Minggu ni tiba2 rasa segan.Padahal dari minggu lepas lagi dah rasa segan. Tapi what to do? Kena juga hadapinya..Dua hari lepas balik dari gathering makan2 (majlis kesyukuran dapat gaji), jalan kaki saja. Jauhnya tak yah cerita, tapi bila dah sampai rumah macam tak percaya aku jalan kaki sejauh itu. Nun di seberang hutan sana aku turun dari bas. Singgah kedai runcit,beli barang basah sebab mesti tak ada apa boleh dimakan di rumah nanti jadi kena masak dulu (alahai tiba2 jadi budak rajin masuk dapur hakikinya rabia tak lah kenal sangat bawang dan halia huhu). Jalan kaki sorang2, buat rileks saja. Sampai di gate, disapa pakcik guard.
PG: nak kemana?
R:balik rumah pakcik.Staff.
PG:aik nape tak naik kete?
~masa tu rasa dah merah muka..
R:saya takde kereta, kawan2 lain balik kampung. Jalan kaki pergi kedai ni.
PG:oh..kampung kat mana?
~tak habis lagi rupanya..
R:kat johor
PG:oh yela..
~aku tertanya2 sebagai pejalan kaki yang menghuni kawasan ni apakah aku juga perlu memakai sticker di badan utk lepas setiap kali melewati gate? alhamdulillah, hari ni masalah kami didengari dan esok kad ID akan dibuat selepas ambil gambar nanti.sekarang ni, susah nak beza ko student ka ko staff ka ko trainer ka..naseblah...uwaaa..nak cepat2 habis, nak balik johor!!
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka