bila saya dah lama tak kisahkan hal tu.tiba2 saya disergah dengan hal merepek ni lagi.
bagi saya cerita lama, sudah2lah.
saya belajar melupakan sesuatu yang 'melekat-di hati-tetapi-terpaksa- buang' tu cukup lama.
memang menderita saat terpaksa menanggalkan ia, hingga hati saya tercarik-carik sama.
bertahun..dan tipulah kalau bekas tu hilang macam tu aje.
jujur parut tu masih ada.kadang2 masih terasa pedih dan sakit.
macam orang lepas operation kompem ada sakit2 luka berjahit tu kan.
makan masa.
lainlah kalau ada chitosan perangsang cepat sembuh tu takpelah jugak.
bayangkanlah.
dah elok2 kita ni move on.
rasa lapang dada.
tak fikir hal hati,tiba2 si pemilik cerita lama datang nak buat onar.
saya rasa darah saya serbu ke muka.
sekejap hilang kawalan.
tapi nasib baik saya cepat2 recover.
saya tak nak luka lama berdarah kembali.huhu.
dan saya tahu.
dia sangat baik.
dia tak mahu ada salah faham.
saya tahu dia akan clear kan apa saja.
sebab dia kenal saya.
dia faham yang saya ni sangat curious..
sebenarnya saya dah tak macam dulu lagi.
saya dah banyak belajar.
cuba menjadi dewasa.
ada perkara yang kadang2 tak perlu ada jawapan.
ada perkara yang elok dibiarkan.
dan mungkin sebab itu dia minta maaf, dan dia betul2 nak saya jelas dengan apa yang berlaku walhal saya dah tak kisahkan hal tu sebab saya dah lupa.
cuma cara dia buattu jadikan saya meluap2 pulak tak faham.
mungkin dia lupa yang saya tak gemar orang tengah.
saya lebih senang dengar dari dia saja.
dan mungkin itu juga cara dia sekang ni.
saya pun terpaksa terima.
kesian orang tengah tu.
maafkan saya ye.huhu.
emm itu suma cerita lama.
saya tak mahu fikirkan sangat sebab saya tak mahu terluka lagi.
hari demi hari saya percaya semuanya akan baik2 saja.
cuma bila saya tak faham, maknanya saya betul2 tak faham.
saya jarang buat2 tak faham.
maaflah kalau ada yang terasa dengan cara saya.
nampak mendesak tapi what can i do? huhu
saya pernah menonton drama korea Yoo Hee the witch tu.
saya teringat kata Johnny si chef macho tu:
"kadang2 kita lebih sesuai bersama dengan orang yang kita sayang tu sebagai orang lain, sebagai kawan dan bukan sebagai kekasih"
sebab bila jadi kekasih, asyik gaduh tak sefahaman.
tapi bila berkawan, elok je pula tu.hehehe.
boleh pula menenangkan masing2.kan.kan.
betul!
dan saya pun anggap dia kawan saya.
dan kalau dia dengan orang lain pun saya harap dia bahagia.
[cuma kalau boleh tak perlulah show off.
saya tahu kamu dah punya yang lain.huhu.]
dengan saya cerita lama.
[emmm ni rabia yang sekaranglah.sebab dah lama.kalau masa baru2 rasanya makan hati juga.dewasa mengajar kita jadi begini]
yang sudah,sudah2lah.
saya pun penat.dia pun penat.orang lain pun penat.
saya move on.dia move on.orang lain pun move on.
kalau dia rasa mahu jemput saya ke majlisnya, insyaALLAH.
saya harap dia pun ok.
macam mana sayang pun saya kat dia kalau dia memang bukan untuk saya, saya kena terima.
dan yang paling penting saya tahu dia pun pernah sayangkan saya.tu dah cukup.
positif jek.
[ni rabia ke yg berkata2?huhu..lagi tak mahu percaya]
quote form Burn; "ini bukan drama korea!!!"