?sebenarnya saya telah termasuk isolation ward untuk pesakit TB tanpa sebarang protection [mask].kamu tahu apa itu TB?penyakit ni sangat berbahaya, dan boleh bawa maut.dia boleh tersebar lalu udara lebih2 lagi pesakit tu batuk.ini yang paling saya kesal.saya betul2 tak tau bilik kecil tu ada orang sakit TB sedang terlantar.saya pulak dengan selamba boleh check tengok equipment sebelah kepala orang tu saja.mujur orang tu tak terbatuk or terbersin ke apa.

lepas saya keluar dari bilik kecil tu technician yang bawa saya tu tanya-"kau tak pakai mask ke masuk situ?".masa tu saya nampak semua orang pun pakai mask.saya tanya-"kenapa?".dan ketika tu attendant tengah tarik keluar katil pesakit tu untuk bawa dia pergi mana ntah.dan akhirnya saya tahu orang tu sakit TB.

masa tu saya terus nak menangis, air mata tunggu nak merembes jek.huhu.saya betul2 terperanjat dan risau.saya langsung tak mahu terus siapkan beberapa barang lagi.saya tak salahkan sesiapa tapi sepatutnya orang yang memang tahu hal tu dan arif tentang keadaan situ beritahu saya tentang protection tu.i was a trainee maa.baru je kenal dunia hospital yang dahsyat tu.oh my!sampai hati...

lepas tu saya trauma mahu ikut technician ke ICU even untuk user training sekalipun.saya tak mahu lalu ICU or apa2 yang berkaitan.apapun saya bersyukur saya sihat.dan apa yang berlaku itu saya jadikan panduan kalau nanti saya kena juga berhadapan dengan situasi itu.

dan sesungguhnya ia telah berlaku lagi tadi di hospital sg buloh.huhu.saya rasa risiko ada di mana2 walaupun kamu seorang penulis yang hanya duduk menghadap artikel atau kamu seorang guru yang hanya menegur kesalahan murid.semua pekerjaan ada risiko.sebab tu OSHA [occupation safety and health act-lebih kurang maknanya beginilah] sangat penting.kena faham betul2 dan ikut garis panduan yang dibuat.semuanya untuk keselamatan anda!dan pegawai OSH pun sangat penting ;p [pekerjaan yang sangat lumayan dan high demand]. dan yang penting berhati-hati ok.

lebih2 lagi sekarang virus H1N1 sedang menyerang, eloklah selalu ingat2 bila anda berada terutama di hospital2.nama pun virus influenza, so rasanya boleh 'terbang' lalu udara.so jaga hidung dan pernafasan anda.kalau nak pakai mask lagi bagus and kalau terpaksa gak bekerja menghadap situasi ni baiklah amek ijection vaksin ok.

~saya berdoa semoga semuanya ok.dan saya mahu sihat sebab banyak lagi hal belum selesai~

Thursday, May 7, 2009

bila ia melibatkan hati saya...

Sigaraning telah selesai saya khatamkan petang tadi.tengah hari tadi airmata hampir menitis,cuma bergenang saja di tubir mata.saya sedih membaca chapter sahabat baik Ali, Nurul menemui ajalnya akibat ditikam kerana nak mempertahankan sahabatnya.ada lagi tak orang macam dia kalau saya punya sahabat?

tengah hari tadi jugak,kami telah 'pangkah' satu lagi kedai makan.black list!saya tak mahu cerita di sini.biarlah hal ni asal saya dan kawan2 takkan jejak lagi ke kedai tu.esok rasanya tak mahu lunch lagi di kedai2 sekitar yang tak approved lagi.elok beli roti atau makan megi saja.huhu.

bercakap mengenai virus H1N1 ni, HKL dah ada zon kuning-berjaga2 beb.jadi sebagai trainee yang tak de protection, takde amek injek vaksin, sila jangan cari pasal nak redah kawasan larangan ok.huhu.akibatnya aktiviti-konon2 rajin-kitorang nak ke site tu telah terbatas.[gembiranya dalam hati..lalala]

petang tadi saya set screen saver dekstop dengan fail gambar.tiba2 muncul gambar graduasi UM.sebenarnya tak mahu pamer,[hanya untuk koleksi peribadi],tapi rasanya itu sweet moment selepas lelah meredah 4 tahun yang sesak nafas tu.lihat saja pic di bawah.ada segaris senyuman di bibir saya.:)


grup thesis di bawah Dr. Fatimah.[rabia,saadah,fatimah,dr.fatimah,hazi,kak yatt, fazah+wesak and zarin].


sebaris gadis2 jelita ;p [syera,fatimah,rabia,fazah,hasnor,saadah,sya2,azma,almas]


Biomedical Engineering Batch 04-08 Convocation Ceremony on 080808.;p


we call miss rabiahtuladawiah musa to receive her scroll..:p

~cerita indah ini (cerita ke-4 dlm entry ini) akan selalu saya bawa dalam hati.sekarang sedang 'mengeja' novel english "A Time to Kill-John Grisham"..tatau bila nak khatam pulak yang ini..hahaha..~

Wednesday, May 6, 2009

he said...and i listened...

herr bogner: "sesungguhnya Tuhan sedang menguji kamu..dan sesuatu y susah dapat itulah y akn kekal lama.."

saya tahu, bila Tuhan menduga kita maknanya Tuhan sayangkan kita. sebab Tuhan mahu kita merintih dan meminta padanya.berdoa padanya.alhamdulillah.saya tahu ujian itu adalah tanda Tuhan selalu ingat pada kita.

saya rasa tiba2 jiwa saya rasa sakit, dada saya rasa sesak, hati saya rasa pedih bernanar.saya tak faham kenapa tapi saya mahu mohon agar Tuhan hilangkan segala rasa yang tak sedap dan sangat menyiksakan itu dari dalam hati ini.

saya hanya mahu hati saya terisi dengan rasa bahagia.saya juga mahu hati saya penuh dan sarat mengapungkan rasa cinta.cinta untukNYA dan untuk seseorang yang saya sendiri mahu menjemputnya supaya menghuni di segenap hati saya ini.saya senang kalau dia sudi menerimanya.

p/s: kenapa dengan hati ini? sudah 'sakit'kah?

rasaku rasa mereka juga

tengah hari tadi, kami pakat2 mahu mencuba selera timur -kelantan.agaknya dalam hati kalau kami makan di sini, seorang dari teman kami akan rasa bahagia kerana "feel like go home".lagi pun tengah hari tu memang nak makan nasi berlauk.

perut memang pedih tak tertahan.ini rasanya 1st time saya makan di kedai totally kelantan punya selera.pilihan pun tak bape banyak.saya ambil lauk yang saya rasa kena dengan tekak Johor saya ni-nasi dan ikan bakar cecah air asam dengan satu air teh 'o' ais [dorang panggil teh 'o' beng].

saya memang tak kisah makanan mana sebab saya sudah lapar.saya angkat saja nasi dan lauk terus duduk.dan kami makan2.tak pandang orang.tapi yang pasti kedai tu sangat sesak.tatau la apa yang best sangat.[gaya tak ingat punya geram ni..huhu].bising jangan cerita.tau2 saja la kalau kita dah duk semeja dengan kawan2, sedara mara memang rasa macam 'rumah' sendiri.[kami pun macam tu jugak, kat mana2 port best pun kitorang memang bukak forum punyalah hehehe].

nak jadikan cerita tentang ketidakpuasan hati saya dan kawan2 [tidak termasuk teman yang sorang tu kan], masa tengah nak bayar tu la.pergh..sedap2 rasa.kami memang tak puas hati cara tauke tu kira makanan kami.sampai ada sorang dari kawan kami sempat bertanya dua kali harga makanan dia.dan yang paling tak boleh bla, tauke tu boleh kira pukal dengan hanya tengok pinggan dan tulang apa yang tinggal.ada sorang kawan tu dia punya pinggan dah kena angkat pun tauke tu tahu nak anggar kira kena charge bape.

hebat tak tauke tu.main sebut je harga.dan tak logik sungguh.tapi tak tau lah kalau makanan kat situ memang mahal kan.tanak cakap banyak saya bayar saja.dan yang paling bengkek kawan kami yang asal negeri tu dapat murah pulak.buat apalah bawak dia kalau dia tak tolong kow tim ngan tauke senegerinya tu kan.pinggan sendiri je jaga nampak.[nada tak puas hati huhu].dah la pakai rial,saya pun nasib baik mulut tak jahat, tak de laa sampai nak cakap "pakcik duit saya dalam RM".Tuhan, sabarkan hati saya.anggap saja rezeki meruah untuk pakcik tu.kak yam cakap [bila dah sampai rumah] "hujung tahun ni pakcik naik haji laa] huhu.

patutlah kawan kami yang sorang tu pandai, dia makan satu pinggan dan siap2 curah budu atas nasi.kami pelik juga sebab kenapa dia tak amek budu dalam pinggan tersedia tu kan walhal dia dengan pudu macam orang putih dengan keju kan.sebab maybe dia tahu kiraan harga.

entahlah.saya pun tatau.saja ja saya cakap kat dia, saya boikot kamu dan kedai2 semua klik kamu.hahaha.gurau dengan dia memang seronok.sebab dia memang muka seposen.huhu.jangan marah ye [saya tahu kamu baca blog ni] hehehe.

dan kami keluar meninggalkan kedai tu dengan kata2 tekad [tatau boleh buat ke tak]-"inilah kali pertama and terakhir.tak de nya nak makan sini lagi.[dan saya menambah-kedai yang sudah kutahu asal dari selera timur tu, takkan ku cuba lagi].

minta maaf kepada sahabat atau pembaca dari sebelah 'sana'.bukan saya meng'kambing hitam'kan semua orang sebelah 'sana' dengan seorang ini, atau mencurah nila pada susu sebelanga untuk satu titik yang tertumpah tu, itu semua cerita saya dan rakan pada tengah hari yang sangat panas dan perut kami lapar ini.maaf sekali lagi.ok.keluarga saya juga dari orang sebelah 'sana' yang manis dan comel. ;p

mengenang peristiwa ini buat saya mengimbas kembali apa yang saya baca dalam Sigaraning tulisan Imaen.bercerita mengenai peniaga melayu.betul, kita orang melayu sekali kita kena macam tu jangan harap kita nak datang lagi ke kedai tu dan peniaga tu akan hilang bukan seorang pelanggan tapi kawan2 pelanggan tu sama.fikir2kanlah.kat dunia ni peniaga memang boleh kaut untung sebab mereka bijak, tapi kalau kuasa membeli tak memihak lagi pada periuk nasi mereka tatau la apa jadi.dan orang yang paling lambat dihisab adalah peniaga kerana ia melibatkan ukur timbang sukatan, sama ada diredai pelanggan atau tidak.wallahua'lam.

p/s: saya mahu baby husna membesar sebagai gadis manis dan berbudi bahasa indah..;)