satu ketika bila kita memerlukan seseorang untuk me'minjam'kan bahunya buat kita menangis tapi kita tidak menemukannya, tentu kita rasa kesedihan kita berganda-ganda.bukan sebab perkara yang buat kita sedih tetapi lebih kepada sebab tiada siapa yang sudi mendengar tangisan kita.tapi kenapa pula orang nak dengar kita menangis kan?sedangkan baby yang menangis sampai nak putus suara pun kadang2 orang boleh buat pekak telinga saja.apatah lagi kita yang dah besar2 ni.rasa segan pulak kalau nak suruh orang dengar suara esakan kita yang ala2 mak bawak merah masa lari nak mintak batu belah baham dia tu, takpun suara misteri di balik pohon ara ke, tak pun tangisan syukur nurul.entahlah.tapi aku percaya walau macam mana gaya dan frekuensi esakan tu kita tetap paling tidak pun nak ada juga satu dua telinga menadah mendengarnya kan.tapi selalunya,telinga manusia mendengar sekadar mendengar.bak pepatah curah air di daun keladi, tumpah jugak.so sekadar masuk sini keluar sana je.kalau kita betul2 nak tangisan dan kehibaan kita didengar dan kita rasa sangat lega, kita menagislah dengan semahunya di depan DIA.escapism.satu kelegaan yang sangat melegakan.sebab kita percaya hanya DIA MAHA MENDENGAR.DIA sebaik-baik pendengar.DIA yang berkuasa menemukan kita dengan kelegaan dan ketenangan sesudah kita penat dan lelah dengan menangis sepanjang masa.percayalah.
macam mana pula bila kita mahu ketawa senang hati?yang ni tak perlu cari ramai saja yang sudi.sebab perkara yang membahagiakan,mana mungkin tiada (tapi mungkin juga ada atas sebab2 tertentu) orang yang tidak peduli.semua orang mengejar erti bahagia,cuma dengan definisi sendiri.sebenarnya macam juga menangis, ketawa tak bermakna betul2 gembira betul2 suka.ia boleh jadi dua-dua.kadang2 orang yang diam dan senyap tu dia sedang bahagia dengan dirinya dan 'alam' ciptaannya.kadang2 orang yang selalu show off dia bahagia dan ketawa tu belum tentu dia benar2 bahagia dan gembira.serupa juga dengan orang yang asyik muram dan menangis tu.boleh jadi banyak alasan dan andaian.sebab manusia adalah pelakon paling hebat.kalau dia bukan pelakon (sebagai profesional) pun dia still hebat berlakon.dia boleh mimik macam2 gaya.dia boleh tiru macam2 karakter.dia boleh menjadi pemain layar perak yang begitu sempurna.ah, sebenarnya bukan orang yang ketawa itu saja bijak bermain watak,rasanya semua orang pun.cuma antara jujur dan terpaksa menjadi hipokrit saja.kadang2 dua-dua karakter tu sama penting dan nak tak nak kena gunapakai pada masa2 tertentu..
~macam mana nak jadi orang yang paling jujur tetapi tidak menyakitkan?tidak pahit?tidak menjengkelkan hati2 kecil yang lain?~

biah, for me, sometimes kita kena berlakon..berlakon jadi baik dulu, sebelum kita boleh menyemai karakter untuk jadi baik. karakter ialah tabiat, dan tabiat ialah yang selalu kita semai...
ReplyDeletedan sometimes aku berlakon untuk gembirakan hati sendiri=) haha...
no la, tapi bergantung kepada indidvidu. some people jenis yang terlalu berterus terang, shows to the world, IT'S ME! tapi sesetengah berselindung untuk tidak dikenali...
ha'a..itulah manusia...
ReplyDelete