Teaching skills ada banyak cara.hari aku belajar lagi satu cara (walaupun bukan secara formal dari kelas andragogi)iaitu menyusun analogi untuk dikaitkan dengan lesson tu.silalah fikirkan contoh yang mudah difahami seperti yang biasa berlaku dalam kehidupan kita.sebab dari analogi tu kita lebih mudah faham.selalunya kita letakkan analogi pada perkara yang susah utk dibayangkan dari segi logik dan saintifiknya.contoh macam hari ini aku belajar microcontroller dan segala bagai yang pada aku tersangat laa nak buat aku muntah hijau sebab pening tahap kronik dengan benda alah tu.tetapi atas pengalaman lecturer yang sangat bijak bermain dengan situasi-takde-orang-yang suka-atau-fall-in-love-at-the-first-sight-dengan-microcontroller ni maka dia telah mengaitkan dengan analogi yang realiti dalam hidup kita.menggunakan bahasa basah dan senang nak faham.that's good and aku rasa boleh apply nanti.lagipun kita semua pernah belajar komsas masa sekolah menengah dulu kan jadi kita tak banyak pun mesti reti ar memaknakan apa itu metafora,analogi,frasa dan apa saja kaitan dengan bahasa melayu kita.sesungguhnya aku sangat mencintai bahasa melayu yang sangat indah itu.jadi aku rasa sains pun boleh kalau kita nak gunapakai bahasa sastera di dalamnya.hehehe.mesti tambah putar alam lagi ni..then tadi aku belajar pasal watchdog timer.dan aku sure kita dah boleh bayangkan apa menda tu sebab ada perkataan 'dog'.idea dia datang dari situ laa..menarikkan??
teringat masa belajar kat matrik dulu.seorang lecturer biologi mengaitkan pusingan bola dengan kitar kreb kalau tak salah aku.sampai dia kata kalau nak belajar pun masa main bola kita boleh ingat kitar tu..memang boleh pakai benda ni masa nak ajar nanti.that's how science grows.semuanya dari hidup kita,baru tercetus idea tu.so kita sebenarnya banyak pilihan utk memudahkan cara.dalam islam sendiri,ajarannya banyak memudahkan kita sebab islam itu memudahkan.cuma kita kena faham, apply dan istiqamah.insyaAllah..ok..sampai sini..
~memikirkan tentang suatu yang positif dari sebab dan musabab suatu kejadian utk pedoman hidup..
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka