Wednesday, January 28, 2009

perubahan meniti usia

ini cerita seorang 'orang baru' dalam keluarga kami. namanya nur aimie husna mohamad hidir.husna kami lahir pada 28 Disember 2008/29 Zulhijjah 1429H.dia tak mahu tunggu tahun baru.dia lahir pada hari terakhir tahun hijrah an tiga hari lagi nak masuk tahun baru masihi.
umur: 1-2 hari dalam disember 2008

umur: 29 hari dalam januari 2009



husna lahir kat hospital sultan ismail, JB (tempat mak dia keje).dia lahir pagi hari ahad dan keluar wad petang ahad tu juga.aku,kak long,kak cik,umai,syira,irfan datang melawat dia dengan kak wani (mak dia) pada hari tu.terus kitorang 'kowtim' ngan nurse utk bawak dia kuar hari tu jugak.sebab mak abah dah tak sabar nak tengok muka dia (sebenarnya kami tak puas tengok dia sekejap kat hospital tu jadi kalau bawak balik rumah lama sikit boleh bersama kan hehehe).
entry ini hanya untuk husna dan kehidupan 'baru'nya.dulu dia duk lama dalam perut mak dia dengan pulasnya dia boleh tidur lena.bila dia lahir dia asyik mahu dipeluk,didakap dengan sedapnya.dia akan menangis bila diletakkan di atas comforternya.dia mahu dipeluk selalu.aku suka peluk dia yang 'sedap2' itu.husna tak ingat ke dia sudah berada di luar uterus mamanya?dia masih mahu sentiasa dipeluk supaya lena tidurnya.pulasnya dia.tapi takpe sebab ramai makcik2nya boleh dodoikan dia dalam pelukan.
itu semua sebulan yang lalu.sekarang husna sudah berada di kelantan.jadi gambarnya yang lattest kami tengok dari MMS saja.itulah dia 29 hari.sekarang dia nampak lebih comel.dia dah buka mata dengan bulatnya.dia memang husna kami yang cantik!

~bila husna nak balik Johor ni?kami semua mahu memeluknya lagi.=)

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka