Thursday, October 29, 2009

pilihanku

there must be a reason, at least, why we do something?why like that not like this? and bla bla...

masa saya beli kereta dulu, dan saya beli kereta manual, saya kira ramai juga yang bertanya especially kawan2 lelaki dan orang2 lelaki.

jujur masa saya bercadang nak beli kereta dulu, saya hanya terfikir kereta manual saja.tak kiralah brand apa.saya tak tahu sebab spesifiknya apa.saya tak terfikir pun orang akan tanya "kenapa tak beli auto?","orang perempuan kan senang guna auto".saya tak terfikir pun apa masalahnya kalau saya beli manual.

masa saya ber'negotiation' di kedai kereta tu, saya tak pulak tengok yang jenis auto.tak tahulah fokus hanya pada manual.

pastu bila saya dah dapat kereta tu, mula2 memang seram.abang adalah orang pertama yang naik dengan saya.masuk2 kereta terus masuk highway kat kempas tu.bayangkan dengan lori keluar dari susur [dan pemandu lain tak tahu kalau awak yang bawak kereta tu adalah budak baru pas lesen].tambah pulak JB tak sama ngan KL.sikap pemandu jauh berbeza [ada teman pernah berkata lebih berani bawak kat KL dari JB & abang pun baru2 ni mengakuinya huhu].

lepas tu tak habis kat situ.kepercayaan mak abah, dan keluarga yang tak berapa yakin nak lepaskan saya bawak sendiri kereta ke KL.memang sedih masa tu.nangis,sebak dan lain2 perasaan.kata akak -"mak sayang kau". mengadu pada kak cik dan seorang kawan sampai nangis2 tak leh kuar suara.isk isk. nasib baik dorang bagi semangat.rasa nak merajuk tu memang ada tapi sabarkan diri jek.huhu.

setiap 2 minggu mesti balik kampung nak belajar biasakan diri dengan kereta tu.clutch dia yang tak senang nak control tu banyak kali buat saya jadi segan dan terus give up.huhu.dan banyak lagilah pengalaman mengendalikan buah hati saya tu.hehehe.segala onak ranjau duri kutempuh untuk bersamanya.

masa tengah susah hati berada dalam kesesakan dan berhenti di perbukitan, saya rasa jeles je kat kereta auto.hahaha.apa taknya saya hanya akan pilih jalan yang rata dan senang nak kawal clutch je untuk bawak kereta tu.teruk betul.yelah, kata kak cilin kalau tak yakin jangan bawak, jangan potong, jangan seberang,jangan lalu jalan tu.semuanya bergantung pada keyakinan.

tapi saya dah mulai positif.saya rasa ada banyak kelebihan memandu manual.semua masalah mengenai pemanduan tu boleh selesai dengan belajar dan practice.sama juga kalau bawak auto, kena biasakan diri juga.alah bisa tegal biasa.kan kan.:)

memandu manual dan auto ada pro-kontra dia.satu kita buat kerja, satu kereta buat kerja.

technically pulak dah tentu berbeza.lately saya ada baca artikel di akhbar mengenai penjagaan kereta auto berbanding manual.cuma tu la, auto memang memudahkan tapi sometimes manual ada kelebihan.

kalau kereta tu cc besar [nak nak kereta import], auto tu lebih relevan.sebab tu la agaknya kat sekolah memandu guna kereta cc kecil dan manual kan.lebih mudah dikawal.mungkin lebih pick up.clutch pendek.senang kawal minyak. kot laa..saya pun tak mahir sangat.hehehe.

tapi tak kisah.semuanya terpulang pada masing2.pilihan hati masing2 dan atas alasan masing2 kan.

saya rasa [setelah difikir2 mendalam] ada beberapa sebab kenapa saya guna kereta manual:

1) di suggest oleh kak cik [berdasarkan pengalamannya sebagai guru memandu tak bertauliah dan penasihat kehidupan saya hehehe]

2) rasanya abah pun akan challenge saya beli manual [tapi bila tengok kepayahan dan kecuakan saya abah saja lak tanya "kenapa tak beli auto kan senang.tapi takpelah manual bagus juga"..hai abah..huhu]

3) saya nak belajar.takut lupa.penat2 belajar pusing2 kat sekolah memandu, at least saya practice dan terus apply.saya taknak lupa.kalau boleh biar tahu memandu dua2 jenis.senang.dan azah beri jawapan yang sama kepada saya kenapa dia pun beli manual.buat saya rasa tak salah pilih yang ini. :) [sebab yang ini saya rasa betul2 dan saya baru perolehinya walaupun dah lama fikirkan]

4) plus, kereta dalam family saya semuanya manual [rasanya tak de satu pun auto huhu..camano den nak buek haa? ;p]

5) dan saya rasa kereta auto semua orang boleh bawak. [yeke? cuma perlukan masa untuk adjusting dan biasakan diri kot.huhu]

6) alasan yang tak tau boleh pakai ke tak tapi pertukaran gear secara manual memandu kita untuk 'race' [alah potong memotong the series ;p]. yeke? huhu.ye kot untuk yang terer memandu.saya ni beginner lagik.

~dan saya tak de rasa nak tanya [kias2 tu mungkinlah ada hehehe] kat orang lelaki soalan - " kenapa kau guna auto?" sebab semua orang punya alasan kenapa dia nak guna yang itu bukan yang ini.full stop. ~ :)

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka