Thursday, January 29, 2009

suffering+nightmare=?

tidak!!!dia sudah datang lagi.satu lagi penderitaan datang dengan suara yang garau dan parau.sangat gempita.apakah ia?aku memang tak mengerti.aku tak dapat melihat ia.aku tak dapat mengagak.tapi aku hanya dapat merasakan ia adalah suatu penderitaan baru.datang mencengkamku.menghimpitku.menyesakkan.inikah yang aku dapat?aku semakin cuak bila bunyi gemuruh bak genderang itu menghampiri.tapi aku sangat pasti ia memang untukku.ia memang akan datang.ia memang akan menyerang!aku kena hadapinya juga.by hook or by crook.

"excuse me, ini adalah assessment.kamu kena juga hadapinya.ini adalah projek terbaru untuk kamu.penilaian individu.jadi bersiap sedialah ya"-dengan selamba si pembawa derita menyampaikan kepadaku.
aku hanya 'tersenyum' tanda aku 'bahagia' dan sangat berterima kasih.dengan ini diistiharkan sesungguhnya benda ini adalah WAJIB tanpa sebarang bantahan.ada faham!


~akhirnya aku akur sekali lagi.aku tunduk.aku menerima segalanya dengan mengharapkan kebaikan di hujung cerita ini.happy ending hopefully.ok!

Wednesday, January 28, 2009

issues for today!

Aku bawakan 3 isu untuk diketengahkan dan dikotak-katikkan:

1) slip gaji di'bawa lari' ke sri gading

2) micro-C = penderitaan^8!!!
3) bioinstrumen = a nightmare!

issue #1
pagi-pagi lagi mood dah spoil sebab hari ni didatangi dengan berita yang bukanlah menggembirakan hati ( malah tambah 'perasa' pada kesedihan yang sudah ada di hati ini). padahal harapan untuk melihat sendiri slip yang pertama itu berada pada level tertinggi.nak tahu flow gaji tu sehingga mendapat duit bersih saja.pastu memang nak sangat slip tu untuk proceed satu2nya urusan yang diidamkan sejak jadi pekerja ni (yang ni rahsia sehingga menjadi confirm!).what to do.nampak gaya kena menapak bangunan 26 tingkat di Jalan Raja Laut tu sekali lagi untuk dapatkan kertas penting tu!sabarkanlah hati ini...

issue #2
ter'senyum' lagi...'bahagia'nya belajar topic ini pada pagi yang spoil ini.penderitaanku bertambah lagi pada level oktal (kuasa 8), tunggu masa mencecah tahap giga!aku berharap kepalaku boleh process laju seperti micro-C tetapi aku rasa jammed pada compiler saja.belum lagi nak upload,run dan melihat display resultnya.so aku tak tahu program itu berjalan atau tidak.oh my!! aku sangat menderita..bolehkah aku bahagia dengan benda alah micro ini sedangkan yang bersaiz bapak tera pun belum tentu aku boleh faham.aku semakin tense!aku semakin gelisah.kepanasan.kehampaan.hatiku meronta2!eh kenapa?nak marah ke?tidak!aku tak berasa nak marah.aku hanya mampu tersenyum lebar saja pada zahirnya.buat2 faham saja.sebab kata lecturer ku itu -"buat2 faham,buat2 nampak"-itulah petua belajar micro-C yang sangat 'micro' ini.tapi aku dah rasa 'interrupt'ed pula.distraction!secara conclusionnya utk lebih cemerlang dlm belajar benda ni adalah "belajar untuk melupakan.tolong jangan ingat!"-lecturer ku itu berkata lagi.lama2 nanti kamu akan faham dan mengerti ke'simple'an topic ini.sekian.

issue #3
nightmare maknanya mimpi yang ngeri.mimpi yang anda tidak impi2kan pun untuk melihatnya ketika sleep mode REM.ketika roh kita sedang 'berjalan2' dan 'terbang' dengan bahagianya.singgah di tempat2 yang tak wujud pun dalam realiti.oh,tetapi aku sedang dihantui nightmare itu.projek 'mega' bioinstrumen membuat hatiku sentiasa berdebar2.jantungku berdegup kencang.processorku cuba mengejar speed terbaik.semuanya kerana projek itu.sungguh aku sangat memberatkan ia.sebab itu adalah petanda/indicator ku untuk topic ini.sebenarnya aku lebih cuak dengan viva projek itu.aku bimbang mulutku berkata yang tidak berkaitan atau pun terus silent atau pun terus salah fakta (nampak sangat memang kantoi tak faham kan).mintak dijauhkan!aku kena bangun sekarang jika aku tak mahu nightmare itu.aku kena sedar.awake!tapi aku juga tak mahu tidur dalam ketakutan.semoga malam2 ku indah selepas selesai projek 'mega' dan 'giga' itu!insyaAllah...

perubahan meniti usia

ini cerita seorang 'orang baru' dalam keluarga kami. namanya nur aimie husna mohamad hidir.husna kami lahir pada 28 Disember 2008/29 Zulhijjah 1429H.dia tak mahu tunggu tahun baru.dia lahir pada hari terakhir tahun hijrah an tiga hari lagi nak masuk tahun baru masihi.
umur: 1-2 hari dalam disember 2008

umur: 29 hari dalam januari 2009



husna lahir kat hospital sultan ismail, JB (tempat mak dia keje).dia lahir pagi hari ahad dan keluar wad petang ahad tu juga.aku,kak long,kak cik,umai,syira,irfan datang melawat dia dengan kak wani (mak dia) pada hari tu.terus kitorang 'kowtim' ngan nurse utk bawak dia kuar hari tu jugak.sebab mak abah dah tak sabar nak tengok muka dia (sebenarnya kami tak puas tengok dia sekejap kat hospital tu jadi kalau bawak balik rumah lama sikit boleh bersama kan hehehe).
entry ini hanya untuk husna dan kehidupan 'baru'nya.dulu dia duk lama dalam perut mak dia dengan pulasnya dia boleh tidur lena.bila dia lahir dia asyik mahu dipeluk,didakap dengan sedapnya.dia akan menangis bila diletakkan di atas comforternya.dia mahu dipeluk selalu.aku suka peluk dia yang 'sedap2' itu.husna tak ingat ke dia sudah berada di luar uterus mamanya?dia masih mahu sentiasa dipeluk supaya lena tidurnya.pulasnya dia.tapi takpe sebab ramai makcik2nya boleh dodoikan dia dalam pelukan.
itu semua sebulan yang lalu.sekarang husna sudah berada di kelantan.jadi gambarnya yang lattest kami tengok dari MMS saja.itulah dia 29 hari.sekarang dia nampak lebih comel.dia dah buka mata dengan bulatnya.dia memang husna kami yang cantik!

~bila husna nak balik Johor ni?kami semua mahu memeluknya lagi.=)

Sunday, January 25, 2009

#2 bubur kacang merah

satu lagi manisan yang sedap.aku suka kacang merah.aku suka bubur kacang.masa kecik2 selalu minta emak buatkan.bila dah besar dah duk jauh kena belajar buat sendiri.tapi selalu juga cari kat pasar malam terutama masa bulan puasa.huhu.tapi bila dah tahu rupa2nya mudah jugak dan ada caranya.
cara konvesional:
-rebus kacang merah.
-didihkan santan
-masukkan kacang merah
-taruh gula (tak kesah gula pasir or gula merah or gula melaka)
-kacau sampai masak
-hidang dah boleh makan
cara moden kotemporari:
-g pasar raya (eg: Giant,KidMart, kedai rundit bese pun ada rasanya, etc.)
-cari peket sedia ada tertulis "Bubur Kacang Merah"-instant cook punya.
-bawak balik and ikut instruction kat label dia.
-sama ada anda panaskan dalam air didih atau panaskan guna microwave.terletak di tangan anda!
-selamat mencuba!
=)

#1 puding buah @ cocktail pudding

emak suruh pergi kedai beli agar2 sebab emak nak buat lengkong nak kasi kenduri rumah cik ani (jiran tetangga rumah di bawah bukit).eh,agar2?macam menarik.agar sejenis puding jugak.hari tu masa kenduri rumah sendiri,dah makan puding buah.housemate yang bikin.emm..apa kata kali ni mari kita bikin puding buah di dapur rumah emak sendiri.heheh.mesti best!

bahan2 mesti ada:
1) susu cair sejat F&N
2) tepung kastad jenama birdkastad.
3) cocktail (buah campuran dalam tin)
4) buah laici (dalam tin jugak)
5) sumi (agar2 bentuk kon kecik2 tu)
6) nata de coco (adik aku cadangkan untuk tambah ramuan)

cara2 nak bikin:
kastad
-aku cuma follow instruction pada label bungkusan saja.contoh macam 2 cawan tepung +1-2 cawan susu sejat.aku tambahkan sedikit gula.dan air dalam beberapa cawan.petua nak bagi tekstur halus dan sedap,kena kacau saja di atas api yang kecil.sampai dia jadi likat.korang pernah kacau cendol tak?mengikut experience emak aku, kena kacau macam tu laa sampailah ia mendidih dan masak.so nanti korang akan dapat tekstur yang halus.rasa pun sedap je lalu kat tekak nanti.try test ar. (ok bahagian tu aku dah settle kan).siap masak letak kat dlm loyang ke bekas ke and sejukkan.
kuah dia
-campurkan saja susu sejat and buah campuran tu.tambahkan segala bahan2 lain yang korang rasa nak letak.asal saja korang makan,jangan membazir pulak.macam aku suka letak laici sebab laici best.hehehe.it's up to u sama ada nak panaskan jugak susu tu atau tak.depends.rasa dulu.try dulu,tiap orang mesti taste dia lain2 kan.tapi benda ni simple sangat.semua orang boleh cuba!lastly macam bese sejukkan(puding ni kalau tak sejuk tak sedap maaa).

cara makan:
-amik mangkuk
-isi puding kastad
-tuangkan kuah susu + buah tu.
-tambahkan ketulan ais utk lebih sedap
then makan!
yummmyyyy!!! =)

Friday, January 23, 2009

obsesi + fanatik

kelmarin (setelah di'bawa berjalan-jalan' ke Giant-dengan aku yang malas2 + penin2 + penat), aku telah (tanpa dipaksa) mengambil keluar suatu novel comel dari rak buku dan kubawa ke kaunter utk pembayaran.rm16.50.aku sekadar mengeluarkan kepingan not rm10 x 2.beres.aku tak mahu lama2 di kedai itu.aku takut aku akan beli satu kedai pulak nanti.aku sangat obses.aku sangat fanatik.dengan buku cerita.dengan penulisan yang luar biasa.dengan susunan idea yang luar alam.



sebuah karya Pingu Toha -"L.U.V.E" membuatkan aku tersenyum dan ketawa sorang2.bukan sebab aku koya.high atau apa.bukan sebab fius putus atau wire short kat mana2.tapi ia suatu rasa.aku suka dengan bahasa dan susunannya.santai.seronok aku mengeja dari bait ke bait.dan ideanya aku sangat kagum.ada ilmu2 dan frasa menarik yang terselit sama.aku sudah membaca sipnosisnya dari emel yang dihantar oleh JS.aku cuma jarang ke kedai buku.sebab aku tak punya masa.sebab 2 bulan lepas aku tak punya gaji lagi.sebab aku tak suka menapak dari satu kedai ke satu kedai atau istilah mudah-shopping.aku akan keluar bila aku rasa aku mahu keluar dan ada list utk aku cari.tapi bila aku dah keluar dan aku pantang bertemu dengan kedai buku.aku teruja bila jumpa MPH,Kinokuniya,Popular,Pustaka Mukmin dan banyak lagi deretan kedai buku kat negara ni.asal aku nampak rak buku je aku akan singgah untuk melihat.menelek.paling kurang membelek.menyimpan angan2 untuk beli bila tiada peruntukan.huhu.tapi asal saja aku mahu aku akan cuba utk dapatkan.mcm cabaran teh tarik pula.hehehe.


~untuk karya ni aku sangat suka.aku sangat gembira.aku puas hati membelinya.terima kasih sebab bagi aku duduk sambil tersenyum dan rasa bahagia membaca.=)

Thursday, January 22, 2009

..menderitanya aku...

penderitaan mulai datang.mencengkam aku dengan kejam.sakitnya.sesaknya.sempitnya.aku belum mahu mati dengan segala yang tidak membahagiakan.aku mahu jadi kuat.aku mahu hadapinya dengan pengakhiran yang menyenangkan hatiku.semoga Tuhan memberikan aku ruang dan kekuatan untuk terus menyempurnakan amanah ini.ameennn...


~bila kita ditimpa ujian,itulah suatu tarbiyah dariNYA.sedang DIA menyayangi kita dan mahu kita sentiasa merindui dan mengingatiNYA dengan sepenuh hati.bergantung dan berharap padaNYA dengan segala yang ada.bahawa sesungguhnya kita kerdil dan hamba pula.

Wednesday, January 21, 2009

untuk menjadi lebih menarik...

Teaching skills ada banyak cara.hari aku belajar lagi satu cara (walaupun bukan secara formal dari kelas andragogi)iaitu menyusun analogi untuk dikaitkan dengan lesson tu.silalah fikirkan contoh yang mudah difahami seperti yang biasa berlaku dalam kehidupan kita.sebab dari analogi tu kita lebih mudah faham.selalunya kita letakkan analogi pada perkara yang susah utk dibayangkan dari segi logik dan saintifiknya.contoh macam hari ini aku belajar microcontroller dan segala bagai yang pada aku tersangat laa nak buat aku muntah hijau sebab pening tahap kronik dengan benda alah tu.tetapi atas pengalaman lecturer yang sangat bijak bermain dengan situasi-takde-orang-yang suka-atau-fall-in-love-at-the-first-sight-dengan-microcontroller ni maka dia telah mengaitkan dengan analogi yang realiti dalam hidup kita.menggunakan bahasa basah dan senang nak faham.that's good and aku rasa boleh apply nanti.lagipun kita semua pernah belajar komsas masa sekolah menengah dulu kan jadi kita tak banyak pun mesti reti ar memaknakan apa itu metafora,analogi,frasa dan apa saja kaitan dengan bahasa melayu kita.sesungguhnya aku sangat mencintai bahasa melayu yang sangat indah itu.jadi aku rasa sains pun boleh kalau kita nak gunapakai bahasa sastera di dalamnya.hehehe.mesti tambah putar alam lagi ni..then tadi aku belajar pasal watchdog timer.dan aku sure kita dah boleh bayangkan apa menda tu sebab ada perkataan 'dog'.idea dia datang dari situ laa..menarikkan??

teringat masa belajar kat matrik dulu.seorang lecturer biologi mengaitkan pusingan bola dengan kitar kreb kalau tak salah aku.sampai dia kata kalau nak belajar pun masa main bola kita boleh ingat kitar tu..memang boleh pakai benda ni masa nak ajar nanti.that's how science grows.semuanya dari hidup kita,baru tercetus idea tu.so kita sebenarnya banyak pilihan utk memudahkan cara.dalam islam sendiri,ajarannya banyak memudahkan kita sebab islam itu memudahkan.cuma kita kena faham, apply dan istiqamah.insyaAllah..ok..sampai sini..

~memikirkan tentang suatu yang positif dari sebab dan musabab suatu kejadian utk pedoman hidup..

Tuesday, January 20, 2009

...sedang menjadi serius..

hari ini aku ingin bercakap tentang serius.oh tidak rasanya kematangan dan menjadi dewasa.masih boleh nak gelak2 dan boleh nak lepak2.tetapi menjadi 'besar' dari dalam.

pertamanya tentang apa yang berlaku di sekeliling.manusia hidup dengan perubahan di sekeliling (side effect) plus faktor biologi (semulajadi).semalam aku baca novel terbaru "Kebun Mimpi"-yang aku tau dari online-yang aku suka sangat dan teruja utk baca.aku ingin kenal siapa itu rnysa (yang novel terdahulunya aku gagal dapatkan sampai sekarang ni) dan aku mulai kenal syud dengan ending cerita dia yang sweet.kak noor tak payah cerita sebab ceritanya semua sedap2 macam makan makanan feberet saja.aku bukan nak cerita pasal novel ni atau nak bagi sipnosis di sini.tapi aku mengaku (walaupun sepatutnya dah lama dulu aku sedar) bahawa dengan membaca kita boleh kenal diri kita.selalunya cerita tak lari dari realiti, tak jauh dari sifat fitrah manusia waima watak kita bukanlah ada dlm mana2 scene cerita tu kan.tapi generally kita sebenarnya ada sedikit2 berkait.from that aku belajar banyak even aku tak facing secara betul2 kan.walaupun orang kata novel macam cerita budak2 mcam mimpi2 je tapi sebenarnya dari novel kita boleh menilai penulisan dan banyak lagi sentimen yang berharga utk diri kita.boleh kira bape orang -yang kalau diberi buku teks ilmiah dengan novel- memilih utk membaca buku tebal tu.selalunya kita dengar "kan bagus kalau buku teks tu macam novel".see! novel lebih seronok dibaca kan.hehehe.so aku macam dah bertekad saja nak beli novel by month hahaha.sebab bulan ni aku dah dapat "Kebun Mimpi" dan harry Potter (utk Aliff) so bulan depan or seterusnya saja aku tambah lagi.

keduanya,hal sekeliling dengan kedewasaan.semua ni aku rasa bergantung pada diri sendiri dan sedikit pengaruh dari luar.contoh kita belajar bagaimana nak kawal emosi,nak kawal perasaan dan even kita menjadi orang yang peka dan boleh rasa perasaan orang especially bila kita tersilap membuat langkah dan melukai orang.kita mesti rasa gembira bila kita berjaya gembirakan orang.hakikatnya gembira +sedih mesti bersatu barulah dinamakan hati dan jiwa seorang insan.barulah ada perencah dalam kehidupan.tambah dengan hal2 lain yang terjadi sendiri tanpa ada orang lain yang terlibat sebab itu semua adalah 'jalan' yang kita kena lalu.kena belajar utk lalu situ.melainkan kita ni luar biasa ada power boleh 'lompat jauh' or 'terbang' dan landing di tempat yang selamat. tapi mana ada hidup yang begitu senang dan bahagia kan.fikir2kanlah.muhasabah barang sejenak. ok.

Saturday, January 17, 2009

~gombak-kuala lumpur-pantai dalam-sri damansara~

Gombak, 301 BMI,
~setelah di ‘gula2kan’ (aku suka makan gula2) oleh housemate,aku stay lagi 1 malam.bermakna aku tak jadi ke pantai dalam pada petang tu.aku tak kisah.sebab esok hari jumaat dan meraikan cuti takde air.aku ingin ke HQ menguruskan urusan yang hanya boleh selesai pada hari bekerja saja.dan sejak aku berpindah ke sini aku kira itu adalah peluang baik bak menjumpa harta dan emas di tengah padang pasir saja.lagi pun housemate aku offer untuk pergi bersama jadi apa salahnya kalau aku bergerak dari gombak.masalah air tolak tepi.kami ke masjid taman melawati.tumpang guna air sedikit dan solat maghrib terus.alhamdulillah.aku memang merindukan saat menjadi makmum.usai urusan,kami singgah mengisi perut di kedai nasi ayam hainan.duduk kat rumah layan tv.hai takde kerja nak dibuat.esok kan takde kelas.kerja2 rasanya telah dibereskan.layan drama korea~3 daddy n one mum~cerita yang sangat kiut sebab baby tu memang kiut and daddy dia pun kiut.lagi2 mong ryong yang berlakon.suka2!!tengok pulak gadis melayu tv9~memang cantik maa.husna yang feberet tu kecundang pulak aiseh…

