Sunday, June 7, 2009

datang dan pergi..itu lumrah..

hujung minggu dihabiskan di Perak.
saja.buang duit.huhu.
sempat ke Kuala Kangsar.
sempat juga beli sandal cun dan t-shirt kiut.:p

rasa terisi hujung minggu tu.
ok la daripada duk KL tak buat apa,tengok dinding jek.
tapi kesian kak Oyen, tak de teman ke kenduri kak Lia.
plan ke Perak is the first that came across my mind la kak..sorry ek..

dalam hepi2.
tetap ada peristiwa sedih.
Cik Tumin..arwah cik Tumin..pergi menghadap Ilahi di hospital Kulai.
lewat tengah hari ,6.6.09 [ketika kami on the way ke K.Kangsar].
sama ngan birthday Agong n pak Din jugak.

arwah sangat rapat dengan keluarga kami.
boleh dikatakan akrab macam keluarga sendiri.
arwah semasa saya kecil selalu hantarkan saya ke sekolah.
ramah menegur kalau saya pulang cuti sekolah atau cuti semester.

di atas almari ada gambar mak, arwah cik Tumin, cik Zah dan abang Usop di tepi pantai.
itu masa arwah sihat.

kali terakhir saya lihat dia beberapa bulan lepas.
ketika dia masih larat keluar rumah, menyidai kain, bawak motor ke kedai,kadang bagi makan ayam.
sekarang [sebelum dia jatuh sakit], jarang benar lihat susuknya.
kata mak dia dah kurus, kecik, jalan pun melayang, pernah ditimpa motor yang besar tu.kasihan arwah..

cik Tumin,
semoga Allah merahmati cik dan menempatkan cik di kalangan orang yang bahagia di alam sana.

~tak sangka kami kehilangan jiran yang paling best.takkan ada lagi cik Tumin di tepi rumah, suaranya yang ramah menegur kami, kecohnya dia yang memberi ayam makan..sedih rasanya kehilangannya..takziah untuk seluruh keluarganya..terutama Aiza, sahabat saya yang sudah yatim..

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka