Friday, February 20, 2009

kotak kecil itu sudah terbuka sedikit

selesai membaca blog imaen.blogdrive.com.kenapa ek tak boleh nak link di sini.mujur aku guna mozilla firefox.jadi blog itu tak ke mana2 kalau aku click tanda 'pangkah' di kanan atas window.nanti saja ada window kecil meminta aku untuk "save and quit".selamat di situ.maka hari2 aku akan menaymbung bacaan di blog tu.aku suka membaca blog imaen seperti aku suka membaca novel2 dan karyanya.aku mula mengenalinya melalui "Vendetta", kemudian hanya kenal "Labyrinth" dari tajuk depan sahaja. akhirnya aku tanpa niat, memiliki "Bohemian" -yang sememangnya buat aku gelak pada setiap chapter.

kelmarin,aku seperti bertekad-kononnya atas alasan seperti dicabar seorang teman-untuk menulis yang serius2 dan lebih general isinya.tapi aku masih belum berjaya memujuk minda, sebab hatiku lebih mudah mendominan cara.maaflah.aku sebenarnya sedang berusaha.justeru aku banyakkan membaca.blog imaen banyak ceritanya aku suka.sebab kedewasaannya dalam penulisan dan pemahamannya dalam dunia dulu dan kini.sebab tu aku pernah cakap,dengan membaca karyanya aku kira aku seperti sudah membaca lebih sepuluh buku pelbagai genre.tapi aku juga tidak hadkan diriku.aku seperti memaksa aku untuk melayari pula akhbar2 online.mencari cerita untuk diulas.apa hasilnya?

kelakarnya.aku macam tak percaya aku buat ini semua.aku yang dulunya jarang2 membelek akhbar tempatan.lebih2 lagi masa zaman belajar dulu.dengan berkira2 untuk membeli akhbar yang life span cuma sehari je (lainlah kalau free memang aku tak lepaskan).dengan kerja sekolah yang terlebih minta perhatian, aku semakin menjauh dengan kertas bersaiz besar dulunya ,sekarang bersaiz compact-boleh kepit bawak ketiak-dengan slogan "lebih kecil lebih terampil"-dan dalam iklan pulak-"zaman dah berubah".mulanya aku tak faham apa kaitan tu semua dengan gaya budak pengedar surat khabar tu dan bagiku kertas bersaiz besar aku dapat lihat lebih jelas gambar2nya.lagi seronok aku membaca sambil meniarap di atasnya semasa aku kecil2 dulu.

tak kisahlah saiznya kecil atau besar, namanya akhbar nak tak nak mesti orang akan baca jugak.yang kelakarnya, kalau satu ketika kecoh dengan sebuah cerita sensasi, kita boleh dapat berbagai versi isi dari pelbagai akhbar.kalau surat khabar ni macam 'cover' cerita,dengan banyak sensored,pergi saja cari surat khabar lagi satu.confirm dalam tu ada versi penuh siap dengan gambar yang clear tak ada selindung2.tu semua strategi meningkatkan pasaran saja.media ni kadang2 kita tak boleh percaya.hingga PM sendiri pernah ingatkan supaya media sila tulis berita yang betul dan benar saja.entahlah.aku hanya pembaca.

bercakap mengenai membaca.bukan bermakna aku langsung tak pandang surat khabar.sebabnya aku juga suka membaca akhbar.cuma malas saja yang lebih.ingat lagi masa di universiti dulu.kolej memang sediakan akhbar setiap hari.cuma kita ni saja antara rajin dengan tidak je nak ke bilik bacaan Guthrie tu.selalunya aku ke bilik bacaan tu bila bosan, dan banyak masa.bersama seorang teman,kami akan habiskan masa menelek halaman semua jenis akhbar yang dilanggan tu.kalau kaki ni jejak ke library engine, singgah juga di sudut akhbar.sekadar lalu mencari cerita selain fakta2 dalam buku ilmiah.

sewaktu sekolah dulu, setiap kelas diwajibkan melanggan akhbar.untuk tambah bahan bacaan dan mungkin juga menambah tabung koperasi sekolah.dan aku masih ingat berebut antara kami untuk mengambil akhbar tu dari koperasi setiap kali waktu rehat.siapa ambil dia baca dulu.sebab kalau kita antara orang terakhir alamatnya kita akan kehilangan satu dua helaian dari naskah tu.maklumlah,kadang ada artikel yang 'hangat' dan kena simpan.lagi satu,kenapa aku jarang membeli akhbar, sebab aku boleh baca dengan free saja di library atau di bilik bacaan.kalau di rumah, orang yang peling aktif membeli akhbar adalah Kak Long.setiap kali balik kampung, pagi2 lagi Kak Long akan keluar beli lauk dan memang tak miss surat khabarlah.tu yang best.ada Kak Long-seorang guru BM-yang rajin membeli untuk bacaan adik2 juga.

apa lagi ye selain surat khabar.blog terpilih juga aku baca.any source?berita kat TV aku jarang2 menonton sebab sibuk.sebab tak sempat.sebab aku lebih suka menonton drama selepas berita.sebab aku lebih suka mendengar muzik di komputer atau di radio.sebab aku ingin berehat2 saja.selalunya tertidur sebab terlalu letih bekerja.ah orang seperti aku ini kalau dah M nya besar maka itulah aku.tak boleh dipaksa.huhu.lagipun berita di TV pun kadang2 buat aku muak, buat aku menyampah dengan proaganda,dengan kontroversi,dengan bias,dengan segala isu yang aku kira tak relevan pun kalau nak minta orang tengok.entahlah.aku hanya penonton biasa.

walau apa pun, aku akan cuba juga mencari bahan.ini seperti suatu kerja pula.tak ada yang suruh.tak ada gaji pun.tapi aku rasa aku nak buat.sebab orang kata buatlah untuk kepuasan, barulah rasa nikmat usaha tu.so aku pilih untuk mencuba,jika nanti aku mendapati aku tidak boleh juga maka aku tahu potensiku.mungkin juga serius dalam bahasa tidak sesuai denganku.apapun aku masih boleh terus mencuba.tak salah kalau ada kesungguhan.tapi tak pernah ni buat perkara yang bukan dari kategori "aku suka"...

~selamat berjaya buat rabia~



No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka