Thursday, June 4, 2009

tazkirah penyejuk hati...

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:

"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan."
[Riwayat Muslim]

bacaan lanjut;bolos link ini--->>> http://saifulislam.com/?p=5775

"Tidak wajar seorang mukmin akan disengat dua kali dari satu lubang (sarang binatang) yang sama."
[Hadith Muslim no. 2998]

bacaan lanjut; bolos link ini --->>> http://saifulislam.com/?p=5769

meneliti dua hadis di atas, buat saya jadi berfikir.
hati jadi tenang.
rasa ada sesuatu menjalar dalam hati.
ini yang saya cari.
dengan izinNYA jua.
dari banyak kata2 yang lahir dari mulut insan2 lain yang menasihati dan memujuk saya,inilah ayat yang saya jumpa paling memberi kesan dalam diri.
sekaligus buat saya rasa rendah diri.
mengaku kekhilafan diri.
semoga saya tidak mengulangi.
mencari penderitaan dan menangisinya.
sesungguhnya kasih sayangNYA lebih meluas...

dan secara automatik, saya mampu melepaskan segala yang tersorok dan tertusuk dlm hati ni.yang sebelum ni buat saya jadi berat membawa 'beban' hebat itu.
saya jadi seperti dapat berehat setelah lelah berjalan jauh dengan kudrat yang tersisa.

ini apa?
petanda pertolongan dan keringanan yang Tuhan berikan saya terima dengan rasa lega.
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

saya tahu takdir Tuhan takkan mengecewakan.
bahkan akan datang yang lebih baik sebagai ganti.

saya bukan emosi, tetapi sensitif.
emosi saya lahir dari sensitiviti saya yang sangat tinggi.
boleh jadi emosi yang terzahir tanda saya protect diri sendiri.
defensive action!

saya tak kuat.
saya tak mampu.
boleh jadi saya melindungi diri dengan cara begitu.
maaflah kepada sesiapa yang terasa dengan cara saya.

sekian..
semoga Allah merahmati hidup kita..ameennn...

4 comments:

  1. ala.. aku dah paham dah ni.. mesti pasal cintan jugak ni. dah tau da... xboring ker?? sebijik sama macam minah lagi satu tuh.

    cuba la citer psl mende lain. lol.

    ReplyDelete
  2. tak kisah la ko nak cakap ape fairul @ apai.
    aku pun tak kisah lagi dah..
    thanks sebab sudi eja apa yg aku tulis...
    tapi kalau kau pun nak baca hadis2 yang dapat tu g je kat link tu..
    mohsin yang rekemen aku baca blog tu..

    ReplyDelete
  3. QUOTE: rabiahtul: saya paling tak suka bila orang cakap "tak kisahlah" "up to you" "lantak kau lah"..itu maknanya dia dah tak care n tak mahu lagi jaga hati kita..

    nmpknye you broke your own advice, ckp "x kisah la".. hmm.

    ReplyDelete
  4. ye memang..
    sebab aku rasa dah penat.
    penat sangat nak layan semua ni..
    aku letih kerana selalu sangat menjaga hati orang..selalu sangat kena berhati2 menjaga..kisah pasal orang..
    akhirnya aku juga yang kena balik..

    ReplyDelete

apa-apa yang kamu suka