Friday, November 9, 2012

Sempit

Nak nangis.
Harap semuanya dipermudahkan.
Sempat selesaikan and sempurnakan.
By the right time, it will happen.
Aminnn..

Monday, November 5, 2012

Ada Sesuatu

Ada sesuatu yang menganggu tenangku.
Sehingga bergenang air mataku.
Aku tidah dapat menafsirkannya.
Membuatkan aku semakin resah dan tertekan.

Ya ALLAH tolonglah aku hadapi semua ini...

Tuesday, October 30, 2012

Korban

Post-entry after Aidil Adha.

Seminggu berada di kampung (Air Tawar 1- Kota Tinggi -Pasir Gudang- B. Penawar) meraikan masa cuti bersama keluarga.
Alhamdulillah.
Siap jahit langsir!

Aidil Adha kali ini abah buat korban, share dengan Kak Long.
And tu pertama kalinya melalui (melihat sendiri) proses melapah lembu.
Diberi tugas menimbang dan membungkus daging, sangat mengujakan.
Seronoklah! :)

 Abah dan Abang jalankan tugas masing-masing, amek sorang sebelah.:)

Ok.
Melayan princess Husna dengan ultraman Hafiy pun menyeronokkan.
Dorang tu macam-macam pesen ragamnya. Ha ha.

Husna dan Hafiy kat rumah dorang.

Hafiy asyik melekat je dengan Iqmal. 
Husna semakin ligat pose bila tangkap gambar dia. Amboi..Hehe.

Raya kali ni juga lain sebab BigBang datang buat konsert hahaha.
Kapsul dorang jatuh kat Stadium Merdeka gitu.
 
Terasa nak sangat memiliki Samsung SIII tau!! Hehehe

Balik kerja je, dah mula rasa burden tu berlumba-lumba menyerbu.
Wuaaaa!!!
Sabar je lah jati.
Isk isk.

Tak kira.
Deepavali ni nak cuti lagi!

Rindu semakin menebal.
Semoga pengorbanan ini membuahkan suatu yang indah. 
InsyaALLAH :)

*Al-Fatihah buat Arwah Cik Zah (20 Okt. 12) dan Arwah Cik Mail (30 Okt. 12). Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.


Wednesday, October 24, 2012

You Are Not Alone

Aku ada seorang sahabat.
Juga jiran sebelah rumah.
Kawan dari kecik, sekolah sama-sama dari umur 5 tahun.
Cuma bila dah besar, bawa haluan masing-masing, jadi jarang berhubung.
Tapi masih ambil tahu hal dia.

Entry sebelum ni ada cerita pasal pemergian jiran aku yang juga abah kepada dia.
Sekali lagi dia diuji, Sabtu lepas mak dia pula dijemput ALLAH.
Sedihnya bila mengenangkan dirinya.
Dia anak bongsu.
Sekarang dia sudah yatim piatu.

Balik je kampung kelmarin, abah terus suruh pergi melawat dia.
Bagi dia rasa dia tidak keseorangan.

Dia memang seorang yang tabah.
Dia sorokkan kesedihan dia.
Dia senyum and boleh gelak-gelak masa berbual dengan aku.
Jadi aku pun tak dapat nak selam perasaan sedihnya.
Tapi aku tahu dia memang sedih.
Siapa boleh bagitahu aku kalau dia tak sedih mak dia meninggal?
Tak ada kan! Kecualilah kalau dia memang anak derhaka kot.

Aku kagum dengan dia.
Aku sempat berpesan kat dia "satu Tuhan ambil, Dia akan bagi yang lain." dan dia tersenyum sahaja.
Kerana aku baru tahu dia sedang mengenali seseorang untuk menjadi peneman hidup dia, Alhamdulillah.
Semoga dia berbahagia dan melalu hidup seterusnya ini dengan lebih baik.
Kalau dia sunyi raya ni, kami sekeluarga ada kat sebelah untuk sama-sama menyambutnya.
Mak aku, abah aku dan keluarga aku dah macam keluarga kau, just come and please yourself ok! :)

So aku bertekad, macam mana pun kekangan masa yang aku hadapi, aku akan cuba untuk balik menjenguk mak abah.
Aku nak plan cuti, untuk balik kampung at least sekali sebulan.
Tak dapat hujung minggu, weekdays pun ok.
Semoga ALLAH memudahkannya.
InsyaALLAH.

~Salam Aidiladha 2012~

*dah mula menyibukkan diri menyiapkan kelengkapan rumah baru dan hidup baru :)


Friday, October 19, 2012

Home and My Sweetheart

Tak perasan.
Tapi itulah yang terjadi.
Obses pada rumah.
Suka pada design rumah.
Tak kira yang besar, kecik atau sederhana.
Lagi unik design dia lagi best.
Tengok dari luaran dia, pastu kalau dapat masuk tengok ruang-ruang dia memang satu kepuasan.

Kalau drive tu, mata asyik tengok kiri kanan, tengok rumah-rumah kat tepi jalan tu.
Macam-macam design dia.

Rasanya sejak berpindah dari kuarters ke rumah sewa di kawasan taman, minat tu dah mula timbul.
Seronok cari rumah, pergi tengok.
Pastu pilih.

And sampai hujung tahun lepas, rasa berkobar-kobar untuk memiliki rumah sendiri.
Sebab tak sabar nak deco, nak beli perabot.
Tak rasa minat sangat pada aksesori wanita, tapi lebih kepada hartanah.
Nampak macam materialistik kan. Ha ha.

Lagipun masa tu kawan-kawan ramai dah start beli rumah sendiri, untuk keluarga.
Lepas tengok kelayakan and berbincang dengan abah, maka setujulah untuk beli rumah.
Tak ada fokus lain masa tu, belum jumpa 'separuh bahagian' (read: other-half) untuk settle down, so apa kata kita buat pelaburan jangka panjang kan.

Baru bayar deposit, Kak Cik pula (atas force yang aku lancarkan) tak memasal membeli rumah juga.
Dia dah pun berpindah masuk ke rumah baru 2 bulan lepas.
Seronok tengok design rumah dia, and seronok tolong dia buat langsir.
Pastu tengok grill and perabot baru dia.
Wah heaven kot ada rumah sendiri.
Memanglah perih nak bayar ansuran bulanan tapi lama-lama nanti, worth sangatlah.
Sebab harga hartanah akan naik, harga kereta yang akan turun.

Fasa pertama (sebaik sahaja touched down hujung bulan Dis 2011), terus uruskan dokumen perjanjian bagai.
Dari Thailand dah deal deposit and loan semua, tarikh and apa-apa yang diperlukan.
Balik tinggal sign, isi apa yang patut and bertemu empat mata dengan lawyer and pemaju.

Bila buat sorang-sorang (perempuan bujang), rasa macam berani and ada keyakinan.
Paling best, bila selesai rasa sangat bernilai pengalaman mengharungi semua tu sorang-sorang.
Ilmu beli rumah ni, kalau kita tak try, kita memang tak nampak effect dia pada kita.
Dulu belajar pengurusan hartanah memang menarik, lagi menarik bila dapat apply.

Berpegang pada ini : InsyaAllah, niat baik, ada rezeki, akan dipermudahkan.

Fasa kedua (bila settle loan, and dapat kunci rumah), kena uruskan pulak proses persiapan sebelum boleh masuk.
Banyak belajar dari kawan-kawan, keluarga dan orang-orang terdekat.
Kena cari orang pasang grill, buat wiring, pasang itu ini.
Register bekalan api and air.
Lepas tu bayar cukai pintu and tanah.
Setakat ni, fasa ni belum selesai.
Banyak hal-hal teknikal (melibatkan outsource) tidak dapat diselesaikan segera.
Jadi kenalah bersabar.
Tapi mesti rajin follow up.
Paling tak tahan kalau rumah tu ada defect, kena tunggu dia repair.
Fasa ni pun kena guna banyak cash.
Banyak je keinginan peribadi terpaksa ditangguhkan.
Fasa ni banyak buat diri ini menangis (tak masuk kena marah and tekanan perasaan sendiri) hua hua.

So untuk permulaan (tambah-tambah ada agenda penting lagi), buat je yang basic dulu.
Nanti dah ada duit, baru add on benda lain (aksesori) tu pulak.
Biarlah kata orang awal-awal biarlah balun semua, tapi kena tengok kemampuan juga.
Kalau tak kerana nak pakai duit banyak menjelang hujung tahun ni, bolehlah juga nak deco eric tau.
Hihi.
Takpe, nanti adalah tu rezeki nak buatkan.

Semoga proses perpindahan (fasa ketiga) akan berjalan dengan lancar dan mudah, amin...

 ~~Home Sweet Home, Baby!~~ (gedik gituuu hahaha)

Thanks to all.
Yang terlibat dari awal sehingga ke sudahnya.
Kakcik, Abah Emak and all my family members,
SEMUA kawan kat kolej.
and
Si dia yang akan sama-sama jaga rumah ni :)
Alhamdulillah.
Thank you, ALLAH. :)

*Hari ni, alhamdulillah, dah beli langsir. Yeay! :)

Thursday, October 18, 2012

Laut dan Darat

Hari ni boleh tertinggal beg duit.
Selambe je bawak handbag ringan, sedar-sedar masa nak pergi sarapan cari duit tak jumpa.
Hihi.
(Ni semua sebab tiba-tiba buat perangai nak belek gambar sebelum tidur laa ni ish..ish..)

Lepas tu hari ni macam baik sangat.
Pergi library, bawak buku and buat assignment math dengan tekun sekali. Hiks.
Pum pang pum pang dah tengah hari.

Sibuknya hari ni.
Sempat check FB sekejap.

Pastu paling kelakar ada student blur salah hantar mesej kat kita bagitau kelas kat mana.
Hua hua. Apa-apa jelah.

Semalam diberi tugas -search pasal platform duyong sebab sibuk sangat nak tau macam manalah keadaan kat tempat asing tu kan.
So hari ni dengan gagahnya membuntangkan mata meng-youtube tapi hampeh tak jumpa.
Cerita pasal duyung adinata adalah hahaha.

Terpaksa minta tolong pakcik google (konpiden je dia tu orang tua kan hiks).
So dapatlah sedikit info dan gambar.

Emm, actually platform tu dah lama usianya.
28 tahun.
Tapi still cemerlang beroperasi.

Dan hati ni agak lega, keadaannya baik.
Selesa untuk didiami dalam tempoh yang lama.
Chaiyo x2!!!

koleksi peribadi (wah gituuuu)

*asam di darat, ikan di laut...lalalala...

Tuesday, October 16, 2012

Hope and Help

Pesanan ini untuk diri ini (dan mungkin untuk sesiapa yang juga mengalami sama seperti diri ini)


Bila tiba-tiba kita mendapat sesuatu (sama ada yang kita inginkan atau pun tidak pernah diimpikan), terimalah.
Belajarlah untuk menerima.

Bila kita merasa tidak berdaya tiba-tiba untuk  melalui sesuatu (sama ada yang kita inginkan atau pun tidak pernah diimpikan), tabahlah.
Belajarlah untuk tabah.

Bila tiba-tiba kita seolah-olah mahu jatuh tumbang dan rebah kerana sesuatu (sama ada yang kita inginkan atau pun tidak pernah diimpikan), bertahanlah.
Belajarlah untuk bertahan.

Sesungguhnya,
apa saja yang kita lalui itu (sama ada yang kita inginkan atau pun tidak pernah diimpikan) semuanya menyembunyikan hikmah.
Nanti bila sampai masanya hikmah itu akan terzahir.
Percayalah untuk setiap perkara itu berlaku kerana ada sesuatu yang already "in-store" untuk kita.
Cumanya kita tidak sampai untuk memikirkannya dan kita hanya tahu bila ia sudah muncul.
Dan pada masa tu baru kita sedar, dan bersyukur.

Bila kita merasa sukar dengan tarbiyah itu, ingatlah, walau macam mana pun, biar seorang pun, kita tetap perlu berdiri dan kuat untuk hadapinya.

Only ALLAH is sufficient for us.
Always put in our heart.

dan untuk diri ini, yang lemah, firman-NYA ini seperti penenang jiwa dikala saat merasakan diri ini benar-benar keseorangan tidak berdaya dan hampir rebah jua.
Benar-benar mengharapkan pertolongan-NYA sentiasa akan hadir bersama.
ALLAHUAKBAR!

Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Ya ALLAH, jauhkanlah aku dari kesedihan.

الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

 Semoga semua ini membungakan keindahan dan kemanisan.
InsyaALLAH.

*saya yang lemah, tapi saya ada ALLAH yang Maha Kuat.

Wednesday, October 3, 2012

Penenang Jiwa, Penawar Duka

Ada beberapa perkara buat masa ni yang boleh buat aku ketawa dan tersengih kerang sorang-sorang.

1) Tengok gambar Hadi dan Hadirah serta kanak-kanak ribena yang lain.
Hadi (belum mandi) dengan rakan2 taska mengecam daun.hihi

Hadi memantau Hadirah study. "Abang puk nanti kalau Dirah salah eja" hiks.

Hadi selaku ketua kelas menunjukkan kalibernya dengan merespons cikgu beliau.


2) Tengok gambar lama dalam facebook (ditag oleh rakan2) beserta dengan komen serta serang balasnya sekali.

Ada juga perkara yang buat hati aku tersentuh, sampai ke dasarnya.

1) Mendengar lagu Monster BigBang-pelbagai versi instrument. Sedih kot. Huhu.

Juga perkara yang memberikan tekanan perasaan.

1) Assignment 3-4 muka dengan setiap muka membawa 10 soalan. Kemudian deadline sekitar 3 minggu dengan perkongsian masa untuk tugas hakiki dan masa berfoya. Sesungguhnya perubahan itu juga pengorbanan. MasyaALLAH. Kuatkanlah aku.

*semoga tabahlah hati ini.aminnn

Monday, October 1, 2012

Dunia Asing

Berasap kepala weekend lepas.
Kelas pertama je dah kena hadap programming segala bagai.
Aduh, migrain kejap!

Balik je kelas semalam, flat!
Zero energy kot.
Sedar-sedar je hari dah gelap.

Tak minta banyak, cuma harap dapat lulus dan boleh habiskan pengajian ini dalam masa yang ditetapkan.
Amin.

Masa dah tentu-tentu kena korbankan.
Kena re-arrange schedule.
Runningman pun tak sempat-sempat nak tengok tau.

Semoga pengorbanan ini membuahkan hasil yang manis dan membanggakan, InsyaALLAH...


*mode:homesick.tiap-tiap malam nak kena call mak abah utk dapatkan semangat.huhu

Friday, September 28, 2012

Next Stage

Hari ni macam messy sangat.
Urusan di klinik dan medical checkup dalam progress.
Boleh pulak hp buat hal.
Aduh!
Dugaan ini semoga aku tabah menghadapimu...

 
Solution nye memang kena balik kampung!!!

RINDUNYA kat budak kecik ni...

Thursday, September 27, 2012

Being A Student

Last two days, I registered.
Now, I'm officially UTHM student.

Tiba-tiba dah rasa ketegangan dan kena berkorban sebab tak ada cuti hujung minggu lagi.
Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan hati yang terang untuk belajar semula dia usia sebegini dan keadaan macam ini.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mudah aminn..


*tak sabarnya nak tunggu raya haji..uwaaa...

Saturday, September 22, 2012

Escape

Saturday.Sabtu.
Hari ni kerja sebagai menggantikan cuti hari raya lepas.
So mood hari sabtu -hari cuti.
Tak rasa bersemangat nak buat kerja di ofis kan.
Huhu.

*Bila boleh balik kampung ni?!!! Uwaaaaa!!!

Friday, September 21, 2012

Alhamdulillah

Oh dah hampir habis September ini.
Sekejap je masa tu berlalu kan.

Next week, insyaAllah, akan masuk ke fasa baru sebagai pelajar separuh masa.
Alhamdulillah.
Allah bagi rezeki.

Harapan semoga dapat melalui dan melakukan stages seterusnya dengan baik dan lancar.
Dipermudahkan dan tenang.

Masalah yang datang kena sabar dan selesaikan satu-satu.
InsyaAllah ada jalannya.

* GE120182 is my student ID :)

Wednesday, September 12, 2012

Kesukaran Itu Pasti Ada Jalannya

Ya ALLAH,
tolonglah aku menghadapi semua ini.
Janganlah aku dianiaya.
Lindungilah aku...
Amin.

Monday, September 10, 2012

Kekuatan

Ya Allah,
dugaan ini.
Tabahkanlah hatiku untuk menghadapinya.
Kuatkanlah diriku dan dirinya.


Amin.

Tuesday, September 4, 2012

Awak Kerja Apa?

Aku sedang mengalami stress pada bahagian otak (fikiran) dan hati (emosi).
Dalam dunia ni, semua pekerjaan memang ada tekanan.
Orang yang tak bekerja pun mengalami tekanan juga.
Tak perlulah kita nak menambah tekanan dengan membuat perbandingan pekerjaan.
Bersyukurlah sebab kita ada pekerjaan.
Ada sumber pendapatan.
Terimalah apa saja bentuk kerja itu selagi ia masih di landasan yang benar.
Setiap kerja ada kelebihan masing-masing.
Yang penting kita sendiri buatlah kerja kita.
Logiklah hanya yang ahli tentang pekerjaan itu saja tahu tentang kerjanya dan akan marah kalau ada orang lain (yang bukan ahlinya) cuba condemn kerja itu.

Stay cool dan selamat bekerja semua!

*final paper belum siap lagi!uwaa stressss!!!

Thursday, August 30, 2012

Raya dan Dia

Kali ni nak tulis betul-betul, asyik deraf je tak publish.Kihkih.
(Berlatarkan lagu Babak Cinta ;))

Ok,
raya dah masuk separuh bulan.
Perasaan raya tahun ni sangat bermakna dan memorable.
'Hadiah' yang telah lama dinantikan.
Alhamdulillah, terima kasih ALLAH. :)

Walaupun raya masih lagi belum habis edah, tapi kerja telah menimbun banyaknya.
MasyaALLAH.
Stress juga rasanya.
Masuk-masuk je kerja, dah kena buat rekaan 4 set.
Ish ish.

Lepas tu ada lagi hal-hal besar yang perlukan perhatian.
Tapi selalu percaya ALLAH sentiasa ada, dan sesungguhnya cukuplah DIA bagiku.
DIA tidak akan membebani hambaNYA kalau hambaNYA itu tidak mampu.
DIA nak dengar kita mengadu, merintih dan menangis kerana DIA rindu kan kita.
SubhanALLAH.
Kasihnya ALLAH pada kita kan. :)
Semoga nanti dimudahkan dan dilapangkan. Aminn..

Pose terbaik di haru raya.Ala-ala lagu "menantikanmu di pagi raya" gitu..hihi

*sibuknya sampai tak sempat lagi nak tengok Runningman 108 (Kwangsoo lead the show! hihi)

Monday, August 13, 2012

Hampir Tiba

Hari raya semakin hampir.

Semalam alhamdulillah dapat gak beli baju raya.
Masuk satu kedai, beli semua - baju kurung and tudung sekali.
Senang kira, dapat free gift lagi.
Selesai!

Duit raya pun dah siap tukar.
Selesai!

Kuih raya.
In progress.
Amboi, dah nak balik kampung ni.
Tunggu kuih delivery je ni.
Hihi.

Apa lagi ye?
Oh, puasa belum selesai.
Rebutlah masa dan saat yang tinggal ni untuk mencari keberkatan dan menambahkan amal.
InsyaALLAH. :)

Lastly,
SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL! 
 

*menghitung hari... :))

Thursday, August 9, 2012

Yang Terindah dan Langit Menangis

Bazli terus unggul di kaca tv 24 inch kat rumah tiap hari kul 7 mlm.
DDK tak semua episod aku follow.
Suka Nazim and Tiz, tapi bila dah start Ammar meroyan dengan Nadirah, aku jadi malas nak menghadap.
Lebih baik tengok channel lain semasa berbuka.
KYT pun aku follow sbb ada Bazli lagi. (ok bukan, nama dia Kapt. Bazli-Shameil).
Hopefully, dorang tak down kan aku macam Ammar-Nadirah buat. Hiks. ;p

Walaupun sekali lagi membawakan watak 2nd hero, yang penting Bazli masuk tv selalu.Kihkih.


p/s:janganlah Bazli meroyan lagi.Hukhuk.
      rasanya ada beli novel tajuk Yang Terindah macam tu.tapi cerita dia lain kot.



So,
hari ni warga kolej masak bubur lambuk lagi.
2 hari lepas pun dah buat.
Tapi hari ini special day untuk Kak Dah because today is her birthday.
Age? opss..rahsia tau. hihi.
Macam nak bagi sesuatu kat dia, wait and see ya! :)


*Alhamdulillah, minggu depan nak balik kampung. And next-next weeknya adalah hari raya. Bermakna, countdown dah bermula nih. Hihi ;)

Wednesday, August 8, 2012

Adam dan Bazli

Up-date:

1) Hari ni 4th anniversary of graduation ceremony untuk Biomed Eng. batch 04/08. Tahniah untuk semua yang terlibat! :)

Pic convo 080808 dah tak jumpa. tapi ni lah tempat menuntut dulu. :)

2) Semalam, dalam kelas PPS, seorang student lelaki bertanyakan -"What's actually 'halkum'?"
Erk! So hari ni bersemangatnya meng-google Adam's apple. Kih kih. Seriously, sepanjang hidup ni rasanya tak pernah kot pegang halkum lelaki even my father or my brother, or my nephews. Not even once. So how can I answer his question yang sepatutnya dia sendiri tau apa bendakah halkum itu. Or sepatutnya soalan itu ditanyakan oleh aku kepada dia. Hihi. Tak apa, student always want to know, so aku kenalah mencarikan untuknya. Dan thanks sebab soalan-soalan sebegitu sebenarnya buat aku banyak belajar, dan mengetahui apa yang aku tak tahu sebelum ni. Mengajar juga suatu proses pembelajaran. Seriously, aku tak pernah serajin and setekun sekarang untuk belajar kalau dibandingkan masa zaman jadi student dulu. Sekarang ni, ulangkaji and mentelaah subjek sebelum kelas bermula adalah sangat crucial! Indeed! As we grow older, many things we go through and we learn. Belajarlah jadi matang dan jadi manusia. Hihi :)

3) Nazim Othman a.k.a Bazli telah menjadi hots tiba-tiba. Dia terbaik sebab twit dia stated :" SuJu is good but 'BIGBANG' is BETTER" (Ok, aku saja CL perkataan tu sbb Nazim tak buat).Oh ho ho. Sukalah dia ni! Langit menangis dengan status twit dia tau.KihKih.:))

4) Hari ni masuk Ramadhan ke 19. Dah masuk fasa separuh akhir bulan. Dah khatam ke Al-Quran? Masih dalam progress. Istiqamah ye. ;) Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keampunan dari NYA. Amin..

*tak pernah lagi ke bazar Bukit Gambir, apa kata hari ni?? hihi :p

Monday, August 6, 2012

LCW, Nation's Proud

Berikutan perlawanan akhir antara Lee CW dan musuh beliau paling angkuh,
malam tadi, hati ini menangis bersama.
Ok fine.
Memang itu semua sekadar perlawanan, tapi ertinya sangat besar.
That was his big contribution to our nation, to our country, to Malaysia!
Beliau memang melakukan bersungguh-sungguh.
Kalau pun beliau kalah menangi emas atas rekod Olimpik, tapi beliau sudah menang di hati kami.
Proud of him! Seriously.

Congrates!!! Sama-sama nak menangis dengan LCW..:'(

Tak perlu minta maaf sebab kamu dah buat yang terbaik!
Sedihnya sebab Olimpik ni adalah yang terakhir buat kamu.
Next time,
adalah orang macam LCW untuk membawa emas dari Olimpik.
InsyaALLAH..

*peminat LCW no 1! terus follow Twitter beliau..;p

Wednesday, August 1, 2012

Langit Ramadhan

Oh,
puasa sudah hampir masuk ke separuh bulan.
Malam tadi usai pulang dari rumah Kak Dah berbuka bersama,
terlihat langit hitam di atas.
Subhanallah!
Cantiknya bulan terang dan bulat.
Indahnya malam Ramadhan ini.
Sayangnya kalau masa terbuang tak diisi dengan amalan dan ibadah.
Merasai keberkatan dan nikmat Ramadhan.
InsyaAllah,
istiqamah dan berdikit-dikit itu lebih baik dari langsung tak ada kan.


Sesungguhnya,
DUA KEGEMBIRAAN bagi orang yang berpuasa iaitu
1) Ketika berbuka
2) Ketika bertemu dengan ALLAH.

MasyaALLAH..kasihnya ALLAH kepada kita hambaNYA.

*Misi bulan Ramadhan -mengaji setiap hari!

Monday, July 30, 2012

Sahur

Hari ni dalam sejarah!
Celik-celik mata je dah pukul 5.41 pagi.
Sekejap!
Eh hari ni kan puasa lagi.
MasyaALLAH.
Terlepas waktu sahur.

Tapi tak ada rasa gelabah atau sedih bagai.
Just closed the eyes, and istighfar.
Sambil tu terkenang spagetti yang dah dimasak malam tadi.
Biasanya masak untuk sahur pada waktu malam, takut bangun tak sempat buat.
Panaskan saja sebelum makan.

Dalam hati berkata -"nampaknya tak ada rezeki nak bersahur pagi ni"
Cuma berharap diri ini larat untuk meneruskan ibadah wajib ini.
Mesti ada hikmahnya.
Subhanallah...

Alhamdulillah,
lepas subuh perut tak meragam.
Tak ada rasa pedih sangat sebab tak isi dengan makanan dulu.
Rasa macam lebih bertenaga.
Kuasa ALLAH.
Dia menentukan, dan Dia memberikan hikmahnya.
Semoga sehingga masuk waktu maghrib nanti, masih ada tenaganya.
InsyaALLAH. :)

*mungkin ini tarbiyah. itu baru sekali terlepas sahur, sedangkan ramai lagi muslim yang langsung tak ada makanan 2-3 hari still berpuasa fardhu ini..masyaALLAH..

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan 2012

Ini update bulan Ramdhan.
Ramadhan dah masuk hari ke-5.
Alhamdulillah.
Semakin hari semakin adapt dengan ibadah ini.
Semoga ALLAH terus berikan kesihatan dan kekuatan untuk melakukannya dengan sepenuh hati.
Semoga mendapat barakah InsyaALLAH.. :)

Kalau pergi bazar, tak rasa nafsu melonjak nak itu ini.
Sebab pada akhirnya akan berbuka sendirian.
Bila macam tu, makanan akan dibazirkan.
Lebih baik tak beli sangat.
Cukuplah sekadar mengisi perut selepas masuk waktu maghrib.
Lagi pun, kalau beli sekali utk sahur biasanya tak tahan.
Jadi lebih baik masak sedikit, untuk buka dan sahur.

Nak makan puding atau desert!!n (eh?tiba-tiba! hehehe)

*misi bulan Ramadhan- ingin beli peti ais! ;p

Wednesday, July 18, 2012

Saat Itu Akan Datang


"Lelaki baik itu akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki yang berkata mahu menjadikan kamu isteri dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu, ketahuilah itulah lelaki baik, kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu."
(source: Ijan)

Betul.
Dia akan datang saat kita sudah bersedia.
Saat dia juga sudah pasti bersedia untuk memikul tanggungjawab dan menjaga kita.
Pada waktu itu kita akan sedar, sebenarnya dialah yang orang yang kita tunggu walaupun kita tak pernah menyatakan bagaimanakah ciri lelaki pilihan kita.
Dan jauh di hati kita, kita membenarkan apabila kita sudah pasti tentangnya.
Terharunya apabila dia ingin mempersiapkan kita untuk menjadi isterinya.
Saat itu hanya rasa kesyukuran yang amat kepada Ilahi sebab akhirnya penantian kita berakhir dengan sesuatu yang indah.
Alhamdulillah.

*InsyaALLAH..semoga ALLAH permudahkan..:)

Tuesday, July 17, 2012

Sekejap je

I read this ( http://atieanna.blogspot.com/2012/07/tuhan-jagakan-dia.html ) baru sekejap.
Sangat tertarik dengan ayat-ayat dalam pic dia.
And pesanan fav kakak dia :)
So touching and definitely true.

Sebenarnya
Bila kita kena menunggu dan menunggu, kita tak sedar yang perancangan ALLAH sangat indah.
ALLAH nak kita bersiap-siap dan 'dia' juga sedang bersiap-siap.
Sampai waktu seperti yang 'dijanjikan', 'dia' akan muncul juga.
InsyaALLAH. :)

So
Jaga hati kita, dan 'dia' juga sedang menjaga hatinya.
Sekejap je..sabar ye..(ayat akak fav Ijan ;p)


*saya sedang sabar menjaga hati saya...the time will come..:)

Friday, July 13, 2012

Tiada Tajuk Yang Spesifik

Updates.

1.
Dah terima dengan rasa berbunga sling bag yang diorder secara online. Tak pernah buat sebelum ni.
Sangat teruja! :) Lepas ni nak order t-shirt yg ada pic BB pulak!! hehehe. Thanks again to Syam who taught me how to do that. Seriously, K. Kiah & K.Cik pun dah reti order sendiri..haha. :)) LIKE!!!

My BB bag! I love it so much. 
I don't care if people say it for teenagers, BB's fans are world kot!! ;p

2.
Sekarang ni tengah nak belajar semula hukum tajwid secara teorinya. Selalunya kalau mengaji tu retilah macam mana tapi tak tahu pula apa nama hukum tu. So nak study and check balik. Manalah tahu satu masa nanti kena mengajar, adalah juga ilmu nak disampaikan. Actually YES!kena jadi pengajar utk PPI this sem. Seronok juga sebab ada juga benda boleh dibuat dan dikira macam ibadah juga kan dengan mengajar orang mengaji ni..Alhamdulillah, diri ni pun sedang belajar. :)

Modul Tajwid oleh yang diberi oleh Ust. Fahmi
 (saja nak mention nama dia kat sini bagi kredit sikit hehehe) :)

Ada hal lain lagi yang hendak diselesaikan. Sementelah bulan Ramadhan akan menjelma dalam minggu depan ni, eloklah banyakkan bermuhasabah. InsyaALLAH semoga semuanya yang baik-baik akan mendatangi hidup kita. Barakah! :)

*kuih raya dah boleh tempah sekarang laa kot..hehehe ;p

Tuesday, July 10, 2012

Baru Yang Baik kan Baik

2 minggu selepas bermulanya sesi baru pengajian.
Rasanya semester ini nak jadi lebih baik terutamanya bab persediaan mengajar.
Agak tertekan sedikit sebab subjek baru.
Kena studi lebih.
Lepas tu jadual pulak sangat 'cantik'.
Huhu.

Aktiviti bermain badminton bersama pelajar-pelajar (maklumlah dia orang bagi chance je tu hehehe) dimulakan semula.
Seronoklah juga sebab kalau tak, balik awal je bukan buat apa-apa.
Tidur, tidur dan tidur sebab penat berfikir satu hari.
Huhu.

Sekarang ni, banyak hal kena mulakan.
Maksudnya benda-benda baru, yelah benda yang baik semestinya.
Nak biasakan sesuatu yang baru tu kan ambil masa.
Tapi tak rasa susah pun sebab faham kenapa kena buat macam tu, macam ni.
 Nanti lama-lama pun akan jadi habit dan ok.
InsyaALLAH.


* Semoga semuanya dipermudahkan dan dilancarkan. Aminn.. :)

Tuesday, June 26, 2012

Silver

MSR di kolej sedang berjalan.
Semalam adalah hari pendaftaran.
Menjaga kaunter serahan kelengkapan memberikan pengalaman baru dan agak menarik.
Sebelum ni selama 4 semester berturut-turut jaga makanan orang.
Why not try something new, rite?

Then,
need time to go through everything
and believe it is good after all.
Alhamdulillah.
There is silver line behind the dark cloud...:)

 cantik! :)

Monday, June 18, 2012

Yeay

Wah tak sangka.
Boleh juga beli barang-barang BigBang akhirnya.
Dah bank in.
Tunggu barang je nanti.
Tak sabarnya.
Thanks to Syam (my student) sbb menunjukkan caranya. :)

Lepas tu.
Mengharapkan hidup dan pilihan-pilihan dalam hidup ini dipermudahkan.
InsyaALLAH ..:)

Katun pun tetap nampak comel..:))

*konsert Bigbang -Malaysia Oktober ni!

Thursday, June 14, 2012

Tepat

Walaupun pilihan kita tepat lewat istikharah,
bukan jaminan kita tidak diuji.
Hidup ini adalah ujian.

Istikharah pun perlu mujahadah!

Betul tu.
 Menghadap langit Ilahi..subhanallah..

*Sangka baik dengan ALLAH.Dia Maha Mengetahui...:)

Gurun Sejuk

Wah hari yang panas dan kering.
Dah tak macam perasaan duduk di tropika dengan iklim khatulistiwa.
Panas dan lembap.
Seolah berada di gurun gersang dengan pasir berpintal terbang.

Apa rasa berada dalam Korea?

gurun ni sebenarnya sejuk..gaya macam panas je..huhu

* Tak larat sangat hari ni...

Wednesday, June 13, 2012

Saya tahu DIA TAHU

Mendapat kekuatan.
Allah menyayangi hambaNya.
Tidak diduga jika kita tidak mampu memikulnya.

Berbaik sangka.
Aturan Allah Maha Hebat.

Mungkin kalau ia tak boleh berlaku lagi, anggap saja masa itu belum sampai lagi.
Belum tepat lagi.

Semoga akan ada hal lain yang lebih baik sebagai ganti.

Ya Allah permudahkanlah...

Monday, June 11, 2012

Perfect

Sedang sibuk menyiapkan portfolio P&P.
Gigihnya mengarang ayat, dan paling tak tahan adalah nak print.
Sabar je lah.
Untuk kali pertama subjek ni.
Sem depan recycle je la!
Huhu.

Hasrat di hati ingin menyambung pengajian tapi buat masa ni rasanya belum boleh lagi.
Ada banyak hal yang perlu didahulukan.
InsyaAllah sampai waktunya akan adalah nanti.
Berbaik sangka dengan ALLAH.
Perancangan NYA sangat sempurna! Subhanallah.. :)


Indahnya..Subhanallah..

* mengharapkan agar semuanya berjalan dengan lancar.InsyaALLAH..permudahkanlah..aminn..

Wednesday, June 6, 2012

Biru

Melalui minggu-minggu akhir sebelum semester ini berakhir dan berganti dengan semester baru agak memenatkan.
Malah adakala memeritkan dan memberikan kesan dalaman yang agak menyebalkan hati dan perasaan.
Apapun, setiap yang berlaku itu ada hikmah.

Hasbunallah..cukuplah ALLAH bagiku..

 apa rasa duk kat tengah laut macam ni?
 


*melihat yang jauh di samudera...

Thursday, May 31, 2012

Blank ~Mong Ji Hyo

Up-date.

1.
Baru habis tanda kertas jawapan pelajar.Tapi tak bermakna selesai. Ada yang nak kena buat lagi. Sabarkanlah hati ini.

2.
Facebook makin boringggg..

3.
Bigbang nak datang Malaysia! :)

4.
Sesuatu yang membuat jantung berdegup kencang telah berlaku. Solat-boleh mengurangkan heart beat kasi tenang sikit. Semoga dipermudahkan.

5.
Balik kampung. Hadi & Hadirah sedang menunggu. :)

*tiba-tiba blank..sorry..

Friday, May 25, 2012

3 Hours

Menjaga exam selama 3 jam.
Hazab!

Dua-dua subjek yang aku ajar dah selesai.
Bermakna proses menanda memangkah haruslah bermula segera.
Minggu depan dah kena key-in.

Semasa menanda anda harus berjiwa kental.
Dan mental harus kuat.

Selamat bercuti buat semua yang terlibat dalam cuti persekolahan ini!

*Balik kampung 3 hari. :)

Monday, May 21, 2012

Jejak Kembara di Tanah Mahsuri

Seminggu di Langkawi.
Menghadiri kursus belajar menulis dokumen rasmi dan tatabahasa bahasa Melayu.
Di samping itu,
aktiviti mengukur peta pulau tidak dilupakan.
MasyaAllah.
Duit semakin susut akibat tidak menjaga nafsu belanja.

Apapun,
nak kena balik kampung untuk release tekanan!
Uh?
Hehehe.

Dataran Lang

Sky bridge was closed due to maintenance.

 Pulau Langkawi sebelah kiri map Malaysia, jadi laut apa namanya ye?

* makan 6 kali sehari.ternak saiz badan kot.hehehe




Friday, May 11, 2012

Pilihan

I don't know.
Pilihan memang banyak.
Tetapi untuk memilih, satu cara adalah mengurangkannya.
Kepada hanya yang terbaik.
Tetapi bagaimana nak tahu itu yang terbaik.
Argh serabut!!!

Kembali pada Nya.
Istikharah!
InsyaAllah.

One step closer..

Platform 9 3/4 King's Cross

"Wait a sec. I'm bueno-ing".
Ingat tak iklan ni?

Sorry.
Hari ni tiba-tiba seorang student datang kepadaku.
Menghulurkan Kinder Bueno packaging Thai (perli ke apa ni?)
Dia minta maaf sebab beremosi dua hari lepas denganku di makmal.
Aku pun emosi jugalah.

Memandangkan hari tu ada assessment, so aku jalankan seperti prosedurnya.
Mungkin mereka ni agak stress mentelah exam pun nak dekat, jadi emosi tu tak stabil kot.
Baik lelaki baik perempuan semuanya 'PMS' (eh?).
Punyalah kroniknya sampai aku pun kena cubit dengan student (eh apa ni?amboi!)
Lepas tu aku pelik, dorang pulak yang nak merajuk dengan aku.
Aduh.
Apa nak buat, orang tak suka.
Aku pun tak heran kot.
 
Ok fine.
Aku sikit pun tak simpan dalam hati hal berkaitan student.
Bila aku tegur ke marah ke, hanya untuk hari itu.
Hari lain aku dah tak ingat pun.
Confirm!

Buat kamu semua,
I did that for your own goodness.
I said sorry if my actions were hurting you.
Whatever it just a process of learning.
By hook or by crook, you have to face it.
Me too.
It is not easy to teach, to give lesson, to make a student become a 'people'.
So let it go.
So do I.
Good luck for your study and final.
Wish you all the best.
And you may pray so that I won't teach you next sem. (really if you wish that.heh).
Ok, gambate kudasai minna! :))

kalau rasa nak escape, boleh 'lari' ikut sini kot.

*buku #4 banyak memberikan ilmu. it's quite hard to beginner but thanks I did learn many things from it. good job! dah macam baca thesaurus pun ada.hehehe

Thursday, May 10, 2012

Makan Hati Atau Makan Biskut

Heart.Hati.Qalbu

Kenapa hati digambarkan sebagai bentuk ini?

 Hati penuh

 Hati dah kena gigit.


Bilakah ia akan pulih sepenuhnya?
Life must go on.
Time will heel the wound.
Don't be sad.
InsyaAllah.
Believe.
Allah has stored a better for you.
Wait and be patient.
Ameen.


*biskut hati ini adalah biskut kelapa yang dibuat isteri kepada seorang teman.sedap.sekeping 0.80 sen.nak tempah untuk raya ni la, makan selepas berbuka.tak sempat raya dah habis..hehehe..

Tuesday, May 8, 2012

Ok

Oh.
Salam.

2 buku dah selesai khatam.
komen pembaca:
buku #1~ ada idea menarik dan sangat familiar dengan diri sendiri.cuma jadi pening dengan cara  penyampaiannya.agak-agaklah penulis ni nak try kaedah flashback tapi aku jadi keliru.flashback timing dia terlalu jauh dari cerita berkait sebab kita tengah baca tiba-tiba dia cut kat situ lepas tu kita pun teruslah baca dah 3-4 bab lepas tu dia rewind balik bab 1 tadi kot.kalau drama takpelah kot, sebab gambar bergerak.ni pembacaan.dia macam distract pada imagination pembaca.boleh try kaedah lain kot.lagi satu boleh tak jangan letak babak yg tak ada kaitan langsung dengan cerita dalam buku ni.ish.** je utk buku ni.

buku#2~ idea sangat stereotype.penulis ni cuba mengolah utk jadikan luarbiasa, that's good afford.tapi aku jadi muak sbb bayangkanlah satu muka dialog penuh.aku dh blur.ini novel ataupun skrip drama?lebih baik buat ikut style dialog.macam ni
                 abu: bla..bla..bla..
                 siti: ha ha ha bla bla..
daripada buat style perenggan atau penulisan penceritaan.patutnya banyak cerita atau gambaran keadaan masa berlakunya situasi atau scene tu ni tak, every single word apa yang watak cakap dia nak taruh.dah macam baca telenovela latin yang banyak sangat dialog padahal cerita nak sampaikan sikit je. rasa nak muntah pun ada.terus aku skip je.kira khatam la kot. jarang aku baca buku secara lompat-lompat dan lompang sana sini.isk memang tak berbaloilah. tak ada * utk buku ni. maaf.

1 sedang, tinggal 3 bab sebelum tamat.
komen pembaca:
walaupun tak habis lagi, tapi penulisan sangat mengesan dan santai.terdapat banyak input bermanfaat.seolah-olah bersama-sama dengan watak mengembara dan belajar. **** utk buku ni.teruskan usaha.:)

1 sedang menunggu.
komen pembaca:
belum ada.harap-harap seronok.sangka baik.:)

1 lagi istiqamah.
harapan pembaca: semoga menjadi pedoman,insyaAllah.:)

Maaf.
Bukan nak bagi sinopsis buku atau nak kondem ke apa, cuma nak nyatakan hasil pembacaan.sebab nak tau nilai yang boleh kita dapat bila beli sesuatu buku.mestilah kena worth kan.kalau tak penat dan mebazir je beli jauh2.Tapi tak pernah halang orang lain nak memiliki dan menilai buku tu kan.

Baiklah.Nak sambung baca buku #3.
Jumpa lagi.

who want to learn about this thing?heheh
pic for study purpose only.chewah!

Wednesday, May 2, 2012

5th Avenue

I was in oversea for a day! 
But only for an hour, then I had fever.
So sad.
Couldn't enjoy the moment.
Maybe Allah hendak melindungi saya.

Takpelah at least dah pernah pergi kan? :p

Thursday, April 26, 2012

Sorry

Aku minta maaf kalau aku jadi seorang guru yang tak bertimbang rasa.
Aku menjadi manusia yang tidak sempurna.
Kadang-kadang aku terlupa.
Pada kelas ni aku bg dateline lain, pada kelas ni aku bg dateline lain.
Lepas tu bila aku lupa and tanya balik, aku pun dh konpius.
Kesian aku tengok kalau-kalau ada student yang jadi mangsa.
Maafkan saya.
Yang serba kekurangan.
Kesian kamu...

*lepas ni kena lebih peka..miane..

Wednesday, April 25, 2012

Ikut Suka Hati You Lah

Ok.
I tak salahkan you kalau you takut dengan I sebab you tengok I ni garang.
You tengok je kan?
You dah cuba ke dekat and kenal dengan I?


Ok.
I faham you akan jawab "1st impression" atau "perception".
Standard la tu.
Dan I akan biarkan you dengan alasan you.

Kita tak boleh nak paksa orang suka kita.
Macam orang tak boleh paksa kita suka dia.
Things are always like that.

Tapi kadang-kadang tak puas hati juga kan kenapa orang beranggapan begitu pada kita.
Entahlah labu.
Biarlah begitu.
Yang penting kita selalu bermuhasabah.
Sebab hidup kita ni tak panjang.

 comel tak?haha

*sebenarnya idea lain nak tulis tapi terkeluar yang ni pula.sedap je jari aku menaip.hahaha.

Tuesday, April 24, 2012

Well or Hell

Seorang student menunjukkan rasa tak puas hatinya kepada lecturer yang menanda kertas ujiannya.
Alasannya jawapan yang diberikan itu adalah tunjuk ajar dari seorang lecturer lain yang juga pengawas peperiksaan ketika dia menjawab soalan tersebut.
Apakah jawapan yang sepatutnya lecturer itu berikan untuk menenangkan student tersebut?

Pandangan aku:
Apa saja jawapan yang kita berikan dalam ujian adalah jawapan kita.
Walaupun ada seribu orang pun yang datang dan memberikan talian hayatnya pada kita belum tentu ia dapat memastikan yang kita akan selamat.
Kita yang memilihnya.
Jadi kenapa pada akhirnya kita nak menyalahkan orang lain atas pilihan kita.

You have to be firm if you think you are on the right side.
Don't be influenced by others.

Bila kita dalam medan peperangan, kita akan jumpa banyak traitors.
So be careful.

Kalau kita dah berusaha dan kita yakin dengan jawapan kita kenapa kita mesti percaya dengan orang yang baru datang dan terus terpengaruh.
Lepas tu nak salahkan pulak 'musuh' kita tu.
Eh pilihan awak!
Orang tu hanya boleh mentertawakan awak sajalah.

Conclusion: ambil pengajaran!

 kalau awak rasa jawapan ni yakin betul, stick with it.
you have your own reason why you choose this answer rite??

*lalat semakin tak ada perasaan segan menghinggap seseronoknya..aduh..wahai hati, bersabarlah..

Thursday, April 19, 2012

Mahu Apa

Masa kecik-kecik dulu selalu disogok supaya menjadi seorang yang hebat contohnya macam doktor atau engineer.
Tetapi masa hari anugerah tokoh sekolah, aku cakap saja nak jadi arkitek sebab terpengaruh dengan anak jiran rumah hujung-anak tuan guru ngaji aku.
Lepas tu addicted kejap dengan cerita berunsur kepeguaman, berangan nak jadi lawyer.
Amboi, semua macam tak hagak-hagak kan.

Tapi bila aku dah dewasa dan dah bekerja dengan sebenarnya pekerjaan, aku terfikir bahawa satu cita-cita atau hasrat dalam hati aku yang tak pernah padam sejak kecil adalah aku ingin menjadi pendidik.
Tak kiralah bagaimana kerjanya, asalkan ia berunsurkan pendidikan dan proses kerjanya melibatkan dua pihak iaitu yang memberi ilmu dan menerima ilmu.
Ya, inilah cita-citaku tanpa aku sedar aku dah pun mencapainya.
Memanglah tak ada panggilan "cikgu" tapi aku tahu hakiki kerjaku adalah mengajar.

Tiba-tiba aku terfikir, mungkinkah cita-cita hebat aku masa kecik2 tu adalah realisasi orang yang akan berkongsi hidupnya dengan aku?
Amboi.berangan!

Sebenarnya bila difikirkan balik kenapalah sikit sangat pendedahan cita-cita aku masa kecik dulu.
Banyak je perkerjaan yang tak glemer tapi cool.
Sekali gaji amek kau beriban-riban.
Contohnya macam tukang welding paip bawah laut.

Lepas ni kalau student, junior atau orang muda-muda tanya aku pasal cita-cita.
Aku akan jawab kat dorang supaya banyakkan buat research.
Jangan asyik nak kejar yang glemer tapi kehidupan tak adalah masyuk sangat.
Apapun yang penting bahagia hidupnya itu dengan pilihan sendiri.

Sekarang ni aku tengah berkira-kira nak sambung pengajian.
Tapi aku nak buat sesuatu yang betul-betul aku nak, bukan sebab terikut-ikut dengan situasi.
Aku teringin nak pergi luar negara.
Tengok negara orang, ambil pengalaman.
InsyaAllah.
Semoga hasrat yang satu ni boleh aku capai suatu masa nanti.
Kalau tak pergi sebab diri sendiri, mungkin sebab orang lain kot.hehehe


*teringin sangat nak melawat Korea.hahaha.

Monday, April 16, 2012

End User

Bigbangupdates dah jadi satu tab wajib bila aku open Mozilla.
Dah macam baca paper hari-hari.
Cool.
Lattest, konsert Bigbang kat Vietnam berharga USD250K.
Wohaaa, daebak!!
----iklan---

Ok.
Ada beberapa perkara yang ingin ditulis.

1.
Test 2 IDTD telah berlangsung pagi tadi. Hangin sikit sebab benda-benda penting macam ni pun ada juga student yang buat tak endah je. Boleh je dia tak nak datang suka hati.Amboi! Tak pasal-pasal kena buat set lain untuk golongan seperti ini. Tak faham dengan mentaliti dan manner students hari ni. Selalu ambil mudah benda yang penting. Selalu tak fikirkan diri sendiri bila buat sesuatu. Lepas tu selamba kodok je buat tak reti bila dah buat salah. Entahlah. Sigh~

2.
 Selama aku hidup ni, aku semakin banyak belajar. Dulu aku tak faham kenapalah mak selalu nak susah-susahkan hati fikirkan pasal orang lain (especially anak-anak). Aku dah mula faham dari mana datangnya sifat aku. Dan aku ada jawapan untuk diri sendiri sebab aku dah rasa. Salahkah kalau kita nak ambil berat pasal orang lain terutamanya yang kita rasa ada kaitan dengan hidup kita. Kalau kita biarkan saja, tak ke kita biarkan dia kelemasan terkapai-kapai. Adakah kita hidup ini untuk diri sendiri saja? Kita memang dilahirkan dengan sifat "jual ikan" tapi kita pun tak boleh nak selalu turun ke laut tu sorang-sorang kan nak fikirkan diri sendiri saja. Dalam Islam pun ada cakap, selalu berpesan-pesan dan beringat-ingat pada jalan kebaikan. Kita kan satu jemaah, kenapa kita kena bawa haluan sendiri tanpa sedikitpun berpaling menjeling melihat kawan-kawan seangkatan kita. Ambil tahu! Bukan busy body. Ambil berat, atas dasar persaudaraan mungkin.Terpulang. Tepuk dada, tanya hati.

3.
Tiba-tiba je lagu Kupinang Kau Dengan Bismillah menusuk hati. Wah, apakah petandanya?Tuhan aku tak mahukan yang lain dari apa yang Kau tentukan untukku. Restuilah aku, jadikan dia yang terakhir untukku. Aminn..
---background music: Kupinang Kau Dengan Bismillah---

Bukankah kita semua berkongsi menggunakan sumber yang sama?
 Kenapa kita harus pentingkan diri?


*Taufiq is my student who listens Bigbang's songs. (perlu ke acknowledge kat sini?hahaha) :))

Friday, April 13, 2012

Starting Point

benda paling susah nak dapat masa aku kecik2 dulu.

Bila dah besar ni, dah kerja dan pegang duit sendiri, semua keinginan masa kecik2 dulu cuba dipenuhi.
Tak nak terima kenyataan diri dah tua kot.Huhu.

Aku rasa ada reason kenapa mak abah masa kami kecik2 dulu banyak yang mereka tak dapat nak bagi.
Berbezanya sekarang, kalau cucu-cucu minta rasanya 90% mereka akan beri.
Tentulah!
Dulu semua serba kekurangan.
Abah masuk Felda, bawak keluarga dari kampung.
Semua pun kena bersedikit-sedikit dan berjimat-jimat.
Barulah dapat beri makan pada kami semua.
Susahnya hidup masa tu mungkin anak-anak buah aku tak dapat nak gambarkan.
Semua yang berada di permulaan itu tentulah tak semegah dan sesenang yang sudah lama siap.
Banyak yang kena buat, kena harungi.

Sekarang ni bila negara dah sampai tahun 2000-an, banyak kemajuan yang boleh dibanggakan.
Semua orang cakap orang Felda dah senang, alhamdulillah.
Apa yang aku boleh cakap memang ada perbezaan.

Dulu abah muda dan tegap untuk buat kerja-kerja berat.
Sekarang abah dah tua.
Selalu kurang sihat.
Dulu abah  sangat tegas.
Sekarang abah dah ok, cucu minta duit pun abah senang hati bagi.
Sebab abah dah alami, dan kenapa tidak sekarang kesenangan itu dikongsi dengan generasinya.

Jadi,
kata abah sekarang ni carilah harta sendiri.
Beli apa yang dulu aku tak dapat sebab abah tak mampu nak bagi.
Lebih berbaloi.
Abah dah open.
Abah cakap apa yang aku nak buat dalam hidup aku contohnya macam aku nak beli kereta ke rumah ke nak kawin ke, semuanya aku yang pilih dan tentukan.
Sebab bukan untuk abah semua tu.
Ye betul tu.

Sebenarnya aku aku tak sedar semua tu sampailah bila aku hadapi sesuatu kesukaran dan permulaan itu sendiri aku mengerti pengorbanan abah dan mak masa kami kecik2 dulu.
Aku rasa semuanya akan baik-baik sahaja nanti.
Mungkin apa yang kita nak belum boleh dapat pada suatu masa itu kerana ada masa lain yang lebih tepat Allah akan berikan juga.
InsyaAllah.

Lepas aku beli pensel warna tu, aku pun tak tahu apa sebenarnya aku nak buat dengan benda tu.
Maknanya aku mengikut kehendak dan bukan keperluan.
Huh, nampaknya nafsu berbelanja aku kenalah aku kawal. Hahaha! :p
 
*belajar untuk menjadi cool.tidak cepat gelabah ayam.macho dan rilek macam Woon. :)