Kuala Lumpur,HQ Jalan Raja Laut
~bila masuk HQ segala urusan rasmi harus didahulukan.naik turun lif je kejenya.hahaha.sebab dah lama tak datang HQ,and sebab dah biasa dengan lif kat BMI yang ada bunyi loceng setiap kali sampai tingkat yang kita nak pergi tu,aku jadi tercari-cari button tutup pintu lif.dan lupa nak keluar sebab bunyi suara perempuan ganti loceng.adoilah.memang kes berat ni.hehe.agak lewat petang jugaklah selesai.
~ting!!!(lampu di atas kepala dah menyala tanda idea best datang laa tu).aku tiba2 rasa macam nak nikmati petang yang bahagia itu dengan menyusuri jalan TAR,singgah di mydin,lewati masjid jamek dan terus ke lrt stesen.aku tak tau nape aku jadi berani berjalan sorang2 di tengah2 kota tu.sebab rabia yang dulu bukan macam ni.entahlah.aku mulai perasan tentang kedewasaan yang bertambah ni.aku jadi yakin pada diri.bukan sebab jalan tu aku sering lalu (route aku pergi balik kerja masa kat HQ dulu),bukan sebab aku gila sangat nak bershopping gaya tak ingat punya,bukan,bukan sebab apa2.aku tiba2 jadi berani,rasa sangat secure pada petang itu utk jalan sorang2 (padahal aku bukanlah berani bila ramainya orang di kawasan macam tu).mungkin sebab aku mulai belajar.aku belajar utk berdikari.aku perasan sejak aku mula bekerja,sejak aku duduk di kg baru,sejak aku belajar naik bas, aku peroleh sesuatu dalam diri.sekarang ni.aku lebih senang mencari dan menunggu bas dengan nombor tertentu dari menumpangi LRT.(walhal dulu aku pernah gagau sampai nak nanges sebab lrt rosak ketika aku baru sampai ke kL.cane aku nak balik ke UM?aku mana tau naik bas.akhirnya aku naik bas juga).aku rasa tu la hikmahnya.alhamdulillah.bukan saja2 Tuhan nak jadikan sesuatu tu kan.kedai pertama yang aku singgah adalah pustaka mukmin.hmmm aku sempat jumpa buku yang pernah aku inginkan dalam online~ “Kebun Mimpi”.Puas hati!kemudian singgah di mydin membelikan aliff sesuatu.esok nak jumpa dia.kesian pula kalau tak bawak apa2 nanti.

Pantai Dalam
~inilah tempatnya.aku sering kunjungi saban minggu kalau tak ada aktiviti di gombak.ataupun ada urusan di KL.selalunya kalau nak balik ke kampong, aku akan transit di sini.dekat dengan UM senang kalau tiba2 nak jumpa balik member lama satu uni dulu.dan aku rasa travel lebih mudah bila di tengah kawasan tumpuan.utk aku yang tak punya transport ni, pengankutan awam mudah didapati kat sini.bekerja membuat aku banyak berjalan,dan banyak mengenal tempat.jauh beza masa aku belajar dulu.yang aku tau buat pusingan dalam UM saja.hehehe.

Sri Damansara

~ sebenarnya ini adalah antara point utama (selain untuk melawat aliff) kenapa aku ke KL pada hujung minggu ni-house warming di rumah seorang teman uni ku.dah dua kali aku ke rumahnya sebelum ni (kiranya ni house warming utk aku kali ke tiga laa ni hehehe).hari tu jugak sesi test drive dijalankan antara Satria neo dan Toyota vios.hahaha.tentulah vios lebih mengkagumkan sebab dia vios (kereta idamanku) dan dia outo (tak payah sakit kaki nak jaga clutch n minyak).
~bukan tu sebenarnya aku nak cerita tapi lebih kepada kisah sorang teman yg turut hadir.ntah kenapa hari tu kitorang macam dah sepakat je nak ‘kenakan’ dia.sebab dah selalu sangat kami kena dengan dia.tak tahu kenapa hari ni dia pulak hadi mangsa dan tiba2 dia merajuk.yang peliknya dia tak mahu join kami ambil gambar walhal dialah orangnya yang beria-ia akan cuba menyelit tiap kali sesi bergambar.huhu.dia benar2 berjauh hati.aku terpfikir apakah aku paling menyakiti hatinya,rasanya teman2 yang lain lagilah pedas me’clorox’ dia kan.maafkanlah aku.kami semua sekadar bergurau je.dan benda2 tu sebenarnya biasa saja pada dia pada kami.takpe tunggu sehari dua ni mesti ada entry baru dalam blog dia tentang hal ni.semoga hatinya sejuk dan tak marahkan kami lagi.susahlah kalau macam ni.nanti sape lagi kami nak sakat kan.huhuhu.

~enjoy dengan life..nikmati ..hargai..jangan lupa menambah nilai diri menjadi yang lebih baik dari sebelumnya..insyaAllah..~

Thursday, January 15, 2009

..sekali dia datang la plak..

Dalam kelas Bio-instrumen,11.45 am,Lab208.
~kami belajar lagi pasal amplifier dan segala bagai dari jenisnya.pastu derive gain,tengok Vout, Vin dan segala perintang.mengenal Golden Rules.bla bla..apa yang aku suka kelas ni sebab lecturernya sangatlah sempoi petala ke lapan. dengan idea dia tahap giga. tapi best ar. enjoy je la.walau aku kalau bab2 elektronik ni boleh kata tahap beginner tapi aku rasa aku boleh cope. lama2 kat sini kira dah masyuk ar dgn segala komponen and circuit bagai tu.

Dan tagline kita pada hari inin ya adik2 adalah:
"hidup ini umpama tarik tali,bila salah satu tarik kuat satu pihak lagi kena lepaskan,barulah hidup ini aman..".
betul!dan aku terfikir lagi.tak dinafikan dalam dunia ni mana ada manusia yang tak pentingkan diri.tak banyak mesti ada sikit,secuit pun jadi la.so dalam tarik tali ni supaya tali tak putus dan kita tak bergaduh kena ada yang mengalah (bukan beerti kalah).hari ni side sini menang,esok pula side lagi satu.ha macam tu la adanya.cerita tarik tali ni tercetus gara2 bekalan air tak de sebab lori minyak terbalik kat lebuh raya karak dan untuk mengelakkan kacau bilau di kampus ni, maka cuti diumumkan.lecturer -yang anti-klimak-kami ni menyoal sambil mendongak ke atas menunjukkan muka hairan "apa kaitan lori terbalik dengan takde air?".hahaha.sah2 dia tak tengok berita tv.lepas kami explain dia berkata "mungkin saya terminum air campur minyak kot"..kelas ni memang happening.selalu gelak2.seorang teman mengaku bahawa dia gelak bukan sebab dia faham cerita sangat tapi bile lecturer tu gelak and sorang kawan kami-yang kepala controller campur gadget sama bijak macam lecturer tu- ikut gelak.dua orang ni cukup nak buat kelas tu gegak gempita dengan gelak tak ingat punya.memang layannn ar.kelas ni walaupun agak susah tapi dengan environment yang macam ni buat perjalanan tu jadi agak lancar.alhamdulillah. =)
so kelas pada petang ini ditangguhkan sehingga minggu depan.see.air menyebabkan banyak keputusan logik dibuat on the spot.aku mengambil keputusan untuk keluar dari gombak dan mencari penginapan utk hujung minggu ni.mesti ada air untuk hidup.ingat boleh lepak2 kat rumah je tapi dengan takde air macam ni aku berfikir utk kali keberapa entah.nasib baik la ada gak member2 yang mempunyai kediaman di KL so bolehlah kiranya diri ini menumpang berteduh.Semoga masalah air ni dapat selesai dengan cepat.

~bayangkan..baru masalah air kita dah gelabah (sampai dapat cuti)..macam mana laa palestin yang dari dulu dulu dulu (zaman lampau dulu) dah kena serang dengan laknatullah israel yahudi tu..astaghfirullah..

apa ke hal?

Cerita nak highlight hari ini:
#1 Good news
#2 Debating on fact
#3 Gombak tak de air utk 3-4 hari~cane ni?rasa sgt tak suka!!
#4 Makin seronok belajar elektronik n digital

~semua cerita tu aku hadapi. aku kategorikan dengan pelbagai rasa. ada manis,masam,pahit,payau,tawar etc. semua tu aku bukukan dengan rasa yanga ku adunkan supaya ia menjadi 'kek' paling sedap dalam hidup aku untuk tempoh ni.life is like that.like rollercoaster.up and down.ya'know we have to live with the fullest.don't ever regret coz it always good after all.insyaAllah...

Monday, January 12, 2009

salahkah aku?

Minggu ni tiba2 rasa segan.Padahal dari minggu lepas lagi dah rasa segan. Tapi what to do? Kena juga hadapinya..Dua hari lepas balik dari gathering makan2 (majlis kesyukuran dapat gaji), jalan kaki saja. Jauhnya tak yah cerita, tapi bila dah sampai rumah macam tak percaya aku jalan kaki sejauh itu. Nun di seberang hutan sana aku turun dari bas. Singgah kedai runcit,beli barang basah sebab mesti tak ada apa boleh dimakan di rumah nanti jadi kena masak dulu (alahai tiba2 jadi budak rajin masuk dapur hakikinya rabia tak lah kenal sangat bawang dan halia huhu). Jalan kaki sorang2, buat rileks saja. Sampai di gate, disapa pakcik guard.

PG: nak kemana?
R:balik rumah pakcik.Staff.
PG:aik nape tak naik kete?
~masa tu rasa dah merah muka..
R:saya takde kereta, kawan2 lain balik kampung. Jalan kaki pergi kedai ni.
PG:oh..kampung kat mana?
~tak habis lagi rupanya..
R:kat johor
PG:oh yela..

~aku tertanya2 sebagai pejalan kaki yang menghuni kawasan ni apakah aku juga perlu memakai sticker di badan utk lepas setiap kali melewati gate? alhamdulillah, hari ni masalah kami didengari dan esok kad ID akan dibuat selepas ambil gambar nanti.sekarang ni, susah nak beza ko student ka ko staff ka ko trainer ka..naseblah...uwaaa..nak cepat2 habis, nak balik johor!!

Wednesday, January 7, 2009

~menunggu dengan sabar~

Fasa kedua~lagi seminggu!!! Banyak benda baru yang aku belajar. Tak sabar nak habis. Dulu tak pernah expect pun dapat belajar banyak software yg dulu cuma dengar2 nama, n kawan2 guna utk buat tesis sebab rasa cuak bila tahu menda tu macam susah gila nak buat. But then now aku disuruh guna sebab apa ke hal kalau cikgu tak tahu guna, cane nak ajar kat budak2 nanti kan. Hahaha. Pastu, aku mengakulah advantage bagi aku sebab didedahkan dengan hands on sebab dulu aku memanglah tak reti menda2 praktikal ni. Dalam kepala otak aku cuma penuh dengan theory yg gila bagai banyak nye tu just for sitting the exam maaa. Alhamdulillah sekarang peluang tu diberikan buatku utk meneruskan bidang yang suatu waktu dulu aku tak pernah terfikir akan involve pon. Nikmatnya.Hikmatnya.Terima kasih Tuhan. =)

~menarilah dan terus tertawa...lalalala~

Friday, January 2, 2009

~akhir december itu~


tahun lepas aku lepaskan..
mengharapkan tahun ini lebih membahagiakan
agar kenangan tahun ini
boleh kubawa ke tahun hadapan...