Thursday, January 15, 2009

..sekali dia datang la plak..

Dalam kelas Bio-instrumen,11.45 am,Lab208.
~kami belajar lagi pasal amplifier dan segala bagai dari jenisnya.pastu derive gain,tengok Vout, Vin dan segala perintang.mengenal Golden Rules.bla bla..apa yang aku suka kelas ni sebab lecturernya sangatlah sempoi petala ke lapan. dengan idea dia tahap giga. tapi best ar. enjoy je la.walau aku kalau bab2 elektronik ni boleh kata tahap beginner tapi aku rasa aku boleh cope. lama2 kat sini kira dah masyuk ar dgn segala komponen and circuit bagai tu.

Dan tagline kita pada hari inin ya adik2 adalah:
"hidup ini umpama tarik tali,bila salah satu tarik kuat satu pihak lagi kena lepaskan,barulah hidup ini aman..".
betul!dan aku terfikir lagi.tak dinafikan dalam dunia ni mana ada manusia yang tak pentingkan diri.tak banyak mesti ada sikit,secuit pun jadi la.so dalam tarik tali ni supaya tali tak putus dan kita tak bergaduh kena ada yang mengalah (bukan beerti kalah).hari ni side sini menang,esok pula side lagi satu.ha macam tu la adanya.cerita tarik tali ni tercetus gara2 bekalan air tak de sebab lori minyak terbalik kat lebuh raya karak dan untuk mengelakkan kacau bilau di kampus ni, maka cuti diumumkan.lecturer -yang anti-klimak-kami ni menyoal sambil mendongak ke atas menunjukkan muka hairan "apa kaitan lori terbalik dengan takde air?".hahaha.sah2 dia tak tengok berita tv.lepas kami explain dia berkata "mungkin saya terminum air campur minyak kot"..kelas ni memang happening.selalu gelak2.seorang teman mengaku bahawa dia gelak bukan sebab dia faham cerita sangat tapi bile lecturer tu gelak and sorang kawan kami-yang kepala controller campur gadget sama bijak macam lecturer tu- ikut gelak.dua orang ni cukup nak buat kelas tu gegak gempita dengan gelak tak ingat punya.memang layannn ar.kelas ni walaupun agak susah tapi dengan environment yang macam ni buat perjalanan tu jadi agak lancar.alhamdulillah. =)
so kelas pada petang ini ditangguhkan sehingga minggu depan.see.air menyebabkan banyak keputusan logik dibuat on the spot.aku mengambil keputusan untuk keluar dari gombak dan mencari penginapan utk hujung minggu ni.mesti ada air untuk hidup.ingat boleh lepak2 kat rumah je tapi dengan takde air macam ni aku berfikir utk kali keberapa entah.nasib baik la ada gak member2 yang mempunyai kediaman di KL so bolehlah kiranya diri ini menumpang berteduh.Semoga masalah air ni dapat selesai dengan cepat.

~bayangkan..baru masalah air kita dah gelabah (sampai dapat cuti)..macam mana laa palestin yang dari dulu dulu dulu (zaman lampau dulu) dah kena serang dengan laknatullah israel yahudi tu..astaghfirullah..

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka