Friday, October 30, 2009

hasrat

"bilakah kami semua akan meninggalkan KL dan menetap di Muar?"
-persoalan di kepala saya, mak abah, keluarga, kalangan kami dan orang2 lain.

malam tadi mak tanya lagi bila nak pindah Muar.saya pun tatau nak jawab apa.sebab semua kemungkinan boleh terjadi.apa yang saya tahu kami semua sedang berusaha mengusahakan untuk perpindahan itu menjadi nyata.insyaAllah.

saya pun kalau ikutkan malas dah nak lama2 kat sini.saya tak berapa sukakan tempat ni.banyak benda yang saya tak boleh nak buat kat sini.saya bukan tahu banyak tempat kalau bosan2 untuk pergi.saya bukan reti jalan2 untuk ke tempat2 yang saya nak pergi.saya tak sukakan keadaan ini.tak selesa sangat.rasa lagi tak bebas untuk hidup.

kalau diberi pilihan attach kat tempat lain, kat kktm/ikm lain dulu, saya pun nak.boleh mengajar.praktis.jadi taklah kekok bila dapat student kat Muar nanti.

duduk kat sini pun ok cuma kalau boleh biarlah pindah Muar tu cepat.kawan2 yang masuk lagi awal pun kesian dah lama kat sini.huhu.

semoga hasrat kami semua untuk berhijrah ke Muar dimakbulkanNYA.ameen..

Thursday, October 29, 2009

jangan begini lagi

kata taufiq -" biah, cuba happy.jadi happy.tak yah ingat benda2 yang sedih"

saya tak sedih kalau benda2 tu tak datang.
saya tak sedih kalau benda2 tu tak menyemak dalam kepala.
saya tak sedih kalau hati saya tak sedih.
saya sedih kenapa hati saya memilih untuk singgah di tempat yang tak buat dia happy pun.
saya sedih kenapa hati saya bukan singgah di tempat yang boleh buat dia happy.

saya tak tahu kenapa.
kenapa hati saya macam ni.

kenapa hati saya mesti mengingati yang sedih2.
oh hati tolonglah jangan buat saya begini.
wajah saya transparent.
jernih.boleh dibaca.
saya tak boleh nak selindung.
macam mana?

kata taufiq -" kalau nak hilangkan perasaan yang kita tak nak, kena ada sesuatu untuk gantikannya dalam hati"

kenapa hati saya masih tak diisi lagi dengan yang baru.
yang baru boleh menyisirkan yang lama.
yang baru boleh mensesarkan yang lama.
yang lama itu menyedihkan.

~semoga hati saya menjadi ceria semula~ ameen...

pilihanku

there must be a reason, at least, why we do something?why like that not like this? and bla bla...

masa saya beli kereta dulu, dan saya beli kereta manual, saya kira ramai juga yang bertanya especially kawan2 lelaki dan orang2 lelaki.

jujur masa saya bercadang nak beli kereta dulu, saya hanya terfikir kereta manual saja.tak kiralah brand apa.saya tak tahu sebab spesifiknya apa.saya tak terfikir pun orang akan tanya "kenapa tak beli auto?","orang perempuan kan senang guna auto".saya tak terfikir pun apa masalahnya kalau saya beli manual.

masa saya ber'negotiation' di kedai kereta tu, saya tak pulak tengok yang jenis auto.tak tahulah fokus hanya pada manual.

pastu bila saya dah dapat kereta tu, mula2 memang seram.abang adalah orang pertama yang naik dengan saya.masuk2 kereta terus masuk highway kat kempas tu.bayangkan dengan lori keluar dari susur [dan pemandu lain tak tahu kalau awak yang bawak kereta tu adalah budak baru pas lesen].tambah pulak JB tak sama ngan KL.sikap pemandu jauh berbeza [ada teman pernah berkata lebih berani bawak kat KL dari JB & abang pun baru2 ni mengakuinya huhu].

lepas tu tak habis kat situ.kepercayaan mak abah, dan keluarga yang tak berapa yakin nak lepaskan saya bawak sendiri kereta ke KL.memang sedih masa tu.nangis,sebak dan lain2 perasaan.kata akak -"mak sayang kau". mengadu pada kak cik dan seorang kawan sampai nangis2 tak leh kuar suara.isk isk. nasib baik dorang bagi semangat.rasa nak merajuk tu memang ada tapi sabarkan diri jek.huhu.

setiap 2 minggu mesti balik kampung nak belajar biasakan diri dengan kereta tu.clutch dia yang tak senang nak control tu banyak kali buat saya jadi segan dan terus give up.huhu.dan banyak lagilah pengalaman mengendalikan buah hati saya tu.hehehe.segala onak ranjau duri kutempuh untuk bersamanya.

masa tengah susah hati berada dalam kesesakan dan berhenti di perbukitan, saya rasa jeles je kat kereta auto.hahaha.apa taknya saya hanya akan pilih jalan yang rata dan senang nak kawal clutch je untuk bawak kereta tu.teruk betul.yelah, kata kak cilin kalau tak yakin jangan bawak, jangan potong, jangan seberang,jangan lalu jalan tu.semuanya bergantung pada keyakinan.

tapi saya dah mulai positif.saya rasa ada banyak kelebihan memandu manual.semua masalah mengenai pemanduan tu boleh selesai dengan belajar dan practice.sama juga kalau bawak auto, kena biasakan diri juga.alah bisa tegal biasa.kan kan.:)

memandu manual dan auto ada pro-kontra dia.satu kita buat kerja, satu kereta buat kerja.

technically pulak dah tentu berbeza.lately saya ada baca artikel di akhbar mengenai penjagaan kereta auto berbanding manual.cuma tu la, auto memang memudahkan tapi sometimes manual ada kelebihan.

kalau kereta tu cc besar [nak nak kereta import], auto tu lebih relevan.sebab tu la agaknya kat sekolah memandu guna kereta cc kecil dan manual kan.lebih mudah dikawal.mungkin lebih pick up.clutch pendek.senang kawal minyak. kot laa..saya pun tak mahir sangat.hehehe.

tapi tak kisah.semuanya terpulang pada masing2.pilihan hati masing2 dan atas alasan masing2 kan.

saya rasa [setelah difikir2 mendalam] ada beberapa sebab kenapa saya guna kereta manual:

1) di suggest oleh kak cik [berdasarkan pengalamannya sebagai guru memandu tak bertauliah dan penasihat kehidupan saya hehehe]

2) rasanya abah pun akan challenge saya beli manual [tapi bila tengok kepayahan dan kecuakan saya abah saja lak tanya "kenapa tak beli auto kan senang.tapi takpelah manual bagus juga"..hai abah..huhu]

3) saya nak belajar.takut lupa.penat2 belajar pusing2 kat sekolah memandu, at least saya practice dan terus apply.saya taknak lupa.kalau boleh biar tahu memandu dua2 jenis.senang.dan azah beri jawapan yang sama kepada saya kenapa dia pun beli manual.buat saya rasa tak salah pilih yang ini. :) [sebab yang ini saya rasa betul2 dan saya baru perolehinya walaupun dah lama fikirkan]

4) plus, kereta dalam family saya semuanya manual [rasanya tak de satu pun auto huhu..camano den nak buek haa? ;p]

5) dan saya rasa kereta auto semua orang boleh bawak. [yeke? cuma perlukan masa untuk adjusting dan biasakan diri kot.huhu]

6) alasan yang tak tau boleh pakai ke tak tapi pertukaran gear secara manual memandu kita untuk 'race' [alah potong memotong the series ;p]. yeke? huhu.ye kot untuk yang terer memandu.saya ni beginner lagik.

~dan saya tak de rasa nak tanya [kias2 tu mungkinlah ada hehehe] kat orang lelaki soalan - " kenapa kau guna auto?" sebab semua orang punya alasan kenapa dia nak guna yang itu bukan yang ini.full stop. ~ :)

Wednesday, October 28, 2009

ke hulu ke hilir nak ke mana

hari ni sangat sibuk [kelihatannya].
bayang rabia dilihat melintas sama ada di tangga antara dua tingkat 20-21 ataupun dalam lif.sekejap di kaizen 2, sekejap di unit alatan, sekejap di upp [port biasa] dan seringkali di pantry [aktiviti wajib semenjak tempoh bertenang kerana survival].

ini luar biasa!mungkin kerana beban kerja rabiah seakan bertambah atas kudratnya seorang diri.huhu.[kesian juga]

saya rasa ada bagusnya juga.bila kuantiti sedikit, kita mudah dilihat,dibilang.dulu saya tertanya kenapa guna "terbilang" untuk suatu yang unggul?

sebabnya terbilang maknanya boleh dibilang.
bila boleh dibilang maknanya sedikit.
bila sedikit maknanya tak semua orang boleh ada di kalangan golongan yang sedikit itu.
makanya golongan yang bagaimana yang sedikit itu?
mesti yang hebat2.jarang orang yang hebat2 tu banyak bilangannya.
kalau yang biasa2 tu banyak laa.tak terkira.tak terbilang.
tapi kalauyang hebat tu sedikit kan senang dibilang,dikira kan kan.hehehe.[penjelasan teori ini diperolehi ketika berada dalam bas pagi tadi.huhu]

dan kesannya, saya di'recognized' oleh bos saya.kalau dulu asek terlindung jek.huhu.
alhamdulillah.mudah urusan saya.

cerita tentang hari ini.
dek kerana terlalu sibuk ke hulu ke hilir [pagi2 dah dapat job baru yang urgent], saya terpaksa 'lari' dari jadula makan yang biasa.
kesian fazdli.
selalunya teman dia makan.
sudahnya kuih fazdlo hari ini saya tak dapat rasa.isk isk..[sedih juga dan lapar]
tapi tengah hari saya lapang saya teman juga fadzli dan rash makan.macam semalam bezanya saya tengok saja.[jadi pengadil ambil bau.hehe]

~habis~

*semalam menerima feedback dari ejan.
katanya-"tak faham apa kau tulis.".
saya jawab-"ha'a.aku tulis apa aku suka nak tulis.i don't care what people think about it.hahaha"

sebab saya menulis apa yang saya nak tulis.
yang boleh buat saya relief.
saya tak kisah orang nak fahamkan atau tidak.
yang penting saya tahu dan faham.
[tulis sesuatu yang buat orang berusaha faham itu lagi menarik dan seronok.at least dia ada usaha untuk kita kan]

saya menulis kerana apa yang saya rasa.
apa yang saya fikir.dari hati saya.dari perspektif saya.
saya dah cukup hargai bila ada yang membaca.dan kalau yang bagi komen tu lagilah saya gembira :))

dan saya bagitau ejan, telusnya -"aku memang transparent.aku tak pandai berlakon.selindung.sebab muka aku menzahirkan apa yang aku rasa"
mungkin.tapi saya memang tak reti nak hipokrit tak kisahlah untuk tujuan apa.cuma saya tahan dan pendam dalam hati dan tak boleh nak salahkan siapa2 kalau ia terzahir juga di wajah saya.

maaf kalau ada yang terasa hati dengan saya.maaf sangat2.mungkin saya tak memaksudkan apa2.without intention, i did something yang buat orang terasa, saya mohon maaf. [benar2 memaksudkan maaf]

Tuesday, October 27, 2009

siang yang sunyi

sudah seminggu ofis sepi tanpa keriuhan.sejak sepemergian 'adik beradik' 4 orang kami selama 1 purnama 7 hari ke Bangi.apakan daya, tuntutan tugas menghadiri kursus terpaksa jua kami melepaskannya.

hari ini terdengar keluhan [di FB].
"kami tinggal kami2 jek" -rabiahtul musa
"kita cuma tinggal kita2 jek"-sya2 meow a.k.a syahida azmi

sedih sungguh bunyinya.
sebak juga.
sunyi dan sepi.

yang tinggal inilah yang mengharungi semua.
berpesan saya kepada si abang long rash dan black, nak ke mana2 jangan tinggalkan saya.
sehingga mat zul berkata- "biah ni boleh dijual.asek nak ikut je orang g mana".
aduhai luluh hati saya si abang yang jahat mahu jual saya.arghh!! tidak..huhu..

saya bernada sayu berkata
-" black, kita ni ha tinggal ni jek.takkan sampai hati kau nak hilangkan lagi sorang.tinggallah sya2 sendirian nanti."huk huk..

akhirnya black tak sampai hati.sebab ke mana black dan rash buat rancangan saya akan pasang telinga.saya tak nak kena tinggal lagi.hahaha.

black dan rash cuma mahu turut beli makanan jek.
saya pun join diorang makan. (save bajet harini)

saya hanya makan kuih.dan minum nescafe.
pagi2 sya bawak nasi lemak lauk kerang.(semalam lauk paru)
black bawak kuew teow la, mee hoon la..(black tak lupa kuih untuk saya.black mana boleh kedekut ngan saya.hahaha)
pastu haji ajak makan roti canai di ukhuwah.
tapi saya minum teh ais saja.( diet saya memang tak betul ni.ish)

saya kira untuk sebulan lagi ofis akan sunyi terus.
dan saya tertanya-tanya bilakah pula giliran saya untuk pergi berkursus??
saya mahu 'keluar' dari bangunan biru ini buat seketika.huhu.
apa dah jadi ngan SISCO?? sudah tidah mendengar cerita.
saya dan kawan2 yang tinggal semakin gelisah.
mungkin ada peluang lain yang akan tiba buat kita yang tinggal ini.
insyaAllah..bersabarlah ye..(memujuk hati sendiri)...

~semoga ofis meriah semula~ lalalala

berlari-larilah dalam kepala ni

saya merasakan suatu transformasi dlm diri.[is it the rite word to interprete the feeling? huhu].

semalam dan hari ini.maknanya minggu ni.saya ada dua perkara nak highlight memandangkan saat ini hanya dua benda ni la yang dok berlegar2 dalam kepala.satu tak serius satu lagi agak serius.

saya memikirkan apakah ia ada kaitan ngan function biology or physiology manusia atau pun secara technical saja memberi effect. [rabia's starting to mess up her mind.ding dong!]

pertamanya,
saya tertanya pada diri sendiri mula2nya.saya ok tak dengan semua ini?dengan apa yang terjadi pada diri ini.saya menjawab, hanya untuk menyedapkan hati: saya ok.dan saya yakin semuanya akan baik2 saja.

tapi saya rasa saya berhak mempertikaikannya.bukan apa.saya rasa saya patut dapat sedikit rasa hormat walaupun orang lain rasa saya tak layak.but as human being, at least.adalah kan.

saya tak tahu nak gambarkan tapi ada sedikit rasa terkilan dok 'menendang2' hati saya yang sebal.mulanya saya rasa saya tak kisah.tapi saya tak tahu kenapa di lewat hari saya rasa mata saya bergenang. saya menangis untuk apa? hmm...then saya rasa saya perlukan seseorang untuk bercerita. [somehow, satu cara saya relief by talking and babling.tak kisahlah si pendengar betul 'dengar' atau sekadar angguk saja

habis sampai situ saja.let time heals everything.

keduanya,
sesuatu yang kita rasa kita tak tahu apa2 dan tak reti nak buat tapi kena buat jugak.mula2 agak sukar menerima dan menyesuai diri.rasa nak lari jek.tapi saya teringat kata2 Adam Nurkasih-"melarikan diri tak selesaikan masalah" [cewah sejak bila jadikan Adam sumber rujukan ni?huhu].

saya ada peluang untuk 'lari' pada mulanya tetapi peluang itu pula yang 'lari' tinggalkan saya.tak apa.saya anggap saja dengan kehilangan peluang itu sebenarnya ia bukan untuk saya atau pun ada peluang lagi baik akan datang.

saya terpujuk lagi.saya buat jugalah apa yang saya tak tahu itu dengan kesungguhan yang berbaki dan sedikit rasa keyakinan bahawa saya boleh buat.dan bos atas saya bagitahu-"nanti bila u dah tahu and biasa buat keje2 ni bila u kat muar nanti u dah boleh buat.bila dengar term2 berkaitan u dah tau and biasa.nnti semua keje ni u dah master.keje ni biasanya yang buat gred 44 tau"..yeke? dan hati saya terpujuk dan ada sedikit semangat.sedikit jek.huhu.

anyway, saya percaya semua ni akan jadi ok.hati saya akan ok.diri saya akan ok.ok!
*[ni tandanya idea saya 'lari' bertempiaran meninggalkan saya kerana saya sedang sibuk buat banyak keje dalam satu masa..huhu..;p]

Monday, October 26, 2009

satisfaction for a relief

mengimbas, merenung dan merasainya...

kata taufiq -"tak pe biah.tak tau belajar"
kata din -"rileks biah.belajar"

diorang kata macam tu masa saya mengadu.saya tak suka buat kerja itu sebab saya tak reti dan tak faham.saya takut saya tak boleh perform.sebab ada orang cakap kalau kita tak tau buat kita cakap tak tau, takut nanti jadi lain macam mana.dan ada gak orang cakap tak tahu bertanya.

saya memilih kata orang yang kedua.dan ditambah kata2 semangat dua orang di atas.saya fikir kalau saya tak cuba untuk buat, saya takkan tahu sampai bila2.dan lagi banyak kita tahu, lagi banyak kita bertanya dan sebenarnya lagi banyak yang kita kena tahu.

kata khalid -"lagi banyak pengalaman, lagi banyak yang kita tak tahu"

dan ilmu itu luas.macam lautan, lagi banyak kita belajar lagi banyak kita tak tahu.day by day kita menambah ilmu.tak putus-putus.

kata jimiey-"kalau dah tahu buat apa belajar"

betul jugak.hari ni saya terima semua kata2 itu.sebab hari ni saya dengan sendirinya kena buat semua tu seorang diri.berbanding hari sebelum ni saya mempunyai partner untuk bergantung.now i learned; doing something by myself made me satisfied and have encourage to do it more and more (betul ke ayat ni? hahaha).

kepada semua yang berkata-kata; rabia dah buat! DIY,u know and understand it better.

~saya berharap kerja saya baik~ insyaAllah..:)

trip

24 & 25 oktober 2009
Bukit Merah Laketown Resort


saya saja2 ikut trip ni.memandangkan ia ditaja.dan hujung minggu saya akan sepi jika tiada apa2 aktiviti maka saya memutuskan untuk join.walaupun tak ramai rakan sebaya dan sebujang yang turut serta.[dan supposed this weekend kitaorang dah booked tiket ke KK tapi atas2 sebab kewangan, saya terpaksa 'bakar' tiket tu-senangnya Air Asia dapat duit free!!!]

orang kata meeting macam ni tak best.tapi saya rasa tak salah, kalau boleh tambah sesuatu dalam nilai kehidupan.belajar bercampur dengan orang2 yang veteran & otai.belajar mambawa diri di majlis dan kawasan orang.yang paling penting mesti ada sesuatu yang kita boleh dapat which can bring 'something' that might be, we never know.hehehehe.

bagus juga sebab:
1) dapat pengalaman join meeting kesatuan
2) dapat kawan2 [pelbagai peringkat umur]
3)dapat jalan2
4)tak sunyi [bayangkan kalau duk umah saja tak de orang,tak buat pape]
5)dapat ilmu
6)dapat karok [hepi2 jek]
7)dapat makan free & ikan bakar tasik Raban
8)dapat duit
9)dan walaupun tak dapat hamper cabutan bertuah [huhu 'bertuah' laa sangat], tetap dapat hadiah dari kawan baru..:)

~sekian dibawakan berita dari BMLR..chow~

Thursday, October 22, 2009

you look great

21 oktober 2009
Jalan Dang Wangi, KL

baru-baru ni saya perasan setelah 24 tahun hidup kat atas bumi ni.(mungkin juga kebiasaan ni baru je disedari).saya suka memerhatikan orang yang melakukan suatu skill tersendiri. :)

semalam petang ketika menunggu bas 16 nak balik rumah (masa tu hujan, cuaca dimmed, langit kelabu), ada satu gerai tolak yang jual keropok berteduh kat bawah bus stop tu.(bus stop depan Sogo memang ada bumbung yang besar untuk ramai orang duduk berteduh).selalunya gerai tu duk bawah pokok depan Sogo tu, tetapi sebab hujan dia tolak stall dia parking bawah bus stop tu.

saya tak pernah beli tapi saya tengok ramai orang yang beli.memanglah sedap, garing dan yang tipis tu rangup.saya ralit memerhatikan peniaga tu dok menghiris keropok jadikan dia tipis-tipis.ada skill di situ.

saya pun terfikir macam mana nanti kalau PBT datang.mesti dia sudah lali untuk melarikan gerai dia yang beroda tu.

kadang kasihan melihat peniaga begini.tapi sekurang2nya dia tidak mencuri, dia cari rezeki yang halal.dan yang paling penting dia tak malu pun.bagus ni.saya selalu kasihan melihat sampai ada peniaga yang duduk sendiri kat gerai tak buat apa2 sebab pelanggan tak ada. (teringat kenangan di 11th dulu).sedih betul.

melihat peniaga keropok ni teringat peniaga tako kat mid valley kelmarin.

20 oktober 2009
Mid Valley
8.00pm
(flash back)

lepas solat maghrib, kitorang cadang nak makan.naima dan tim singgah di gerai tako sebelah la boheme.tukang masak tako tu memang terer dengan skill membulatkan tako tu.jadi sebijik macam fishball berisi inti (octapus, chicken, prawn).saya memang tak minat makanan tu.pernah makan sekali sebab tak tau.meloyakan.saya tak suka mayonis dan yogurt sebab tu saya tak suka western food dan apa-apa makanan yang ada dua ingredients ni.

Tapi apa yang menarik adalah cara membuatnya.dan orang jepun selalunya kreatif mencipta makanan.

Apakah rutin boleh jadi skills? Tidak membosankankah?

Dan saya rasa tak salah memilih kemahiran dan kemahiran juga membentuk kehidupan.dan selalunya kemahiran mewujudkan kretiviti.

~notice that my thinking is growing as I get older..be matured..be better for good~

Wednesday, October 21, 2009

hari penuh perasaan

20 oktober 2009
sekitar Kuala Lumpur

berlaku peristiwa yang bercampur baur pada diri ini.semuanya rasa sampai dalam hati.dalam kesedihan terselit kegembiraan.sedikit2 buat hati yang rawan kembali tersenyum.

1) external hard disk musnah depan mata

berkecai rasa hati bila hard disk yang baru beli tu jatuh 'menyepai'.tak dapat diselamatkan.terus terkesima.tak tau nak cakap camne.yang pasti nak nangis pun tak, nak marah pun tak.tak de rasa.senseless (ada ke word ni?).

mula buat biasa2 jek.pastu bila dah banyak kali arep try kat laptop dia still takleh detect gak baru rasa ada perasaan agak sedih dan kehilangan.tambah sedih mengenangkan apa yang zul cakap "dah 'selamat' ".dan data dalam tu kira sadaqallah jek.terkambuslah ia di dalam jasad hardisk yang 'terbarai' tu.

bukan apa, dalam tu ada kerja2 in progress, gambar2 n video family & kawan2, movie n cerita download (termasuklah yang paling sayang -Nurkasih) tidak!!!!..isk isk...:'((

apa nak buat.sampai di situ saja hayatnya bersama saya. (macam bibliografi darjah 6 jek)

2) menghiburkan hati yang lara

tiba2 dorang ajak tengok wayang kat mid.cerita Papadom.

tak yah cakap banyak, cerita tu memang tip top best giler!!

tengok banyak kali pun takpe.

masih leh gelak hinggalah nama dah scrolled up pun.ada lagi scence yang tak boleh blah.nak gelak jek.sampai sakit tekak terbatuk2.adoilaa..huhu..

BEST!!! :)

3) kelegaan bertandang

walaupun dalam tempoh survival, tetapi hal ni buat saya lega.alhamdulillah.sedikit pengubat duka dan sedikit penawar kesengsaraan.

sesungguhnya hikmah Tuhan datang pelbagai cara dan jalan.kadang2 kita tak merasakannya sehinggalah suatu ketika ia hilang kita rasa kita pernah mengecapinya walaupun tanpa sedar.dan bersabarlah hati...

semuanya akan baik2 saja...

Monday, October 19, 2009

Muhammad Hadi

Kota Tinggi, Johor
16 Oktober 2009.

hujung minggu saya habiskan di rumah mak abah di Air Tawar.kebetulan (sebenarnya dah tau) kak cilin dan baby dah balik kampung.jadi saya angkut Aliff and Umai bawak balik sekali.at least ada bodyguard and rasa secured sikit nak memandu jauh.

satu hari habis untuk perjalanan.sebelah pagi je servis bukan main lama.dah dekat tengah hari baru siap.ceh, perut ni dah bernyanyi lagu undergroung.mujur jalan tak sesak nak menghala ke selatan.sampai kampung malam.cuak gak masa kat jalan Kulai hujan lebat and berkabus, on wiper pun masih rasa kabur,tambah2 silau lampu kete arah bertentangan.rasanya cermin tu macam ada selaput jek.geram.kete belakang pulak tak reti nak duk jauh2.ceh.rasa nak berenti tapi takut pulak keliling hutan kelapa sawit.huhu.

alhamdulillah, nasib baik ada pengalaman balik malam lalu jalan tu dengan abah masa raya lepas.so dah boleh la.lagi pun kalau malam biasanya saya menghafal bentuk jalan.kalau jalan tak penah lalu memang jaru beb.huhu.

hari sabtu tu ada kenduri cukur jambul Muhammad Hadi.comel sangat dia.Husna pun comel jugak.semua orang rebut nak dukung Husna.padahal Husna dah pandai merangkak dan bertatih sikit2.sebab Husna tu cantik and comel sangat.semua abang sepupu nak rebut dia.hahaha.

petang lepas habis kenduri, kita orang pergi Teluk Sengat makan ABC.bawak Husna.Husna kelihatan gembira sebab kita bawak dia pergi laut and makan2.hahaha.nasib baik Umi dia tatau kita bagi Husna makan apa.kalau tak kena marah la.Husna mana boleh tengok orang makan dia rasa geram je kalau orang tak bagi dia sekali.kita pun tak sampai hati nak biar dia tengok jek kan.hehehe

~what a wonderful moment..when we spend time with people we love so much!!!~

Wednesday, October 14, 2009

Nephron

13 oktober 2009,
4th floor, wisma zabedah
kg baru, kL


malam yang sepi.hujan renyai2.saya tinggal seorang diri di bilik (bilik depan ada jijah) kerana sayangku ejan lepak umah cikgu sekolah dia (or sekolah sebelah tak sure).nasib baik ada broadband yang dikontrak seminggu yang lalu.tak de la saya bosan nak mati.

lagi pun malam tadi saya memang berniat mahu menyelesaikan keje ofis saya yang tak menyempat disiapkan dan bos mahu esok.(saya adalah orang yang memang malas nak buat homework sejak berenti sekolah.dah keje pun ada gak keje rumah.huhu).dan saya hanya menumpukan mata pada window excel yang alahai cikenit jek tu.naik berpinar mata ni haa.

saya pun tak pasti bape lama saya menghadap keje tu.saya pasang lagu nasyid untuk menemani blues "damn lonely" malam itu....(cam suspen je cite ni).sedar2 perut saya lapar.nak makan ke tak ni?

jam dah pukul 10 malam.baru teringat ada cerita Nabil kat tv3 time tu.saya berenti kejap, dan ke dapur.sambil layan Nabil sambil menjamah mee segera yang dah dimodified.boleh tahan juga :)

saya meneruskan keje sehingga siap.nasib baik partner saya cover selebihnya.saya memang letih tak ingat..

saya ambil kesempatan layan YM dan kak jie cuba pulak nak buat revision biologi dengan saya.

topik Nephron tubules adalah kegemaran saya.saya masih ingat lecturer matrik saya mengajar saya melukis tubul Nefron dalam masa tak sampai seminit siap dengan label (formula 1).ini adalah tips untuk menjawab paper bio matrik.saya cuma link kan kak jie dengan website yg reliable dan bagus utk dia faham.buku bio saya dah terperap di kampung.

dan kenapa saya sangat suka topik kidney ni?sebab saya suka tentang mekanisma yang dijalankan.umpama filter untuk tubuh kita.pentingnya function ni utk keseimbangan badan dan ia ada kaitan dengan kimia juga.perbezaan kepekatan antara dua medium yang dipisahkan oleh membran separa telap pada tubul2 itu menyebabkan tapisan berlaku.

dan saya suka highlight topik ni sebab saya pernah mengalami masalah kesihatan berkaitan ini.saya menjadi ingin tahu banyak mengenai kidney, tubul nefron, capsul Bowman, loop of Henle, tubul distal, capillary and so on..dengan mengetahui mekanisma ini, kita tahu sebenarnya apa yang bagus untuk ia dan apa yang perlu kita elakkan.that's for our own good!

**jagalah buah pinggang kita elok2.



Nephron of kidney without juxtaglomerular apparatus


the physiology of nephron

untuk bacaan lanjut boleh laa nak faham sikit2, silalah
link:http://en.wikipedia.org/wiki/Nephron

dan selepas selesai menolong kak jie mentelaah dan siap kerja, mata saya dah mula berat...ada sesuatu yang terjadi ketika saya sedang online tu.saya jadi tiba2 sedih dan rasa tak tahu nak lepaskan segala yang terbuku di hati itu pada siapa.

saya disconnect internet.saya off laptop.

saya hanya memandang syiling dengan kipas berputar.saya menahan perasaan yang menjeruk dengan rasa sebal dan ntah camner nak gambarkan.

i need someone to lend his/her ears for me.
i need to talk and release the things that burden me.
the things that make my heart n soul feels uneasy.
but who??


finally, saya tekan button kaler hijau di hp nokia saya yg paling basic functionnya tu.
no. 'dia' yang appear.
saya tahu saya perlukan 'dia' untuk mendengar sebab 'dia' tak pernah cuba biar saya menangis sendiri.

dan saya lega.kembali ok.rasa senang.dan selesa untuk tidur.
thanks :)

~kalaulah 'dia' tahu...~

Saturday, October 10, 2009

kelukaan itu sungguh menyakitkan

10 oktober 2009-hari ni tiada plan.saya mengambil keputusan untuk melawat Aliff di Kajang.memandangkan Ejan rumet saya ada event kat sekolah, jadi saya seperti dulu2 pergi seorang diri lg.saya menelefon emak untuk maklumkan hal ini [minta izin beb].
seperti biasa emak akan menasihati-'memandu elok2'.

saya tak sangka hari ini pun jalan sesak juga.ingatkan hari cuti orang duk rumah diam2.mungkin juga sebab 2 hari lepas gaji masuk dan minggu depan perayaan deepavali, maka mereka paka2 keluar rumah.

saya keluar rumah lepas zohor dalam pukul 2 ptg.saya stuck dalam jammed tetapi masih bergerak perlahan.saya sampai Kajang dalam pukul 3.05 ptg.semasa memandu saya tidak biasakan diri untuk menjawab panggilan telefon sebab:

pertama:saya takleh distracted dengan hal itu kerana fokus saya hanya pd pemanduan [i'm beginner lor]

kedua:saya hormatkan undang2 [saya pemegang lesen P lor]

oleh itu: saya menerima miss called yg sengaja saya biarkan.huhu.1 no public, 1 no aref dan 1 private no.minta maaf byk2 tau.

selepas melawat aliff, saya ke tesco untuk solat dan makan.sambil2 beli barang [taufiq kata jauhnya].saya parking kereta di dalam.tepi sebatang tiang yang diletakkan tong sampah biru.

ketika saya mahu pulang dan keluar parking, ada troli menghalang sehingga membuatkan cermin sisi kiri saya terpatah ke hadapan.[baru saya tahu boleh patahkan 180 darjah rupanya huhu].saya masih boleh bersabar.saya masuk semula dan alihkan troli.

2nd round saya keluar,saya rasa ada sumting juga yang menghalang.itulah dia tong sampah biru.saya terus keluar dari parking dan menuju ke kawasan lapang utk inspection.

TIDAK!!!!! bumper depan kiri terguris..seperti hati saya yang tercalar..:'((

saya rasa sangat bersalah.kali kedua saya melukainya.

saya bawa balik Kg Baru untuk cari kedai basuh kete.mana tau boleh polish.semasa meliar mencari dan mengelak kereta yang parking kat tepi jalan [tau2 je la jalan kat kg baru tu macam mana], adoilah saya terlanggar lubang.OMG!peh agak dalam juga.sekali lagi hati saya ditusuk duri yang tajam dan dalam..isk isk..:'((

tak jadi basuh kete.saya nak balik menangis je.


saya rasa sedih.
kasihan dia bila bersama saya.
saya takut melukai dia lagi.
tapi kata kak cik: kau yang buat jadi kau belajar dari kesilapan..
saya ambil jalan positif.
saya akan menjaganya sedaya saya.

-Ya ALLAH peliharalah saya dan dia.
selamatkanlah saya dan dia.
ameennn...-

pahit akan manis akhirnya

Pahit Akan Manis Akhirnya ~Ukays

Puas aku mencuba
Menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap
Aku lupa daratan

Peritnya aku lalui
Kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini
Ku tidak ketentuan

Wanita manakah
Sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku
Tapi hempedu bagimu

Terkadang harus terima
Suratan dariNya
Tidak salah kalau kasih dibahagi
Seadilnya

(Korus)
Telah… haaa..
Kufikir sedalamnya.. haaa..
Untuk membuat keputusan
Harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan… haaa…
Jatuh airmataku… haaa…
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnya
Hatimu terluka…

(Ulang Korus)

Moga suatu hari sembuhlah luka

(*)
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia

(ulang *)


ULASAN PEMILIK KAFE INI:

** lagu ini dinyanyikan oleh Yam ketika bas bergerak.Yam berkaraoke! hahaha.

**semalam saya dengar lagi lagu ni dalam bas Metro ketika balik dari kerja dan otomatik teringat kat Yam yang menyanyikannya ketika balik dari Muar hari tu.

** lagu ni mengisahkan seorang lelaki yang menduakan isterinya or gf dia.dia rasa dia patut menjadi jujur dan beritahu isteri or gf dia tu yg dia ada wanita lain [betulke apa dia rasa tu?]

**persoalannya: dia tak rasa ke dia tu buat dua kali kelukaan ke atas wanita tu.

pertama: dia menduakan perempuan tu

kedua:dia beritahu perempuan tu hakikat yang menyakitkan

seriously pada pendapat saya [mengikut pengalaman]: saya lebih terluka bila tahu lelaki kesayangan saya sudah memiliki wanita lain di hatinya selain saya.itu bermakna tempat saya di hatinya sudah tersesar.ceh.

**dan menurut lagu ini, isteri or gf 1st dia tu siap bagi keizinan [kentalnya wanita tu, kalau saya dah menangis air mata darah kot huhu] dan sentiasa cool sehingga buat lelaki tu menangis pula [padan muka lelaki jahat tu, saja cari pasal test hati wanita kental]..tetapi lelaki jahat tu masih lagi dengan keputusan sedalam2nya dia tu untuk terus memiliki dua2 wanita itu [tamaknya dia].malah dia berharap pulak hubungan ntah apa2 dia tu terus ceria..adoilaa lelaki tu..sanggupnya dia melukai wanita 1st n 2nd tu dgn memadukan mereka..

walaupun wanita tu kata ok tak bermakna hatinya redha..redha dengan pasrah lain..wanita tu mungkin pasrah tapi tidak redha..wallahua'lam...

**semoga payung emas di sorga..ameenn...

~semoga mendapat satu lelaki dan saya adalah satu wanita itu~

Friday, October 9, 2009

peristiwa di floor 21

9 Oktober 2009~hari Jumaat yang berbahagia.warga BPL(K) di tingkat 20 & 21 telah mengadakan jamuan hari raya.diberitakan bahawa pada tahun ini, hanya dilimitkan kepada 1 minggu saja berikutan usaha mengawal perbelanjaan sedang giat dijalankan di semua cawangan.

apapun menurut Pengarah, tahun ini sambutan ada peningkatan dan bertambah baik.bagus!! good job everyone!:)

hari ini saya mengenakan baju raya bewarna hitam.saja jek.saya berkenan sebab baju itu macam mini jubah.saya beli kat Manjung.saya rasa warna boleh mengubah penampilan seseorang.dan warna gelap akan membuatkan kita nampak sedikit slim berbanding selalu.hehehe.[orang yang katalah].

dan diberitakan sambutan hari ini sangat meriah.

Rabiahtul dan keluarga mengucapkan
"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN YE"


rombongan lelaki Ledang memasuki lobi tingkat 21


diiringi bodyguard khas [geng gagak hitam] hehehe


bersama haji & anakandanya sya2 [dengan cokelat manis]

tenaga pengajar KKTM Ledang & Pengarah BPL(K)


hey si gadis yang manis...hey ladies!:))

I Am Biomedical Engineer

You Know You're a Biomedical Engineer When…:

* Patients can't live without us, Doctors as well :)
* Doctors run In hospitals, We Run hospitals!
* We "suck" your blood, well that's only to Test you (niyahahaha) ;)
* A Mechanical Engineer studies motion, A Biomed cares for a Safe motion
* A Civil Engineer links columns, a Biomed links bones
* An Electrical Engineer design regulators, A Biomed design pacemakers: the regulators of your heart beats
* A Computer Engineer process Digital computer signals, a Biomed decipher the brain complex bio-signals
* A Telecommunications Engineer develop telephony systems ("Connecting People"), a Biomedical Engineer develop telesurgery systems that prevent Doctors, in high precision surgeries, from "Collecting People"!
* A Chemical Engineer drills to take fuel out and circulate it in polluting machineries, A Biomed pierces to take out tumors and keep your blood circulating in a healthier body
* A Nuclear Engineer can explode a whole city and waste healthy people's life, a Biomed can explode the tiny stone and make suffering patients enjoy their life
* An Agricultural Engineer design water irrigation systems to the soil, a Biomed design fluid irrigation systems in your tissue
* An Architect design buildings and statues, a Biomed design Bio-Robots
* You can Date Spouses from any Major, you have the Global knowledge and Studied all Majors already ;)
* You studied Human Physiology, and enjoyed it to the Max :D
* It's hard to get rid of us, We live inside you, through Biomaterials
* While We capture a Medical Image for you, you don't have to "Say Cheese" because X-Rays show all your teeth and more :P
* With X-Rays, We can "take out" your bones and you still alive!
* With MRI, We control your Resonance!
* With Ultrasound, We can know whether your baby who's kicking hard in his mother's womb is a future football player, or a pretty girl who will kick the arse of guys (Biomeds not included)
* With Biomedical Instrumentations, we build a circuit:
-->We get a bio-signal from you (though you don't know what does it mean),
-->We Amplify it (you should practice giving more powerful signals next time, if not still ok),
-->We process it (hey you can relax and go back home),
--> We decode and display it so others can further analyze the data
-->We translated Summary:
-- >We know Body Language! (Btw you don't have to be a Belly Dancer :D)

(Written by Kamal El Tom, Feel free to Add your points in the Topic Discussion:http://www.facebook.com/home.php?#/board.php?uid=2343555207To Be Added here with your Name)

*** i love being one of the biomedical engineers in this world.
i finally found that this field is fulled of 'beautiful colours'.. :)) (rabiahtuladawiah musa-UM BMed Eng.0408)

Wednesday, October 7, 2009

Tiada lagi tangisan...

2 juta bayi, ibu mati ketika kelahiran: Kajian

JOHANNESBURG (AP) — Lebih dua juta bayi dan ibu meninggal dunia di seluruh dunia setiap tahun kerana komplikasi ketika kelahiran, mengatasi jumlah kematian kanak-kanak akibat malaria, dan HIV/Aids, menurut kajian.

“Dunia akan terus merindui tangisan 230 bayi yang tidak kedengaran setiap jam akibat komplikasi ketika kelahiran melainkan diadakan perancangan dan pelaksanaan dasar lebih baik," menurut kajian itu.


[BeritaHarian, 7 Oktober 2009]

pemilik kafe:
kesiannya...
sedih jek..:((

semanis barli Ledang :))

6 Oktober 2009 - berlangsung di KKTM Ledang, seramai 15 PLV, 2 guru Math, 1 Peg.Library, dan 2 pemandu bas MARA, telah mengadakan lawatan kerja ke site. tugasan portfolio untuk membentuk konsep masa depan kolej telah membawa mereka ke sana. semangat mereka berkobar-kobar untuk mewarnai kolej dengan budaya makmur dan beridealogis ke pelosok Serom 4 & 5 termasuklah sekitar jajahan Bukit Gambir dan Caltex depan kolej. hehe.

selaku ahli dilantik unit building maintenance untuk seantero kolej, saya bersama Black, Naima dan Razif mengadakan lawatan ke seluruh sudut di KKTM Ledang. tidak sedikit pun ruang yang terlepas pandang dan terlepas dari kesan tapak kasut kami. memang penat gila (hari ni aru rasa lenguh2nya). saya sempat memberanikan diri memanjat tangki air kolej setinggi 6 tingkat (gayat wei) dengan semangat dlm hati -"peluang kali ni je beb!".memang seronok pengalaman tersebut :))

setelah mencatat barang apa yang patut, kami akhirnya meronda dusun buah di bahagian laman kolej. ada pokok durian,duku,rambutan,pulasan dan yang paling best kami sempat menuai hasil dari pokok limau barli.manis sungguh rasanya (tengok gambar).kelapa sawit di bahagian belakang kolej tak sempat pula kami nak tengok hasilnya.huhu.

kami makan tengah hari di Bukit Gambir dan sempat test drive Grand Livina (pemanduan umpama sedan, ciri seakan mpv). petang lepas siap keje, kak marina menjemput kami ke rumah beliau untuk makan2 dan beraya.rumah beliau sebelah je dengan kolej tu.beliau berkata bahawa beliau menyaksikan saat pecah tanah sehingga bangunan KKTM Ledang dinaikkan.wah, akhirnya beliau akan berkhidmat di KKTM Ledang.bestnya!!!:)

~pengalaman manis ini akan tersimpan kemas di hati kami semua ~


penulis di tangki air 6 tingkat..(semput wei panjat benda alah tu)



beraya di rumah kak marina


di depan dusun



wartawan Ledang, en.rash & en.faizz


bersama hasil limau barli yang manis..(bagus juga kalau dipasarkan ni-pengusaha dusun dirahsiakan)

mat due kelihatan menunjukkan kawasan dusun yang agak bermanfaat pada kolej di kemudian hari kepada naimah..(ye ke due?prospek tinggi ni kan)



rabia sangat gembira :))



nilah dia...3 biji je sempat amek gambar yang lain dah selamat dalam perut..




"saya rasa nak buka kelas usahawan tani memandangkan dusun kolej banyak hasilnya haji"-rabia cuba mengemukakan usul (dalam kepala mengira untung saja hehehe)






perjalanan ke KKTM Ledang.(yam cuba nak inter-frame jugak)




Monday, October 5, 2009

kekasihku

Oh Tuhan,
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi...

Dan Ya Allah
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta ya Allah
ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar kubisa bahagia
Wlaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah
yang tercinta
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia mahupun di akhirat
menjuruskan aku ke arah kemaksiat dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan
ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh...

Amin ya Rabbal 'Alamin...

pertunjukan udara TUDM

3 oktober 2009 - saya dan kawan2 pergi menonton pertunjukan udara di TUDM Subang.ini adalah pertama kalinya melihat benda seperti ini secara 'live'.sebelum ini ejan pernah mengajak saya tetapi saya sebenarnya masih tak reti jalan ke sana.minta maaf ejan :)..

semuanya adalah tidak dirancang kerana tiba2 selepas din menelefon kawannya, dia mengajak kami join.pada mulanya terfikir juga nak buat apa pada hujung minggu tersebut, nasib baik din mencadangkan usul yang best begitu.hehehe.

memang hari tu rasa best sgt.tapi agak sedih dan tercabar sebab budak bawah umur pun ada kamera, video cam, handset berkamera sedangkan saya..huhu..tetiba rasa mahu beli satu.ceh.time2 cenggini la benda alah tu diperlukan.nasib baik ejan punya hp ada kamera tapi bateri dia cepat pulak flat.paling geram, nak tangkap gmbr jet pun tak sempat.nampak titik hitam kecik jek..hahaha.

moralnya: 1) tolong adakan kamera
2) kalau boleh kamera biarlah canggih untuk menangkap objek ber'speed'
tinggi.
3) kalau nak tangkap video pun biarlah emejnya berkualiti juga.

kesimpulannya: bawak kamera ke mana2 saja event yang anda lawati.ngeee...:p

*saya bersama Husna selepas itu.wah lagi seronok!!!
** malam tu saya ke shah alam.tersesat sampai ke banting.ceh!
***esok pagi nak ke damansara pun saya sesat juga..nasib baik ada uncle mahu tunjuk jalan.
moralnya: bawalah penunjuk jalan ketika anda memandu..ngeee...

rabia & ejan

menunggu di bawah payung

menunggu tak muncul jua


tu dia..dua bijik lalu atas kepala


menonton dengan kekaguman

sebelum show

orang semakin ramai

jet apa ni eh?

Thursday, October 1, 2009

rasa 'hidup'

selepas cuti raya, semua orang pun sibuk.saya pun sama2 sibuk.bak kata kak yam -"ni pun baru hari ni aku tengok ko sibuk buat kerja"..hehehe..memang, tak sedar langsung.tengok2 jam je mesti dah waktu lunch.rest jap.petang sambung balik ngadap segala kerja tu, tengok2 jam dah pukul 5.tak pun, pandang jam bila lagu love story dah main kali pertama.kali kedua dah tak heran dah.selalu sampai rumah dah dekat malam.matahari pun dah segan nak duk lama lagi kat langit [ayat sastera selalu baca kat buku menandakan maghrib dah masuk laa].

akhirnya, kerja utk phase 1 dah setel.tunggu arahan selanjutnya dan minggu depan pulak masuk meeting.huhu.mula2 rasa cam heavy and agak tense tapi bila buat dgn rilek dan ada rasa ikhlas, kerja jadi seronok.tak tau kenapa tapi rasa teruja sebab buat semua ni untuk kolej kita semua.

next tuesday, kita semua akan ke Muar lagi.this time kita kena betul2 tengok kolej kita dan buat portfolio untuk kolej kita.apapun semuanya harap kolej kita akan jadi kolej yang best nanti.hehehe.:)